Saya sempat beli-belah beberapa hari yang lepas. Didapati barang-barang keperluan sudah ada yang naik.
Ini merupakan fenomena biasa kerana kakitangan awam persekutuan sudah dapat insentif RM2000.
Belum lagi kes naik gaji. Apabila naik gaji barang akan naik juga
Persoalannya bagaimanakah nasib dan keadaan orang awam yang bekerja swasta atau orang yang bekerja sendiri dengan pendapatan nyawa-nyawa ikan.
Sama-sama kita fikirkan sejenak. Betul kata orang yang bijak pandai.
Hidup ini keras dan sudah semestinya kita perlu bekerja lebih keras untuk menyara kehidupan.
Barang sudah naik
Beruntung keluarga kecil. Bagaimana keadaan mereka yang kini hidup dalam keluarga besar?
Saya tiada jawapan dan sekali lagi kita sama-sama fikirkan sejenak.
Apabila barang keperluan naik sudah tentu kos hidup turut meningkatkan. Tiada penyelesaian tuntas terhadap perkara ini kerana ia saling berkait antara satu sama lain.
Cuma saya berpendapat bagaimana kalau pendapatan kita semua diturunkan ?
Adakah barang akan turun atau naik ?
Sama-sama kita fikirkan.
Jawapan saya..sudah tentu tidak.
- Kemas kini 23/11/24
Yang tak pernah naik, hujan je Tuan 🙂
Itu sudah semestinya..hahaha
Hujan prinsipnya dari atas ke bawah
beginilah nasib yang perlu dilalui oleh rakyat biasa..
Yalah kan .
Tak best jadi rakyat biasa
Apa kata kita jadi rakyat luar biasa pulak
Betul barang dah makin naik antara sebab banyak subsidi barangan telah ditarik seperti beras telur minyak masak ayam tak apa la bagi kakitangan kerajaan mungkin ada banyak bonus tapi bagi yg berkerja dibidang swasta hurmm .. bertabah jer la..
Tulah. Kos hidup semakin naik dan ia pasti mencengkam golongan swasta
Moga kita dimurahkan rezeki selalu.
Aamiin ya Rabbal Aalamiin
betul terasa sgt harga barang naik
beli 2-3 barang je
sekejapan je dah lbh RM20
fuhhhh
Itu baru RM20..
Kalau RM50 pun lebih kurang
Kesian golongan marhaen
Sama disini juga harga barang-barang naik, Mas.
Kalau disini memang menjelang bulan Ramadan suka ada kenaikan harga. Terutama harga barang-barang kebutuhan pokok semacam beras, telur dan daging.
Nanti harga-harga akan naik lagi menjelang Iedul Fitri.
Salam,
Sebagai rakyat marhaen …memang sukar hidup dengan kenaikan harga yang mencekam jiwa sekarang ini
tak di Malaysia, tak di Indonesia semua naik memang. malah di sini beras jadi naik menggila dan bahkan susah nak dapat. kasian lihat Orang2 yang tak mampu beli beras seperti dulu. kalau saya memang tak tergantung nasi, Krn kami sesekali makan kentang atau roti sehari2. tapi banyak orang yg tak biasa kan..
teman2 yg kurang mampu pun mengeluh Krn susah nak dapat beras yg murah dan bagus skr ini 🙁
Hidup semakin sukar sekarang dan usaha perlu untuk naikkan pendapatan
Jika cara biasa tidak dapat maka boleh guna cara luar biasa…
memang kesian kepada orang yang kurang mampu dalam mendepani hidup ini