MCMC Nexus merupakan aplikasi yang terbaharu untuk mengkaji kelajuan dan kepantasan internet di tempat kita.
Secara jelasnya, MCMC NEXUS ialah sebuah aplikasi mudah alih untuk mengukur prestasi internet dan rangkaian bagi memastikan ia mematuhi Standard Mandatori bagi Kualiti Perkhidmatan (MSQoS).
Aplikasi ini juga disepadukan dengan aplikasi Peta JENDELA, sekali gus meningkatkan keupayaannya.
MCMC NEXUS menawarkan fungsi ujian kelajuan yang komprehensif, termasuk pengukuran bagi kelajuan muat turun dan muat naik, jitter, serta ping merentasi rangkaian 4G, 5G dan Wi-Fi.
Ia kemudiannya menyediakan maklumat hampir masa nyata kepada penyedia perkhidmatan dan juga MCMC, membolehkan mereka mengetahui tahap kualiti perkhidmatan.
Saya terjumpa info ini ketika melayari Threads.
Berminat boleh pasang di pautan ini.
Dulu saya suka guna FAST untuk semak kelajuan internet.
Tapi tulah, sekadar semak jer.
Rata-rata saya jumpa memang talian internet perlahan waima di pejabat ketika ramai yang guna.
Keadaan laju cuma pada waktu awal pagi saja.
Semakin malam dan tengah malam lagi perlahan.
Apa-apapun saya terpaksa reda dan bersabar dengan keadaan tersebut.
Kalau ada kemampuan mahu juga cuba Starlink.
Tengok la setelah semuanya ok terutama pergolakan di Timur Tengah sudah reda.
Ekonomi pula diharap lebih pulih dan lebih baik pada masa yang mendatang.
Segmen potret AI

Done installed mcmc nexus sbb line agak teruk di area taman baru.. senang nk check speed.. selamat hari raya tuan
Biasa kawasan perumahan mudah mok line slow.
mun selalu gilak jumpa line slow terpaksa pasang fiber optik wifi
Thank you so much for sharing about this.
my pleasure.
Fuuuhhh! Foto level ahli politik!
Foto saja.
real tidak la macam tu
jauh panggang daripada api
yess MCMC Nexus berguna utk semak kelajuan internet
Untuk semak saja.
kalau untuk troubleshoot belum jumpa lagi
thanks for sharing. lps ni nak cari dan muatturun la..
Abam Kie recently posted…Bagaimana Abe Kie Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1447H
berguna jika jumpa tempat perlahan..
boleh cadang juga nak guna telco yang mana satu