Ramai beranggapan termasuk saya, penjimatan petrol bergantung sepenuhnya pada jenis kereta atau harga bahan api. Hakikatnya, tabiat pemanduan harian memainkan peranan jauh lebih besar.
Apakah tabiat pemanduan yang betul?
Dengan tabiat pemanduan yang betul, penggunaan petrol boleh dikurangkan tanpa menjejaskan keselesaan.
Amalan eco driving merupakan langkah asas.
Menekan pedal minyak secara perlahan dan konsisten membantu enjin bekerja dengan lebih efisien.
Elakkan pecutan atau memandu dengan jiwa kelajuan dan brek mengejut kerana ia meningkatkan penggunaan petrol.
Kelajuan stabil sekitar 80 hingga 90 kilometer sejam lazimnya paling menjimatkan, terutama di lebuh raya.
Keadaan tayar juga sering diabaikan.
Tayar yang kurang angin menyebabkan rintangan berganda dan memaksa enjin bekerja lebih keras.
Pemeriksaan tekanan angin setiap dua minggu serta mengikut spesifikasi pengeluar amat disarankan.
Dalam masa yang sama, buang beban tidak perlu di dalam bonet kerana kereta yang lebih ringan menggunakan kurang bahan api.
Bagi kenderaan manual, tukar gear pada RPM rendah dan elakkan rev tinggi tanpa keperluan.
Jika berhenti melebihi satu atau dua minit, mematikan enjin lebih menjimatkan berbanding membiarkannya hidup.
Servis berkala, perancangan perjalanan, serta penggunaan penyaman udara secara bijak melengkapkan usaha penjimatan petrol secara menyeluruh.
Kesimpulannya, jimat petrol bukan soal teknik rumit, tetapi konsistensi tabiat yang betul setiap hari.
Segmen harian potret AIĀ


Terima kasih atas perkongsian artikel untuk penjimatan minyak. Sememangnya gaya pemanduan akan mempengaruhi penggunaan minyak. Kadang-kadang hairan juga dengan orang yang memandu agresif, berapa lama sangat enjinnya akan tahan dan pasti minyaknya tidak digunakan dengan efisyen.
Faizal R recently posted…Tadabbur Surah Al-Baqarah Ruku’ 20/40 (Ayat 164-167)
sama-sama tuan.
Memang ada yang berjiwa kelajuan dan tidak kisah berapa kos untuk minyak
mereka boleh absord kos minyak dari sumber lain
Tq.
Sayapun ingat jenis kereta yang diguna.
kan…
kereta yang sesuai amat bergantung kepada kemampuan masing-masing.
Yes… servis berkala tu yg orang selalu terlepas pandang
kalau istiqamah dengan servis berkala…memang awesome