Jiwa kacau atau hati tenang

Saya faham istilah jiwa kacau bukan terlalu asing buat kita semua. Apatah lagi istilah hati tenang.

Antara hati tenang dan jiwa kacau sudah tentu semua mahu pilihan pertama.

Yakni hati tenang.

Hati tenang anugerah terhebat dari Allah kepada hambaNya.

Bagaimana untuk mendapatkannya?

Tidak lain dan tidak bukan dengan mengingati Allah sama ada melalui solat, baca al-Quran, berzikir, beristighfar, berselawat dan berdoa.

Pilih antara satu atau buat semua.

Jiwa kacau pula mudah untuk diperolehi.

Bagaimana untuk memperolehi bukan tujuan penulisan ini.

Cuma jiwa kacau berpunca dari kegagalan mengawal emosi, mengurus stress dan gangguan hormon dalam badan.

Ada punca yang paling dasar harus dicantas dan wajib diatasi dengan kaedah tertentu.

WAJIB BACA :   Pengalaman guna telefon Oppo A5 2020

Semoga kita semua mampu mengelak jiwa kacau dan berjaya mendapat hati tenang.

Ingat, hati tenang adalah rezeki dan jiwa kacau adalah ujian kepada manusia itu sendiri.

Semoga ada manfaatnya.

Comments 10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge