Kisah Tragis Anak Muda Samarahan Kembali Bangkit Selepas Trajedi Hitam

Kisah Tragis Anak Muda Samarahan Kembali Bangkit Selepas Trajedi Hitam…setiap kejadian ada hikmahya.Kadangkala hikmah yang berlaku ke atas anak muda ini patut menjadi inspirasi kepada semua.Sehubungan dengan itu Hero Borneo Team telah berjaya menemuramah anak muda tersebut.Ternyata kami rasa terharu dan tersentuh hati dengan kisahnya yang betul-betul menyentap jiwa nurani.Ayuh kita terus selami bagaimana anak muda yang berjiwa kental ini mampu bangkit selepas trajedi hitam melanda hidupnya.

anak muda samarahan

Pertemuan mrhanafi dengan anak muda yang hensem ini sudah dirancang sejak beberapa hari yang lepas.Pada mulanya beliau agak keberatan namun mrhanafi memujuknya dengan sungguh-sungguh.Mungkin beliau rasa khuatir apabila mrhanafi nyatakan tujuan untuk menulis promosi bisnes melalui blog.

Namun mrhanafi awal-awal lagi maklumkan kepada beliau bahawa Hero Borneo Team akan buat projek amal blogger.Pendek kata penulisan artikel promosi  secara  percuma dengan niat membantu usahawan muda mendapat publisiti melalui viral media sosial dan enjin carian Google.In Sha Allah kejayaan mereka dalam bisnes selepas promosi itu nanti akan memantulkan kembali kejayaan  buat Hero Borneo Team.

samarahan

Anak muda yang dimaksudkan ialah Mohd Sajali Kosoi.Tinggal di Kampung Nakong Kota Samarahan.Beliau baru berumur 23 tahun dan kini sudah memilki kiosk bisnes pakaian kanak-kanak sendiri di pusat membeli belah terkenal di Kota Samarahan iaitu Summer Mall.

Bukan calang-calang anak muda yang berani membuka bisnes di Shopping Mall.Premis perniagaannya melalui jenama MDJ Colection Style patut dibanggakan.Malah beliau sempat berbisik kepada mrhanafi kalau nak berbisnes mesti ada nama perniagaan yang menarik.

Mohd Sajali boleh dihubungi melalui:

Telepon : 0111-9190988

Facebook :  Mohd Sajali

Mrhanafi difahamkan beliau menjual pakaian kanak-kanak yang berumur dari bayi sehingga 10 tahun dengan harga yang amat berpatutan dengan stok pakaian terbaharu.Ada pelbagai pilihan yang amat menarik dan pasti rabun mata untuk memilih yang mana satu idaman kalbu.Tak percaya boleh singgah sendiri la jawabnya.

pakaian kanak-kanak

Untungkan kepada penduduk di sekitar Kota Samarahan kerana boleh mendapat pakaian terbaik pada harga yang berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.Kaum ibu yang santai-santai hujung minggu boleh singgah di kiosk bisnesnya pada level kedua pusat membeli belah Summer Mall.Kepada kaum bapa pula jangan lupa bawa isteri kesayangan untuk melihat sendiri kepelbagaian fesyen dan saiz pakaian kanak-kanak serta kasut yang comel untuk diberikan kepada buah hati intan payung mereka.

kasut kanak-kanak

Selain kisah kiosk bisnes ini, ada sesuatu yang wajar sekali kami kongsikan.Kisah tersebut amat tragis di mana boleh menyentuh hati dan memilukan sesiapa yang mendengarnya.Mrhanafi dah rasa sebak dan berat hati untuk kongsikan dalam artikel ini.

Namun terpaksa kongsikan jua demi kepentingan pembaca.Lagipun bukan niat Mohd Sajali untuk menagih simpati ke atas trajedi hitam yang telah melanda hidupnya.

Mrhanafi sangat terpanggil dan terkesan setelah mengetahui luahan hatinya itu.Beliau ingin menyampaikan mesej yang amat berharga untuk kita semua.Atas dasar untuk berkongsi itu tanda  kasih sayang telah memberi kekuatan kepada Hero Borneo Team untuk membongkarkan juga kisah tragis tersebut.

Beberapa tahun yang lepas Mohd Sajali telah mengalami kemalangan jalanraya yang ngeri.Kesan kemalangan tersebut menyebabkan tangan kanannya lumpuh dan kehilangan tiga jari kaki.Pada mulanya beliau rasa nak berputus asa kerana keadaan sedemikian.Dengan tangan kanan yang hampir lumpuh bagaimana nak bekerja untuk menyara hidup.

DSC_2506-1

Ternyata Allah itu Maha Adil.Dia telah mengilhamkan beliau untuk berniaga pakaian kanak-kanak.Dalam pada itu mrhanafi sempat bertanya bagaimana penerimaanya  selepas trajedi  hitam tersebut.Alhamdulillah Mohd Sajali menyatakan bahawa dia semakin semangat untuk berjaya.Paling best impiannya untuk memiliki premis perniagaan yang besar seperti Pusat Pakaian Hari Hari.Aamiin.

Anak muda  hebat ini memulakan perniagaan dengan 50 peratus modal sendiri dan separuh lagi bantuan keluarga.Katanya trend bisnes tidak menentu terutama hari bekerja seperti Isnin.Cuma pada hujung minggu dan selepas hari gaji baru adalah jualan yang agak tinggi.Beliau bersyukur hasil jualannya itu boleh memberi gaji setakat ini.

{sekilas pandang}

Mohd Sajali adalah contoh anak muda yang berpotensi untuk berjaya.Bangkit semula selepas mengalami trajedi hitam yang amat tragis.Beliau amat berharap perniagaan MDJ Collection Style yang memasarkan pakaian kanak-kanak di Kota Samarahan dikenali ramai dan mendapat sambutan hebat.

Tugas kami sebagai Hero Borneo Team  yang membuat projek amal blogger tidak akan berakhir biarpun artikel ini sudah ada noktahnya.

Kami memohon jasa baik dan ikhlas hati dari pembaca untuk viralkan artikel ini selama dan sebanyak yang mungkin dalam media sosial.

Terima kasih kerana sudi membaca dan viralkan artikel ini,

(Visited 22 times, 1 visits today)

19 thoughts on “Kisah Tragis Anak Muda Samarahan Kembali Bangkit Selepas Trajedi Hitam

  1. Wah. Hebatnya Mohd Sajali ni. Baru umur 23 tahun. Muda lagi da ada bisnes sendiri. Semoga terus maju diucapkan untuk anak muda ni.

Leave a Comment

CommentLuv badge