10 tips kekal fokus walaupun berada di dunia penuh gangguan

Zaman sekarang ni memang penuh dengan macam-macam gangguan – dari media sosial yang tak habis-habis, notifikasi yang muncul tanpa diundang, sampai suasana kerja yang bising. Mesti ramai yang tertanya-tanya, macam mana kita nak kekal fokus dan produktif dalam keadaan macam ni kan?

Jangan risau, jawapannya ada di sini! Saya kongsikan 10 tips mudah untuk kekal fokus yang boleh anda cuba amalkan. Mana tahu, lepas ni hidup harian anda akan jadi lebih teratur dan produktif.

Diri Sendiri

  1. Fokus Satu-Satu (Monotasking): Latih otak kita untuk fokus pada satu kerja dalam satu masa. Percayalah, buat banyak kerja sekali gus (multitasking) tu sebenarnya boleh buat otak kita jadi kurang cekap dan lagi stres. Lebih baik kita selesaikan satu kerja betul-betul sebelum mula kerja yang lain.

  2. Rehat Sekejap Guna Teknik 52/17: Cuba amalkan kerja selama 52 minit, lepas tu rehat 17 minit. Masa rehat tu penting untuk bagi otak kita refresh dan kembali dengan lebih semangat. Ada banyak app macam “Focus Booster” yang boleh tolong kita urus masa kerja ni.

  3. Kunyah Gula-Gula Getah: Siapa sangka, kunyah gula-gula getah pun boleh bantu kita fokus! Kajian ada tunjuk yang aktiviti mengunyah ni boleh merangsang fokus. Kalau nak lagi best, cuba perisa pudina.

  4. Tidur Lena Dengan Bantuan Pink Noise: Pernah dengar pasal pink noise? Bunyi-bunyi lembut macam bunyi hujan, ombak, atau kipas boleh bantu kita tidur lebih nyenyak. Bila tidur cukup, esoknya mesti rasa lebih fokus!

  5. Menulis Guna Tangan Lagi Berkesan: Kalau boleh, cuba tulis nota atau senarai tugas guna tangan, jangan cuma taip. Menulis tangan ni bantu kuatkan memori dan fokus sebab ia aktifkan bahagian otak yang lain berbanding menaip.

  6. Rehatkan Mata Dengan Hijau Alam: Sekejap je, dalam 40 saat, cuba tengok sesuatu yang hijau macam tumbuhan. Melihat warna hijau boleh tenangkan otak dan pulihkan fokus kita. Letak je pasu kecil kat meja kerja, jadi terapi mata semulajadi.

  7. Conteng-Conteng Pun Ada Guna: Jangan ingat conteng-conteng (doodling) tu buang masa. Sebenarnya, ia boleh bantu otak kita kekal aktif dan kurangkan rasa mengelamun masa kita tengah dengar orang bercakap atau belajar.

  8. Aroma Lavender & Peppermint Memang Power: Aromaterapi memang terkenal boleh bantu kita fokus dan kurangkan stres. Guna diffuser dengan minyak lavender atau peppermint kat meja kerja, mesti suasana kerja jadi lebih tenang dan kondusif.

  9. Cuba Belajar Tarian Baharu: Ajak otak dan badan kita bekerjasama dengan belajar tarian baharu. Aktiviti macam ni bagus untuk rangsang koordinasi dan fokus. Cari je video tarian ringkas kat YouTube, boleh sambil bersenam!

  10. Selesaikan Masalah Sambil Bercakap: Bila kita ada masalah atau tugas yang mencabar, cuba cakap kuat-kuat langkah-langkah penyelesaiannya. Cara ni bantu otak kita susun idea dengan lebih logik dan jadi lebih jelas dalam menyelesaikan tugasan.

WAJIB BACA :   Kisah saya, Malaysia dan Piala Thomas

Kesimpulan:

Ingat, setiap orang lain-lain. Jadi, cuba satu per satu tips ni dan tengok mana yang paling sesuai untuk diri anda.

Yang penting, kita ada usaha untuk jadi lebih fokus dan produktif dalam kehidupan kita!

Kalau ada tips lain yang anda amalkan, jangan malu kongsikan di ruangan komen di bawah ya!

Kita keep in touch selalu!

14 thoughts on “10 tips kekal fokus walaupun berada di dunia penuh gangguan”

  1. Yang biasa saya lakukan dahulu zaman masih bekerja yaitu monotasking, Mas.

    Kalau kerja nya sendiri saja saya lebih suka sambil memutar musik dengan volume yang rendah saja.

    Salam,

    Reply
  2. saya pakai bantuan lagu terkadang bang. saat ada suara musik, saya bisa fokus. dan kantuk biasanya hilang . kalo memang dah jenuh sangat, baru istirahat sekejab.

    kopi juga membantu buat saya fokus 😄

    Reply
  3. sy dgn bau lavender kurang ngam… kalau bau ala2 lemon, serai… yg tu boleh msk lg… bau ros pun tgk jg. kalau menyengat sgt, big no😁 sejenis yg cpt pening kalau terhidu bau ‘pelik’ baik bau tu wangi atau busuk

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge