Wanita dua suami….

Di tempat saya bekerja ramai anak muda. Umur dalam lingkungan bawah 30 tahun.

Ada seorang staf bertanya dengan nada bergurau. Dia sudah berkahwin tak sampai pun setahun.

“ Bolehkah wanita kahwin dua ? ”

Saya geleng kepala sambil tersenyum.

Saya kata, “ tidak boleh’.

Jawapan saya ringkas kerana tidak mahu mengulas sesuatu yang terang-terang salah.

Ketika membaca satu berita di media sosial hari ini, saya terkejut beruk. Diberitakan seorang isteri kedua mempunyai dua suami.

Dalam erti kata yang lainnya isteri ini telah memadukan suami.

Ianya seperti membalas balik perbuatan suami yang berkahwin dua dan isteri pula turut ada dua suami. Nak baca pun pening lalat dibuatnya.

WAJIB BACA :   Kisah kejayaan Alieff Irfan beli McLaren 720S

Kejadian ini memang bertentangan dengan hukum-hakam agama Islam.

Namun tidak wajar kita menilai dan menghakimi mereka. Masing-masing ada kisah dan cerita sebenar.

Cuma kita mengambil iktibar dan teladan agar jangan meremehkan soal pernikahan yang sangat suci dalam ajaran Islam.

Berita lanjut boleh dibaca dalam pautan berikut

 

10 thoughts on “Wanita dua suami….”

  1. entah apa laa ya dalam fikiran perempuan yg kahwin 2 tu… tp tu laa antara risiko bernikah di sempadan jika kita tak ambil serius utk menyelesaikan masalah tu

    Reply
  2. poliandri, ini pun pernah terjadi di Indonesia. tapi tentunya dianggab melanggar hukum, Krn hukum negara pun tidak membenarkan poliandri, apalagi hukum Islam.

    pelakunya dihukum sih. pernah terjadi beberapa kali, di Aceh, Bone, dan beberapa kota lain. salah satu alasan karena yg wanita hyper sex.

    semogalah kita dijauhkan dari hal2 begitu ya

    Reply
  3. Tak tau lah nak komen bila baca berita macam ni..terang-terang memang salah. tapi entah lah mgkn ada lah cerita dan kisah disebalik tu. Kita sbg org luar tak perlu lah nilai. Cukup jadikan sebagai iktibar dan pengajaran. Moga dijauhkan benda2 macam ni dari ahli keluarga kita…

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge