Adakah kita bakal berdepan stagflasi tidak lama lagi ?

Saya sebenarnya baharu jumpa istilah stagflasi ketika melayan Threads.

Maksudnya tidak lari jauh dari inflasi tetapi membawa tiga kesan dalam satu peristiwa secara serentak.

Menurut Wikipedia, stagflasi merujuk kepada suatu keadaan ekonomi di mana inflasi dan pertumbuhan ekonomi berlaku perlahan secara serentak dan kekal tidak terhalang untuk suatu jangkamasa yang ketara.

Ada pakar berpendapat, pergolakan di Timur Tengah sekarang ini akan menyebabkan stagflasi ke seluruh dunia.

Bukan Amerika Syarikat sahaja yang kena.

Semasa stagflasi kos barang dan perhidmatan terus naik tetapi ekonomi negara perlahan sehingga menyebabkan perniagaan boleh bungkus, penggangguran atau tiada kenaikan gaji kepada mereka yang bekerja.

WAJIB BACA :   Cara Mengatasi Emosi Terganggu Pada Diri Sendiri

Harga minyak naik melonjak, kos operasi meningkat, keuntungan menurun dan serba-serbi dalam kekalutan.

Bagaimana mahu mengatasinya ?

Saya ringkaskan dengan berbelanja berhemat, cari peluang pendapatan baharu dan sentiasa berfikiran positif agar mampu berdepan dengan pelbagai cabaran yang mendatang.

Jangan terlalu stress atau overthinking. Lalui sahaja ujian tersebut kerana semuanya ada hikmah yang belum lagi tersingkap dalam masa sekarang.

Wallahualam.

Segmen potret AI

A full-body, eye-level portrait of a confident young man wearing traditional Sarawak ethnic attire. He is dressed in a black long-sleeve Baju Melayu-style outfit with intricate red and gold traditional motifs running vertically along the front and cuffs, paired with a matching patterned kain samping featuring geometric tribal designs.
He stands in a strong, composed pose with one hand relaxed by his side or slightly in front, looking directly at the camera with a calm, confident expression.
The background is a textured artistic wall featuring Sarawak-inspired elements, including bold red, yellow, black, and white colors with abstract tribal patterns and a layered grunge poster aesthetic.
At the top of the composition, large elegant gold serif typography reads “SARAWAK”, with stylish handwritten script below reading “Team Raya Sarawak”.
Lighting is soft yet cinematic, emphasizing masculine facial structure and fabric detail. Ultra-detailed, sharp focus, editorial fashion photography style, rich cultural aesthetic, 9:16 aspect ratio.

14 thoughts on “Adakah kita bakal berdepan stagflasi tidak lama lagi ?”

    • Pada pandangan saya…semua negara yang terlibat ada masalahnya.

      Masing-masing ada agenda yang mahu dicapai walaupun macam mustahil untuk berjaya.

      Reply
  1. Saya tertarik dengan perkongsian tuan ini kerana isu seperti stagflasi kadang-kadang nampak jauh apabila disebut sebagai istilah ekonomi, tetapi sebenarnya sangat dekat apabila kesannya mula masuk ke dalam hidup harian.

    Harga barang yang naik, pertumbuhan yang perlahan, dan ruang bernafas yang makin sempit akhirnya bukan sekadar menekan pasaran, tetapi juga menekan fikiran dan ketahanan manusia biasa. Mungkin sebab itu kebimbangan tentang perkara seperti ini terasa lebih berat daripada sekadar angka.

    Saya teringat satu kenyataan David Malpass bahawa “the danger of stagflation is considerable today.”

    Bagi saya, yang lebih penting daripada istilah itu sendiri ialah peringatan bahawa krisis ekonomi selalunya tidak bermula di meja makan rakyat, tetapi akhirnya sampai ke situ juga.

    Reply

Leave a Reply to Linda Cancel reply

CommentLuv badge