Semua orang boleh mengidam dan tidak semestinya perempuan yang mengandung. Bagaimanapun mengidam sesuatu biarlah realistik atau masuk akal.
Kalau ditanya dengan saya, tentulah saya mengidam kereta elekrik yang menarik, sporty dan harga rahmah pada tahun 2026.
Antara kereta yang menjadi perhatian tentulah e.MAS 5.
Kereta ini bermula denganĀ harga RM56,800 untuk model Prime manakala RM69,800 untuk model Premium.
Info lanjut boleh layari laman sesawang. kereta elektrik Proton.
Alasan paling utama sebab tak mahu hidu asap dan mahu kereta yang senyap.
Selebihnya mahu juga menikmati features yang moden, elegan dan relevan dengan masa kini.
Tapi ini semua jatuh kepada kemahuan dan bukan keperluan utama.
Kalau kalian semua, apa kereta idaman dan jangan malu-malu kongsikan dalam ruangan komen ?
Segmen harian potret AIĀ

EV e.mas memang cute dan sesuai dgn harga! apatah lg ada warna dusty pink kan…kalau saya belum ada EV, saya pun akan aim beli e.mas pinky tu jugakkk!!
Wow..sudah ada kereta EV alhamdulillah
boleh jimat petrol tu
memang sekarang tengah famous e.mas ni.. sebab kereta elektrik yang mampu milik.
abang sepupu kerja dekat port kalang, hari tu dia update gambar kereta e.mas berbaris baru sampai kt port..
linda recently posted….: IDEA GEMINI :.
Yelahkan..walaupun ia teknologi China kita pakai saja dulu sehingga ada teknologi sendiri
Belum bersedia nak guna EV salah satu faktor adalah tinggal di rumah tinggi. keadaan parking yg tak memudahkan utk pengguna EV..
Faktor begitu boleh juga ambil kira kerana kurang praktikal
namun jika ada kereta solar….amat sesuai juga sebab parking kat luar boleh charging sendiri.
kereta EV perlu charging guna elektrik
Tiada kereta idaman sebab tidak suka memandu. Asalkan kereta itu senang dibawa.
Saya juga kurang suka memandu tetapi apabila melibatkan pergerakan saya perlu juga memandu.
kalau kaya, boleh saja hire personal driver…masa dalam perjalanan boleh baca buku kan hehehehe
Uncle dah tak pikir kereta….
maintan je kereta buruk uncle yg dah takde hutang bank ni….
terbaik la uncle….mindset takde hutang boleh beri ketenangan fikiran
biar kereta buruk…janji geran/green card ddalam tangan kan…