Bagaimana rumah sesuai untuk pasangan baharu kahwin?

Sekarang saya nak kupas lanjut bagaimana rumah sesuai untuk pasangan baharu kahwin?

Pada pandangan saya, rumah yang sesuai  mestilah selesa dan ada konsep minimalis. Tak perlu nak hebat sangat kerana baharu kahwin katakan. Fokuskan masa untuk  bersama sebelum datangnya cahaya mata.

Harga yang cadangkan baik untuk membeli atau sewa bawah RM1,000 sebulan. Lainlah kalau ada pendapatan RM10 ribu, boleh lenjan sewaan sehingga RM2,000.

Sekarang saya nak tanya Copilot pula.

Pasangan baharu kahwin wajar memilih rumah sederhana, selesa dan strategik. Lokasi dekat kerja serta kemudahan asas penting untuk kehidupan harian. Saiz rumah kecil memudahkan pengurusan dan kos lebih rendah. Gaya minimalis dengan perabot modular sesuai untuk ruang fleksibel. Rumah mampu milik memberi kestabilan kewangan dan peluang pelaburan masa depan.

Kita lihat bagaimana jawapan Gemini pulak.

WAJIB BACA :   Kekuatan diri yang positif: Rahsia untuk berjaya

Rumah ideal bagi pasangan baru berkahwin haruslah mengutamakan keselesaan, privasi, dan bajet yang realistik. Pilihlah lokasi strategik berdekatan tempat kerja dengan sekurang-kurangnya dua bilik untuk perancangan masa depan. Fokuskan hiasan pada ruang tamu yang santai serta dapur praktikal demi membina keharmonian awal alam rumah tangga yang bahagia dan tenang.

Akhir sekali saya tanya ChatGPT.

Rumah sesuai untuk pasangan baharu kahwin perlu mampu milik, selesa dan strategik. Pilih saiz sederhana seperti dua bilik, lokasi dekat tempat kerja dan kemudahan asas. Pastikan kos bulanan rendah, privasi terjaga dan ruang solat tersedia. Rumah bukan simbol kemewahan, tetapi asas membina keluarga harmoni, tenang dan berkat di dunia akhirat.

Kesimpulan:

WAJIB BACA :   Nampak miskin tapi sebenarnya orang kaya....Itulah permainan dunia !

Dengan soalan yang sama tetapi menghasilkan jawapan yang berbeza. Inti pati jawapan ketiga-tiga mesin belajar tersebut atau AI lebih kurang sam dengan jawapan saya sebagai manusia.hehehe

Jadi berbanggalah jadi manusia dan jangan obses dengan AI walaupun saya memang pengguna AI dalam penghasilan imej, video, audio dan terbaharu konten di NotebookLM.

Segmen harian potret AI 

Ultra-realistic 8K full body portrait of [HANAFI ABDULLAH], wearing a clean and pressed white social shirt with folded collar and a small lapel microphone, dark navy-blue dress pants and polished black social shoes.
Casually and unpretentiously leaning against a smooth light gray studio wall; hands are in pockets and one leg is crossed over the other, with relaxed and confident body language. Add to the wall next to them a prominent vector portrait in black and white of their face and bust – with sharp lines and angles, overlapping polygonal shapes and a minimalist modern graphic style, right below the information: “[HANAFI ABDULLAH]”, and below the name: “[AI Content Creator]”. Ratio 9:16.

14 thoughts on “Bagaimana rumah sesuai untuk pasangan baharu kahwin?”

  1. thanks for sharing info! zmn AI ni, byk benda yg kita boleh tanya chatGPT/gemini etc 😉 if tak melibatkan fakta, ok ajer, otherwise kena tabayun/verify

    Reply
  2. bagi sha, untuk pasangan baru kahwin, perlu siapkan rumah sendiri..tak kisah rumah sewa atau rumah beli..sha dah pernah tinggal di rumah mak sendiri, menumpang rumah ipar, rumah sewa yang ada ipar tinggal dan sekarang rumah sewa sendiri hanya ada anak saja..lain-lain situasinya..tapi lebih baik tinggal sendiri..sha doakan psgan yang masih belum mampu untuk ada rumah sewa/beli sendiri..dipermudahkan urusan..
    opzzpinky recently posted…6 Tahun Masuk Darjah 1My Profile

    Reply
    • hahaha….real sangat berbeza dengan AI tetapi iras-iras tu tetap ada hehehe

      Yang penting kemampuan untuk bayar komitmen

      jika mampu maka layak untuk dapat tempat tinggal yang lebih elok.

      Reply
  3. Pada pendapat sy, sewa rumah sendiri lebih baik… Masa mula2 kahwin kami tinggal sekejap dengan rumah parents… Tak lama pun… Bila merantau di Johor tinggal rumah ipar juga kejap sbb belum dapat rumah lagi… Alhamdulillah skrg dah 4 tahun menyewa.. Nak beli rumah belum mampu lagi… yg penting selesa, ada privasi, dan ikut kemampuan sendiri..

    Reply
    • Tinggal sendiri dengan pasangan jauh lebih baik berbanding tinggal dengan ibu bapa..saya memang akuinya

      Masa saya kahwin dulu…duduk kuaters saja sebelum beli rumah

      Reply
  4. utk pasangan yg baru berkahwin, kalau boleh kurangkan segala komitmen yg tak penting.. rumah adalah asas kekeluargaan.. menyewa tak perlu mahal dan kumpul duit utk beli rumah dlm few years lepas kawin.. biar kecil janji milik sendiri dari membayar sewa pd org lain..

    Reply
    • terima kasih atas komen yang munasabah…

      moga ada yang membaca komen ini dapat juga idea bagaimana nak memulakan kehidupan selepas kahwin nanti

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge