Jangan risau sangat dan jangan selesa sangat antara pesanan yang saya dapat tangkap dalam pengumuman secara langsung di Facebook.
Semalam Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir membuat satu pengumuman khas berkaitan krisis tenaga yang berlaku sekarang ini.
Harus ingat krisis tenaga merupakan isu yang amat serius untuk dihadap oleh kita semua.
Bukan setakat di Malaysia malah di seluruh dunia.
Menurut kenyataan beliau, kesan ekonomi akan dirasai secara bertahap kerana melibatkan sistem rantaian dalam semua aspek.
Harga produk petroleum kekal tinggi walaupun konflik di Timur Tengah berakhir.
Setakat ini belum ada tanda-tanda positif perdamaian walaupun gencatan senjata 14 hari masih berlangsung.
Rundingan damai antara Iran dan As yang berlangsung di Islamabad menemui jalan buntu.
Namun Trumpet memberi bayangan akan melakukan lagi rundingan damai dalam masa terdekat.
Berbalik kita kepada kisah di Malaysia.
Sektor penerbangan sudah terjejas.
Industri pelancongan mula menunjukkan kemerosotan jumlah pelancong terutama daripada Asia Barat.
Krisis tenaga akan menyebabkan juga kepada kehilangan pekerjaan dan pendapatan kerana banyak perniagaan akan lingkup.
Bagaimanapun wajar juga kita menarik nafas lega kerana bekalan makanan asas masih stabil dalam masa terdekat ini.
Cuma akan ada kenaikan harga barangan tersebut kerana baja dan makanan ternakan sekitar 15 peratus hingga 20 peratus.
Malaysia mengimport 63 peratus baja dari luar negara.
Saranan saya jom kita tanam sendiri sayur-sayuran walaupun tanpa guna baja. Tak subur pun tak pe. Janji ada.
Lagi bagus.
Semalam saya beli timun berharga RM5.50 sekilo dan terung dua batang dalam RM6.85
Itulah perkongsian kali ini. Kalau banyak sangat saya sendiri yang susah hati nanti hehehe.
Segmen potret AI

geopolitik dunia sekarang penuh dengan ‘uncertainty’. boleh dianggap ‘fitnah’ kecil kecil yang membuatkan kita semakin byk menerima berita melalui media massa, sukar untuk mencari fakta atau fitnah.
Snapbackpacker recently posted…Malaysia 2026: Is It the Best Destination for Digital Nomads?
Berita yang benar-benar sahih sukar diperolehi waima media rasmi pun belum dapat disahkan 100 peratus.
cuma sebagai orang media, saya perlu menapis dan menyaring pelbagai sumber agar tidak terlalu ‘hoax’ untuk perkongsian dalam blog
Masalahnya Trumpet tok sik boleh dipercayai. Nya polah announcement utk mempengaruhi pasaran US dan global jak, lekak ya tetiba nya meroyan agik 😅 Apapun semoga krisis ekonomi tok cepat2 berakhir. Kesian dgn negara2 bukan pengeluar dan pemproses minyak sbb sidak sik macam negara kita ada alternatif guna minyak kedirik mun bekalan minyak terputus.
Krisis di Timur Tengah adalah sukar diramal untuk berakhirnya
Namun kesan nyata kita semua yang kena.
Paling terkesan golongan rentan yang sangat bergantung kepada sumber pendapatan yang kecil
dah boleh mula bercucuk tanam…memang akan rasa nanti ni..
betul…boleh hilangkan rasa M itu mulai sekarang..
ada masa lapang boleh guna untuk bercucuk tanam mana yang patut
Berhati hati dan berdoa semoga kehidupan aman dan damai..ada keresahan bila ada teluk berperang ..
Insha Allah..
mohon doa yang baik-baik saja untuk mengatasinya
Kalau boleh, silalah stok up makanan asas ni dan ubat-ubatan. Takut2 harganya meningkat naik. Kita mungkin masih berasa dalam comfort zone tapi sebenarnya impaknya besar. Kerajaan dah mula work from home dah ni. Nak elakkan penggunaan minyak kereta berlebihan. UPM kat Fakulti anak pun tengah berbincang mungkin akan ada kelas dibuat online. Tengok la macam mana…..
betul.
Ambil peranan masing-masing kerana itulah sumbangan kecil kita kepada negara.
amalkan juga sikap waspada dan berhemat dalam perbelanjaan
Saya juga tidak mempercayai Trumpet dan sekutunya Is****. Moga ada solusinya untuk dunia aman tanpa peperangan. Mustahil sebenarnya.
Perkara ini luar kawalan kita.
kita hanya mampu kawal diri sendiri dan jadikan orang yang bijak adaptasi kemelut dunia.
senang cakap la…kuatkan iman masing2.
memang pening sekarang ini. harga semua barang terjejas. tapi yg sedih, Orang2 yang mencegah kebawah ini, kasian mereka yg menjadi korban. tak mampu beli keperluan dapur 😔. harap2 semuanya bisa saling support. yg berkecukupan, membantu yg lemah dari segi ekonomi. biasakan membeli dari produk lokal saja
Golongan yang sederhana akan kurang terasa.
Golongan miskin memang akan merana dengan kesempitan hidup dalam menghadapi cabaran hidup tersebut.