Berpuasa di bulan Syawal memang mencabar tak terkata.
Lebih-lebih lagi kepada saya yang sememangnya liat untuk berpuasa kerana tabiat suka makan pada siang hari.
Namun demi menampung kalau ada kelompongan puasa bulan Ramadan, saya paksakan diri juga untuk puasa sunat Syawal ini.
Alhamdulillah saya mula berpuasa Isnin lepas dan berakhir pada petang Sabtu.
Berjaya dan layak untuk beraya untuk setahun hehehe.
Pada pada masa yang akan datang, saya cuba untuk memaksa diri berpuasa sunat Isnin dan Khamis.
Mudah-mudahan diberi kekuatan, petunjuk dan taufik untuk berbuat demikian.
Paksa kerana Allah Taala dan melawan nafsu mesti dengan paksaan.
Kalau tidak dipaksa memang tak jalan la jawapnya.
Sapa setuju dengan kenyataan saya, sila komen.
Segmen potret AI

setujuuuuu. kalau saya juga paksa diri utk puasa Sunnah. kadang juga buat suatu target supaya menjadi motivator. macam puasa Sunnah Ini, saya buat target supaya berat badan bisa kembali ke angka ideal. itu yg JD motivasi saya juga. makanya nak biasakan puasa Sunnah ini. dimulai dari Syawal dan lunaskan puasa ganti, lalu setelah itu nak rutin Senin Kamis puasa
bagus banget kalau jadikan puasa sunat Isnin dan Khamis itu rutin..
bukan mudah tetapi perlu azam yang benar-benar kuat
Thank you so much for sharing this! I hope you had a wonderful weekend.
Thanks you too..
Salam singah, saya baru ke 4 hari..ada dua lagi jom gigih tunaikan puasa 6 Syawal..
kalau sudah 4 hari dah kita dekat mahu habis tu…
tahniah dan teruskan
Tahniah!
Sama² kita istiqomah puasa Isnin Khamis pula, sementara mood puasa masih berbaki 🙂
Terima kasih..
moga menjadi suntikan motivasi dan dorongan bersama
lega dh selesai puasa bln syawal lastweek 1 april …lps tu jumaat kt opis makan2 raya sempena ramai dh abis puasa 6 syawal
kan…kalau sudah selesai memang lega.
puasa 6 syawal seperti berpuasa sepanjang tahun
Semoga dapat istiqamah!
Memang terkadang sesuatu kebaikan tu memang perlu dipaksa baru boleh dilaksanakan.
Sama macam solat, kadang malas nak solat tapi terpaksa juga solat. Lama2 jika dipaksa kita akan jadikan ia sebagai satu kebiasaan dan dengan rela hatinya kita jalankan ia.
Semoga Allah merahmati kita semua. Aamin
Ya betul.
Moga kekuatan dan hidayah itu terus Allah SWT kurniakan untuk kita semua
saya puasa ganti tahun lepas kena stoke
zik recently posted…Cara bayar zakat fitrah online
kesian bro..
semoga kembali pulih dan diberi ketabahan untuk jalani kehidupan ini
You can do it!
terima kasih uncle…
sama-sama kita untuk do it.
Setuju. Lagi pun puasa di bulan Syawal ni mencabar sebab orang lain tak berpuasa kita je berpuasa….sekali harung senang ya….
semoga amal kita diterima Allah swt
Alhamdulillah. Tahniah ye. Sy pun dah settle puasa 6 pd ahad lps. Cuma puasa pd hujung minggu sbb x larat nak tahan lapar, dahaga, letih dan mengantuk semasa di sek. Biasanya sy puasa khamis, jumaat n sabtu.
Abam Kie recently posted…Pengalaman Beli Redmi Note Pro Plus 5G Secara COD
Boleh teruskan untuk puasa Isnin & Khamis lagi Abam Kie..
mohon doa diberi kekuatan
Tahniah, Encik Hanafi, kerana berjaya lengkap puasa enam.
Betul. Memang kena paksa. Solat pun kena paksa juga, macam puasa.
Tot recently posted…Hari terakhir bulan Mac
Paksa itu itulah sakit tuh di sini.
lawan nafsu atau mujahadah an-nafs
Kalau tidak dipaksa memang tak jalan la jawapnya.. tok kmk setuju.. x dpt diembak nyawa malas koh
kmk ari tok last day ganti posa & posa-6
Alhamdulillah…tahniah
antara sebab mengapa puasa dan solat itu wajib..
sebab cara kita paksa melawan nafsu yang mok senang lenang ajak
insyaAllah… betul nak rutin kan susah betul.. kalau macam saya, kalau dah habis puasa ganti tu..memang liat lah nak puasa isnin,khamis.. niat dah ada dah.. masuk tengah hari, eh pergi kafe beli lunch pula..hahhaa
Perkara biasa tu..
bukan mudah untuk melawan nafsu
pendirian boleh berubah bila-bila sahaja
sebulan ada 4 minggu…isnin khamis dua hari…dah 8 hari puasa hehe
Snapbackpacker recently posted…Ladang Teh Hidden Spot Selain Boh Tea Plantation di Cameron Highlands (Kurang Sesak & View Cantik)
ini dh terlebih baik.
moga diberi istiqamah dan konsisten
Memang kena paksa kalau tidak sampai ke sudah tak selesai puasa 6 tu huhu.. kalau boleh minggu pertama dah kena start at least sehari 😀
betul.
perlu ada permulaan.
lepas itu teruskan saja hingga akhir.