3 Persediaan Mudah Untuk Hadapi ‘Blackout’

Kes Blackout bukan perkara yang boleh dijangkakan.Bila bila boleh berlaku.…Mrhanafi baru sahaja nak online. Tiba-tiba berlaku blackout.Jam baru menunjukkan 1.25 pagi.Mrhanafi sebenarnya belum bersedia.Sebab  kes blackout jarang-jarang berlaku.Kadang-kadang sehingga tidak menyangka ia boleh berlaku sama sekali.Apa lagi kelam kabut mrhanafi dibuatnya.

Kes blackout dirumah boleh berlaku tidak kira malam atau siang.Boleh berlaku dalam masa yang lama atau sebentar sahaja.Kesan dari blackout menyebabkan rasa kurang selesa.Rumah panas.Suasana gelap gelita dan paling menyeramkan kalau tengah berdua-duaan suami dan isteri.He..he..bab itu no komen.

Jika berlakunya blackout lagi mrhanafi telah membuat persediaan.Pembaca boleh juga mencuba.Manalah tahu tempat pembaca ada menghadapi kes blackout.Berikut ada tiga tip yang boleh digunakan semasa hadapi kes blackout.

WAJIB BACA :   Pemikiran Positif Asas Ketenangan Diri

1.Simpan stok lilin

Lilin banyak gunakannya.Namun agak berbahaya.Lilin boleh dinyalakan ketika berlaku blackout terutama semasa makan malam.Tengah sembang dengan tetamu atau masa diperlukan.Sila simpan lilin ditempat yang tetap dan senang untuk dicari.

2.Pastikan power bank sentiasa penuh

Bayangkan bateri telefon pintar pembaca betul-betul kong semasa blackout.Pada masa itu pula tengah menunggu panggilan awek tersayang.Tentu naya kalau tiada backup dari power bank.Kebetulan ada pembaca yang mempunyai awek  kurang penyabar maka boleh gaduh besar jadinya nanti.Oh.Sungguh tak baik gitu.

3.Tutup suis elektrik yang kurang diperlukan

Tujuannya supaya elak kes terlampau banyak tenaga jika blackout  sudah pulih.Selain menjaga barangan elektrik tindakan ini boleh memastikan tiada litar pintas.Bahaya litar pintas menyebabkan kes kebakaran..Sebaiknya beringat sebelum kena.

WAJIB BACA :   Duduk diam rezeki datang sendiri

Mrhanafi yakin jika kita sudah tahu akan berlakunya blackout tentu boleh mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Dalam kehidupan sebenar juga begitu.Nyawa kita boleh padam bila-bila masa.Dah padam nyawa baru tahu sama ada kat kubur terang atau gelap,luas atau sempit.Itu sendiri mau ingat la.Mrhanafi saja nak mencarut untuk kasi sentap sikit.

{sekilas pandang}

Blackout bukan sesuatu yang serius jika untuk kediaman kecuali ada barangan elektrik yang rosak.Namun bagi industri kes blakout boleh menyebabkan kerugian besar.

Sepanjang pengetahuan mrhanafi tentunya kita boleh tuntut kerugian tersebut dengan menyertakan bahan bukti yang mencukupi kepada pihak berkenaan.

Setakat ini dulu.Terima kasih kerana sudi membaca

Comments 8

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge