Kisah nostalgia disebalik ayam goreng

Dulu masa kecil saya makan ayam goreng berbeza dengan orang lain.

Saya ingat lagi ketika itu saya belum masuk sekolah.Maksudnya tujuh tahun ke bawah.

Ketika makan ayam goreng, saya cuma mengunyah seperti chewing gum.Saya menelan juicy sahaja.Isinya saya buang bawah meja.

Apabila orang tua tahu, saya kena sound beberapa kali namun akan mengulangi perbuatan tersebut tanpa serik.

Yang serik orang yang sound.Mereka tidak mampu mengubah pendirian dan tabiat saya yang jelek tersebut.

Itulah tahap kedegilan yang tidak boleh bawa bincang.

Setelah semakin membesar sebagai ‘juara’, saya mula mengubah tabiat makan ayam goreng dengan lebih baik.Perangai lama sudah ditinggal.

WAJIB BACA :   Cuti 5 Hari Sudah Berakhir

Namun cerita ayam goreng ini mengingatkan saya kepada tiga situasi iaitu zaman kanak-kanak, zaman sudah memiliki anak-anak dan zaman kembali untuk dapat anak yang baharu.

Siapa yang follow saya dari dulu memang tahu apa yang dimaksudkan dengan kenyataan tersebut.

Beberapa tahun yang lepas, saya pernah bekerja di restoren segera.Tugas mengoreng ayam adalah rutin harian yang mesti dilalui.Bukan pakar tetapi mencapai standard yang diperlukan.

Untuk mendapat hasil gorengan yang sedap dan berkualiti, minyak untuk menggoreng ayam perlu ada kitaran yang pendek.Lagi pendek lagi baik hasilnya.Minyak yang baharu usah katalah, awesome sungguh tau !

Entah mengapa malam tadi, saya terbeli ayam goreng di satu tempat yang dirahsiakan.Tak boleh bagitau kerana boleh menjejaskan bisnes jika apa yang saya ceritakan ini kurang tepat.

WAJIB BACA :   Inilah kelebihan bangun awal pagi yang ramai tak tahu

Saya beli dua ketul.Bahagian dada kerana mahu banyak isi.Saya menikmati ayam goreng tersebut seperti biasa sebelum balik kerja.

Rasa memang tak sedap.Rupa memang menarik.Walaupun bercanggah dengan konsep jangan nilai buku dengan kulit.

Itu buku dan ini ayam goreng.Ada bezakan.

Alhamdulillah saya kenyang seperti ular menelan mangsa.Bukan bermaksud saya kerja mengular hehehehe.

Setelah beberapa jam kemudian.Itupun saya sudah terlelap dari tidur yang lena.Tekak saya sangat gatal dan saya batuk diheningan malam.

Agak lama juga saya batuk.Sambil minum air sejuk, saya sapu Minyak Bidara Asli ( nak info PM tepi) pada tekak dan dada.

Ketika batuk begitu saya sudah detect puncanya.Ayam goreng yang saya beli itu menggunakan minyak masak terlalu lama.

WAJIB BACA :   Penglipur Raya Aidilfitri 2019 Yang Mengusik Jiwa

Saya rasa serik nak beli ayam goreng yang dimasak orang lain selain suri hati. Hehehe

Alhamdulilah selepas 30 minit kemudian rasa gatal di tekak sudah semakin pulih.Batuk pun berhenti.Saya pun tidur seperti biasa untuk melalui mimpi yang indah.

Pesan saya kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan kurangkan makan ayam goreng.Selain sebab kesihatan, ada risiko makan ayam goreng yang digoreng guna minyak terlalu lama.

Semoga kisah ini menjadi peringatan dan iktibar kepada kita semua.

Comments 14

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge