Seminggu lagi puasa Ramadan akan berakhir.Kelihatan Abee begitu sugul mengenangkan baju raya belum terbeli.Baju raya tahun lalu sudah lusuh.Mana taknya,Abee pakai setiap kali Jumaat.Itu sahaja baju terbaik yang dia ada.
Abee hidup sebatang kara.Anak dan isterinya telah meninggalkannya sejak 20 tahun dahulu.
Imbas memori…
“Umme nak jenguk anak kita di bandar,Lama sungguh tak jumpa”.Perlahan-lahan Umme mengatur butir bicara.
Umme adalah isteri Abee yang tidak mencintainya.Perkahwinan mereka utuh di atas kertas tetapi goyah dalam realiti.Namun diteruskan kerana keadaan memaksa.
“Mungkin pergi tak akan kembali.Jadi usah ditanya lagi sebabnya.Cuma Umme mohon agar pemergian ini direstui dan diizinkan.”luahan hati Umme yang berbungkam lama akhirnya terlerai jua.
“Jika begitu kehendaknya Abee terpaksa mengizinkan.Cuma pesan Abee jaga diri-diri baik la ye.” jelas penuh sayu Abee menyatakan kepada isterinya.Rela dalam paksa.
Perpisahan tidak rasmi bermula disaat itu…
Semenjak perpisahan dengan isterinya.Abee menjalani kehidupan bersendirian dirumah usang peninggalan orang tua.
Abee mencari nafkah dengan mencari tin-tin aluminium,besi-besi buruk dan surat khabar lama.Sudah pasti perolehannya tidak menentu.
Ada masa langsung tiada.Selalunya memang kosong.Namun sekali sekala sahaja Abee mendapat rezeki yang lebih dari biasa.
Suatu hari Tok Penghulu datang menyapa Abee.
“Apa khabar Abee,awak sihat kah?” Tok penghulu mula berbasa basi.
“Alhamdulillah saya sihat tok,” Sepatah kata sahaja Abee menjawab.
Dulu Abee peramah orangnya.Mulutnya umpama bertih.Bijak berkata-kata dan pandai menyusun ayat pickup line yang menyentap jiwa.
Kini Abee suka untuk berzikir dan beristighfar.Itulah hiburan untuknya.Hatinya tenang dan damai.Sukar pula untuk diungkapkan dengan hanya berkata-kata.
“Tok Penghulu nak memaklumkan hujung minggu ini ada majlis keramaian,ada tari menari,majlis zikir dan ceramah agama.Jika Abee sudi datanglah ke rumah selepas Zohor”.Tok Penghulu pelawaa Abee setulus hati.
“In shaa Allah tok.Jika umur masih panjang”.Ternyata Abee sukar menolak pelawaan Tok Penghulu.Namun jauh dalam lubuk hatinya berkeras tidak mahu pergi lantaran darjat.Mereka golongan berada manakala Abee habuk pun tak ada.
Seperti yang dijanjikan majlis keramaian pun bermula..
Abee datang awal.Lebih awal dari tetamu VIP.Macam biasa.Mana ada tetamu VIP datang awal dari tetamu biasa.
Perasaan Abee bercampur-campur.Ada kalanya seronok.Selebihnya gusar dan gundah melihat dirinya yang serba kekurangan.
kredit : Facebook
Tetamu lain ada yang datang dengan penuh bergaya.Siapa berbaju raya dengan sampin laksana seorang wira yang akan duduk disanggah sana.
Kaum wanita tak ramai.Kebanyakkan kaum lelaki kerana Tok Penghulu mempunyai ramai kenalan dari golongan korporat.ahli perniagaan dan usahawan.
Kedatangan para tetamu disambut mesra oleh Tok Penghulu.Masing-masing menghulurkan sampul berisi duit,
Sebaliknya Abee bersalaman dengan tangan kosong sahaja.Malu sungguh rasa dihati Abee.Ralit bukan kepalang.
Sunggupun demikian Tok Penghulu faham.Bukan sampul surat yang ada isi menjadi kebanggaannya tetapi hati para tetamu yang sudi datang.Lebih -lebih lagi hati tetamu yang sibuk berzikir kepada Allah SWT seperti Abee.
Dari jauh muzik Timur Tengah dialunkan.Tidak terlalu nyaring.Cukup sekadar halwa telinga para tetamu untuk majlis ilmu tersebut.Ramai tetamu melenggok-lenggok badan menuruti dan menghayati muzik Timur Tengah.
Tatkal dialunkan bacaan Al Quran ada yang diam membisu seribu bahasa.Mereka cuba memahami maksud yang cuba disampaikan terutama surah Al Waq’iah.
Abee duduk dipenjuru.Agak jauh dari kalangan mereka yang baju lawa-lawa dan cantik cantik.Abee cuma ada baju raya tahun lepas dan telah diguna untuk merayakan setiap hari Jumaat
Majlis berlangsung dengan meriahnya.Kemuncak majlis tersebut ialah cabutan bertuah.
Tujuan Tok Penghulu supaya budaya memberi hadiah dan bersedekah menjadi tradisi terindah tanpa dibatasi darjat atau pangkat.
Yang kaya bersedekah manakala yang miskin memberi hadiah.
Tanpa diduga nama Abee terpancul keluar.Dia menerima cabutan bertuah baju raya yang sengnaja namanya ditulis sebagai pemenang oleh Tok Penghulu awal-awal.
Abee tersenyum riang dan gembiranya tak terkata.Air mata kesyukuran meleleh laju tanpa diseka.Abee terpunduk di satu sofa ruang tamu Tok Penghulu.
BERSAMBUNG..>>Baca Sini
ada sambungan ya..
ya..memang ada..
cerita selitan sahaja..heheheh
Cepat sambung ye. Best baca cerpen ni. Hehe
in shaa Allah ..
tengah praktis buat nie..
lama-lama sedap la cerpen tu.
Kat kampung mana tu?
Macam best aje 🙂
kat kampung khalayan je..
hehehehe
Datang melawat dan baca entri terbaru..
.
Eraz Fadli
.
Entri Terbaru : http://www.erazfadli.com/2017/06/bojen-raya-elak-last-minute.html
ya..terima kasih kerana sudi datang..
Menarik. Thanks kongsi.
terima kasih bro..
dapat bayangkan keseronokan abee dapat hadiah baju raya
siapa yang tidak seronok kalau dapat hadiah hehhehe