Ucapan misteri yang mengejutkan…!

Kisah ini berlaku beberapa hari yang lalu. Saya dan bos tengah menjamu selera di sebuah restoran yang cukup popular, berada tidak jauh dari pejabat kami bertugas. Tengah saya sibuk membelek telefon pintar manakala bos pula bersedia untuk menjamu selera, tiba-tiba kami didatangi dua lelaki. Seorang masih muda dan seorang lagi sudah berusia. Mereka menghulur tangan … Read more

Cara pindah artikel lama ke blog baharu

Memindahkan artikel lama ke blog baharu mungkin kelihatan rumit pada mulanya, namun pada asasnya, proses ini tidaklah sesulit yang dibayangkan. Langkah-langkah yang terlibat, baik secara manual mahupun automatik, direka untuk memudahkan pengguna dalam mengekalkan kesinambungan kandungan mereka. Salah satu alasan utama mengapa pemindahan artikel lama dianggap penting adalah kerana ia menjimatkan masa yang berharga. Saya … Read more

Benarkah ChatGPT melemahkan daya fikir?

Dalam zaman teknologi berevolusi ini, ChatGPT sudah menjadi seperti sahabat paling akrab untuk membantu kita dalam hampir semua urusan seperti analisis data, penulisan artikel, penghasilan imej dan  penciptaan video. Namun, tahukah anda bahawa di sebalik kemudahan ini, tersembunyi satu kesan yang mungkin tidak kita sangka-sangka. Atau ramai yang sudah menjangka tetapi masih berpegang kepada prinsip..’saya … Read more

Perpindahan konten ke blog sandaran

Kini saya dalam proses perpindahan konten blog ini ke blog sandaran. Maknanya segala artikel atau konten lama akan saya kemas kini dan dipindahkan ke tempat lain. Bayangkan dalam sepanjang 10 tahun saya berblogging tentunya terlalu banyak artikel sudah saya hasilkan. Sangat sayang juga jika terbuang dan terbiar begitu saja jika tidak tersimpan atau buat sandaran. … Read more

Cara mengajar kucing berak di pasir

Cara mengajar kucing berak di pasir tidaklah sesusah mana. Perkara pertama perlu  sediakan bekas berpasir atau litter box yang sesuai dari segi saiz dan bilangan kucing yang kita ada. Letakkan di lokasi yang sunyi dan pilih pasir yang disukai kucing. Kebersihan litter box amat penting. Cedok najis setiap hari dan basuh kotak setiap minggu dengan … Read more

Menulis Jurnal Kesyukuran: Terapi jiwa, emosi dan minda

Menulis jurnal kesyukuran merupakan perkara asas dan mudah untuk dilakukan oleh semua orang. Syarat pertama, boleh menulis baik pada helaian kertas atau buku ataupun menaip pada paparan elekronik seperti di telefon atau laptop. Saya secara peribadi memilih kaedah konvensional iaitu mencoret dalam buku khas. Kaedah ini ada baiknya kerana betul-betul mengimbau nostalgia seperti berada pada … Read more