Rahsia 3S yang bikin rezeki melimpah-ruah

Saya ajak sahabat minum. Ada respon. Pantas dan cepat.

Alhamdulillah. Saya memang ingin berjumpa dengannya.

Ya, untuk bersembang tentang bahagia, kasih-sayang, cinta, rezeki, ilmu dan sebagainya.

Ketika bersembang, saya ditanya sahabat apakah cara untuk dapatkan rezeki terutama duit agar terus mengalir masuk ke poket mahupun dompet.

Kaget juga untuk menjawabnya. Sebab saya faham sahabat saya ini bukan alang-alang ilmunya.

Tahu teori dan tahu praktikal. Saya yakin dan saya pasti beliau telah berjaya mengadaptasinya.

Pernah berguru dengan beberapa orang hebat, orang berjaya, kaya dan juga bahagia.

Jika dibandingkan saya, umpama air dalam cawan.

Ilmunya boleh dianalogi seperti air dalam tangki paling besar yang ada di Malaysia.

Paling saya suka tentang adabnya dengan ilmu.

“Tidak memandang rendah orang lain dan tidak merasa diri sendiri lebih baik dari orang lain.”

Kebetulan pula sebelum berjumpa dengan beliau saya terjumpa banyak ceramah di Youtube. Tidak bermakna, saya terlalu bergantung kepada Youtube sebagai satu-satunya sumber.

Ada sedikit info dan ilmu, mengapa tidak saya kongsikan untuk sahabat saya yang memang cintakan ilmu.

Ramai penceramah agama mendedahkan rahsia tiga S untuk menjadikan segala hajat, keperluan dan keinginan tercapai.

In shaa Allah

S pertama = Selawat

Selawat adalah amalan yang Allah sendiri lakukan, amalan pasti diterima dan punyai kebaikan tersendiri. Cubalah paksa dan latih diri untuk banyak berselawat. Apabila sudah terbiasa akan jadi tabiat tanpa sedar.

Saya sertakan video tentang kelebihan selawat untuk pembaca semua. Lepas ini boleh menonton video tersebut.

S kedua = Solat

Solat adalah tiang agama terutama solat wajib lima waktu. Solat sunat atau solat tambahan  memberi impak luar biasa seperti solat tahajud, dhuha dan hajat.

Sekali lagi paksa diri untuk berubah ke arah yang lebih baik. Tiada sesiapa yang mampu mengubah kita selain diri sendiri mahu berubah.

Lihat video seperti berikut :

S ketiga = sedekah

Sedekah amalan yang mulia, hebat dan menakjubkan. Masa paling sukar dan mencabar untyk bersedekah ketika mana kita dalam keadaan serba kekurangan.

Pada ketika itu kita akan diuji keyakinan oleh Allah Yang Maha Pengasih.

Cuba lihat video berikut:

Kesimpulan

Sengaja saya tidak jelaskan sendiri rahsia tiga S tersebut. Biar pembaca menonton video agar lebih yakin dan percaya.

Jangan jadikan tiga S sebagai saya syok sendiri pulak sebaliknya berjanji untuk terus selawat, solat dan sedekah agar hidup lebih bahagia, kaya dan ceria.

Semoga bermanfaat.

12 thoughts on “Rahsia 3S yang bikin rezeki melimpah-ruah”

    • kalau buat kerana Allah tanpa harapan apa-apa memang terbaik ikhlas..

      tetapi beramal untuk dapat ganjaran juga tidak salah kerana memang sifat manusia suka kepada hasil baik untuk dunia atau akhirat

      Reply

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

CommentLuv badge
%d bloggers like this: