Saya sebenarnya baharu jumpa istilah stagflasi ketika melayan Threads.
Maksudnya tidak lari jauh dari inflasi tetapi membawa tiga kesan dalam satu peristiwa secara serentak.
Menurut Wikipedia, stagflasi merujuk kepada suatu keadaan ekonomi di mana inflasi dan pertumbuhan ekonomi berlaku perlahan secara serentak dan kekal tidak terhalang untuk suatu jangkamasa yang ketara.
Ada pakar berpendapat, pergolakan di Timur Tengah sekarang ini akan menyebabkan stagflasi ke seluruh dunia.
Bukan Amerika Syarikat sahaja yang kena.
Semasa stagflasi kos barang dan perhidmatan terus naik tetapi ekonomi negara perlahan sehingga menyebabkan perniagaan boleh bungkus, penggangguran atau tiada kenaikan gaji kepada mereka yang bekerja.
Harga minyak naik melonjak, kos operasi meningkat, keuntungan menurun dan serba-serbi dalam kekalutan.
Bagaimana mahu mengatasinya ?
Saya ringkaskan dengan berbelanja berhemat, cari peluang pendapatan baharu dan sentiasa berfikiran positif agar mampu berdepan dengan pelbagai cabaran yang mendatang.
Jangan terlalu stress atau overthinking. Lalui sahaja ujian tersebut kerana semuanya ada hikmah yang belum lagi tersingkap dalam masa sekarang.
Wallahualam.
Segmen potret AI

He stands in a strong, composed pose with one hand relaxed by his side or slightly in front, looking directly at the camera with a calm, confident expression.
The background is a textured artistic wall featuring Sarawak-inspired elements, including bold red, yellow, black, and white colors with abstract tribal patterns and a layered grunge poster aesthetic.
At the top of the composition, large elegant gold serif typography reads “SARAWAK”, with stylish handwritten script below reading “Team Raya Sarawak”.
Lighting is soft yet cinematic, emphasizing masculine facial structure and fabric detail. Ultra-detailed, sharp focus, editorial fashion photography style, rich cultural aesthetic, 9:16 aspect ratio.
You have shared some great advice! Yes, prices have skyrocketed everywhere! Thank you so much for sharing.
you’re welcome
semoga yang baik2 untuk kita semua..
selamat menyambut hari raya juga tuan
aamiin…
selamat hari raya juga…buat kita
Janganlah pergolakan ni berpanjangan
Aamiin dan teruskan berdoa yang baik-baik saja.
semoga perang AS/Israel vs Iran ni akan segera tamat dan berpihak kpd Iran. Aamiin…
abam kie recently posted…Apa Itu Kurikulum Prasekolah Baharu 2026?
mudah-mudahan walaupun hakikatnya belum ada tanda lagi perang akan berakhir.
ni harga minyak pun dah start naik.. risau dgn ekonomi sekarang.
semua salah amerika yg tak habis2 buat masalah pada dunia ni!
Mazni recently posted…Malam terakhir di Madinah
Pada pandangan saya…semua negara yang terlibat ada masalahnya.
Masing-masing ada agenda yang mahu dicapai walaupun macam mustahil untuk berjaya.
Baru tahu istilah stagflasi ini bila Encik Hanafi share.
Itulah, kita hanya mampu berjimat mana mampu. Dan berserah pada Allah. Semua di luar bidang kuasa kita, perang ni.
Tot recently posted…Aktiviti raya pertama
selalulah bersangka baik dan berfikiran positif
Saya tertarik dengan perkongsian tuan ini kerana isu seperti stagflasi kadang-kadang nampak jauh apabila disebut sebagai istilah ekonomi, tetapi sebenarnya sangat dekat apabila kesannya mula masuk ke dalam hidup harian.
Harga barang yang naik, pertumbuhan yang perlahan, dan ruang bernafas yang makin sempit akhirnya bukan sekadar menekan pasaran, tetapi juga menekan fikiran dan ketahanan manusia biasa. Mungkin sebab itu kebimbangan tentang perkara seperti ini terasa lebih berat daripada sekadar angka.
Saya teringat satu kenyataan David Malpass bahawa “the danger of stagflation is considerable today.”
Bagi saya, yang lebih penting daripada istilah itu sendiri ialah peringatan bahawa krisis ekonomi selalunya tidak bermula di meja makan rakyat, tetapi akhirnya sampai ke situ juga.
terima kasih..
lama tak dengar komen dalam blog ini.