Kaunter Takaful Di SMK Muara Tuang Samarahan…Selama dua hari mrhanafi dan dua lagi rakan perunding takaful yang lain berada di sekolah SMK Muara Tuang.Lokasi sekolah tersebut berada di kawasan Samarahan.Kira tak jauh dari kawasan mrhanafi tinggal.
Hari pertama suasana agak kelam kabut.Para cikgu ketika kelihatan sibuk.Mereka berkejaran masa.Sudah tentu tugas kami untuk mempromosi dengan pendekatan langsung kurang menjadi.
Hari kedua pula kami masih mengisi slot kaunter di sekolah Muara Tuang.Memandangkan kami bertiga semua pendatang baru dalam dunia takaful tentunya kami banyak belajar teknik yang sesuai untuk mendekati orang yang tidak dikenali.
Mrhanafi agak terkesan dengan salah seorang dari ahli kami.Beliau tanpa berputus asa dan jenis tebal muka.Usahanya sangat konsisten untuk menjalankan tugasnya.Terbaik la awak.
Secara ringkasnya mrhanafi dapat belajar sesuatu.Sebelum pergi menjalankan operasi buka kaunter mesti merancang strategi.Nak sergah para cikgu atau nak ‘approach’ secara santai.Terpulang kepada situasi dan keadaan.
Hari terakhir mrhanafi mencuba makan tengahari di kantin sekolah.Ada lauk ikan kari dan sayur serta air sirap.Kos dalam RM5.50.Murah lagi la tu.Cuma kalau setiap hari belanja RM5.50 memang besar juga bagi poket seorang pelajar,
[ nota mrhanafi ]
Akhir kata mrhanafi dan rakan-rakan perunding takaful yang lain mengucapkan terima kasih banyak kepada para guru di SMK Muara Tuang.Layanan PK HEM selaku person in charge kepada kami memang terbaik.
Sekiranya ada kekurangan mohon maaf dan jumpa lagi.Kami akan ke sekolah lain lagi selepas ini dengan teknik dan cara yang berbeza.
Jika ada masa baca juga 3 Cara Mudah Menarik WANG.
Sekian.Salam kasih sayang dan jumpa lagi.
belajar lagi bro. tak lama lagi boleh jadi perunding takaful yang hebat..
proses belajar tidak pernah berhenti tuan
Good Luck tuan Mr. hanafi..
Semoga dapat berkongsi kebaikan Takaful kepada lebih ramai rakyat Malaysia..
Anuar recently posted…Kos FBAds RM3.00 Per Engagement? Ini Penyelesaiannya.
terima kaish tuan Anuar…itulah niat baik saya untuk membantu oranng lain
Takaful membantu dikala memerlukan. Good info..
Wan Syahida recently posted…Membina Generasi Al-Fateh
ya..memang betul dan sukar untuk dinafikan
Bila menjalankan perniagaan jenis takaful ni memang kena ‘tebalkan’ muka kan? Pengalaman mematangkan tindakan
Noriza Abdul Rahman recently posted…Bengkel Faham Al-Quran tanpa Asas Bahasa Arab
kalau muka tak tebal…keja online jelah hehehe
mahal kot harga makanan kat kantin tu
nikkhazami recently posted…Harga dan Spesifikasi Nokia 3310 Baru
makanan dan minuman mana ada sekarang ini bawah RM5..
lebih kasihan pada budak-budak yang mempunyai ibubapa yang kurang mampu…