Inilah punca kemampuan otak merosot..

Baru-baru ini saya bersembang dengan salah seorang rakan pejabat. Saya mengadu memori otak saya semakin merosot, daya tumpuan semakin menurun dan kemampuan berkomunikasi tersekat-sekat.

Rupa-rupanya ini sebabnya.

Perasan tak, makin lama makin susah nak fokus dan mudah lupa perkara kecil?

Keadaan ini bukan sekadar faktor umur, tetapi boleh berpunca daripada tabiat harian yang kita anggap biasa.

Menurut pakar neurosains, Assoc. Prof. Dr. Rizky Edmi Edison, penggunaan gajet dan gaya hidup moden sebenarnya memberi tekanan berterusan kepada otak tanpa kita sedari.

Salah satu punca utama ialah tabiat melayari media sosial sebagai cara untuk “berehat”.

Setiap video pendek yang ditonton memaksa otak memproses maklumat baharu secara pantas dan berulang.

WAJIB BACA :   Hijrah Diri : Jadikan Hari Ini Jauh Lebih Baik

Saya pengguna tegar Facebook, selepas itu beralih ke Youtube.

Kemudiannya pergi pula ke TikTok dan kini melekat di Threads.

Akibatnya, otak menjadi cepat penat, tempoh fokus semakin pendek dan sukar menumpukan perhatian dalam tempoh yang lama.

Selain itu, amalan multitasking juga sering disalah anggap sebagai tanda produktif.

Bos saya suka buat kerja secara multitasking dan saya juga terikut-ikut biarpun tidak mencontohi secara penuh.

Hakikatnya, otak hanya bertukar-tukar fokus dengan cepat antara tugasan, bukan melakukan semuanya serentak.

Proses ini menggunakan tenaga yang tinggi dan akhirnya menyebabkan keletihan mental, “brain fog” serta penurunan keupayaan berfikir.

Dalam masa yang sama, kurangnya waktu untuk “mengosongkan” fikiran turut memberi kesan kepada fungsi otak.

WAJIB BACA :   Sandal hilang di pagi Raya Aidiladha 2020

Ketika kita duduk diam tanpa gangguan, otak akan menjalankan proses dalaman untuk menyusun maklumat dan menjana idea baharu.

Tanpa ruang ini, otak menjadi tepu dan kurang kreatif.

Kesimpulannya, masalah otak menjadi perlahan bukan kerana kita kurang bijak, tetapi kerana ia terlebih beban.

Mengurangkan penggunaan gajet, mengelakkan multitasking berlebihan dan memberi ruang untuk berehat secara sebenar adalah langkah penting untuk memastikan fungsi otak kekal tajam.

Selain itu saya akan terus pastikan tidur mencukupi dan banyak pergerakan. Biasanya itu praktis yang saya sudah buat sekian lama.

Harap selepas ini juga saya lebih bersederhana dengan aktiviti yang merosakan fungsi otak kerana dibimbangi semakin tua semakin pelupa.

WAJIB BACA :   Surat khabar digital percuma, dua dalam satu !

Kalau semakin berusia semakin bergaya kira bonus juga sebab masa muda dulu tidak berkesempatan jadi demikian.

Gambar AI di bawah  ada iras-iras 10 peratus  sahaja dengan rupa sebenar saya hehehe.

Segmen potret AI

The man is standing.Dramatic chiaroscuro lighting, sharp rim light tracing the silhouette of his face, jawline, and shoulder to create high contrast. Photographed with an 85mm lens, f/1.8, shallow depth of field, sharp focus on the facial features and the watch, hyper-realistic skin texture, high-end studio photography style, moody and sophisticated atmosphere

6 thoughts on “Inilah punca kemampuan otak merosot..”

  1. Multi-tasking tok boleh buat dalam jangka masa pendek, tapi bila dah selalu gilak multi-tasking, boleh menyebabkan dementia. Sbb ya kinek tok kmk sik suka gilak multi-tasking. Mun mok polah kerja, polah sigek2 dalam satu masa (kecuali mun lipat baju, kenak tgk tv sbb boring juak task melipat baju ya 🤣)

    Reply
  2. Kadang2 kita terlupa nak prioritized mana yang lebih penting. Semua nak buat. Natijahnya otak kita letih.

    Perkongsian yang berilmiah ni. Terima kasih. Mengingatkan diri saya juga ni.

    Reply

Leave a Reply to Linda Cancel reply

CommentLuv badge