Ini kes parah. Kiranya pertama kali terjadi juga kepada saya hari tersebut.
Entah mengapa pada pagi itu sewaktu turun ke pejabat saya kalut semacam.
Fikiran risau dengan traffic jammed. Kalau sangkut di traffic jammed bermakna saya lambat ke pejabat.
Kebetulan juga hari saya off day. Sedikit sebanyak memang mengganggu mood orang yang tengah bercuti.
Namun demi memenuhi saranan ketua untuk menyantuni rombongan pelajar MSU College Sarawak ke pejabat, saya akur walaupun keberatan.
Nak tolak serba salah. Nak terima dalam dilema.
Antara mahu dengan tidak, saya bersetuju dengan pelawaan tersebut. Mungkin atas sebab demikian saya diuji pada hari itu.
Ujian pertama :
Bayangkan saya tersedar salah ambil telefon isteri ketika separuh perjalanan ke pejabat. Nak berpatah balik memang tidak mungkin kerana kesesakan yang sangat panjang.
SOP kami berdua suami isteri boleh mengetahui password telefon masing-masing. Isteri ada telefon untuk suruh berpatah balik dan kedengaran nadanya kecewa.
Saya kata tidak mampu untuk berpatah balik kerana faktor masa dan kesesakan jalan raya yang semakin teruk.
Jalan yang saya lalui tiada simpang dan hanya ada bulatan untuk u-turn tapi jarak yang sangat jauh.
Akhirnya isteri mengalah dan saya terdiam rasa bersalah. Syukur alhamdulillah si isteri reda dan faham situasi sebenar. Kesilapan itu bukan disengajakan.
Ujian kedua :
Sampai di pejabat rupanya masih ada masa berbaki 40 minit untuk majlis bertemu pelajar MSU College Sarawak bermula.
Dengan masa yang ada saya mengambil keputusan untuk pergi ke kedai mamak mencari tosai.
Rupanya kedai tersebut sudah tutup. Terpaksalah saya tukar rancangan dan singgah di restoran yang berdekatan.
Saya order teh tarik kurang manis dan roti canai cheese. Itupun mereka lambat served dan saya seperti orang halimunan.
Tidak seperti pelanggan yang lain, cepat sahaja mereka tanya order.
Ternyata sudah ada petunjuk awal bahawa mereka kurang menyenangi kehadiran saya sebagai pelanggan. Ini nerupakan dosa prasangka saya dan saya terima akibatnya.
Kesilapan demi kesilapan berlaku.
Setelah sekian lama, baharulah datang tiga staf untuk bertanya apa yang nak saya order . Apabila sudah order proses menunggu teh tarik pulak sekitar 15 minit.
Pada masa itu ramai juga pelanggan kerana restoran ini memang jadi tumpuan.
Apabila teh tarik sampai tetapi rasa tidak seperti diminta. Rasa manis tidak berkurangan.
Kini proses menunggu roti canai cheese pulak. Jam sudah menunjukkan 09.55 pagi.
Saya tiada pilihan selain angkat kaki untuk bayar minuman. Saya pergi ke kaunter bayaran.
Rupanya harga sudah direkod awal walaupun roti canai cheese belum datang. Saya beritahu cashier untuk tapau sahaja roti tersebut tanpa kuah.
Namun ada lagi berlaku kesilapan.
Kuah tetap mereka tapau dan roti canai cheese pula diganti dengan roti canai biasa.
Maknanya saya terpaksa membayar harga yang tidak sepatutnya.
Oleh sebab saya tengah rushing, saya abaikan dua kesilapan tersebut tanpa banyak soal. Saya bergegas meninggal kedai makan tersebut dengan perasaan kesal.
Mereka tidak mengucapkan apa-apa sama ada terima kasih atau minta maaf. Mungkin rasa khuatir melihat air muka saya yang sudah ada tanda-tanda kemarahan. Walaupun bukan salah mereka 100 peratus.
Saya faham corak dan bentuk kerja restoran ini kerana saya pernah juga melaluinya. Stress, letih dan sibuk adalah makanan harian kepada mereka dalam bidang ini.
Kesimpulan
Dalam dua ujian tersebut saya akui kesilapan saya sendiri.
Pertama rushing atau kalut. Orang yang kalut banyak perkara serba tak kena.
Kedua jangkaan masa tidak tepat. Sebaiknya jangan ke kedai makan jika hanya ada masa kurang daripada sejam. Masa tersebut memang tidak cukup walaupun tempat yang sangat dekat.
Saya reject kedai makan terbabit dan cuba ikhlaskan hati walaupun terjumpa situasi yang merugikan. Jauh dalam lubuk hati tidak mahu lagi minum di kedai jika kesuntukan masa.
Ironintya kisah peribadi ini ada ibrah dan pengajaran yang bermakna buat kita semua.
Wallahualam.
p/s: Laporan berita tentang perjumpaan pelajar MSU College Sarawak ada saya tulis dalam pautan berikut. Ada gambar saya bersama para pelajar jika anda capat cam la.
Saya setuju dengan apa yang akan berlaku seandainya kita rushing atau kalut.
Terutama bila melibatkan boss yang tak menyempat-yempat nak berjumpa dengan kita waima ketika itu kita baru nak menjamah rezeki. Bukan PA dia jer yang call..staff lain pun turut call.
Terpaksa la kita makan dengan terburu2 atau tapau sahaja.
Cuma pendekatan saya..saya keep calm..dah jumpa boss dan tanya apa yang super urgent..discuss dalam 5 minit..settle..lepas tu baru saya sound boss balik..hehehehehe.
Lepas tu saya sound pulak PA n staff tadi. Hehehehehe..
Sudah adat bekerja memang macam tu…kalau sound bos dan PA balik itu dah kira advance juga tu. hehehe
Kalau kita di pihak yang benar apa salahnya kalau berbuat demikian.
Berani sound sebab dah banyak kali jadi..sebelum2 tu diam jer ..saya tak sound secara marah2..cuma cakap secara gentleman..hehehehe..kadang2 kita kena guna common sense juga.
bagus juga sound …sebab pelanggan selalunya betul
tiada pelanggan tiada bisnes
Dah ada red flag dr awal agik.. mungkin ya bad day ktk.. x apa.. mmg akan ada hari kita yg x dipermudahkan.. hadapi dgn senyuman jak.. alhamdulillah
Apa boleh buat…hadap jak la
benda dah jadi..dan kita terpaksa reda jak
En hanafi detected.. berbaju tshirt kolar merah.. hehehe
hahaha…cepat juak ktk detect.
mun ada terjumpa di siney-siney boleh tegur jak kmk kelak
betul tu kdg-kdg mmg akan ada 1 hari, semua benda kita buat jadi serba tak kena.
anamizu recently posted…Sempena Birthday Papa
Mungkin ujian yang kadang-kadang susah nak elak
ya begitulah, kita gak pernah tau bakalan ada masalah atau kejadian apa di depan kita,berusaha aja tetap tenang walau dalam hati kesal dan marah, sabar adalah jalan satu-satunya.
Betul kata awak…ketenangan adalah kunci untuk menghadapinya…jika ribut-ribit lagi susah jadinya
biasa kalau tengah kalut macam-macam akan jadi. saya pun pernah alami juga macam ni. lepas tu marahkan diri sendiri. dah salah sendiri kan…. apa nak buat…
BTW hp tu sama ke warna, jenama dgn isteri punya hp smpi boleh terambil tu? 😉
Inilah akibat berada dalam kelam kabut…sebab itu Isalm sentiasa ajar penganutnya untuyk selalu tenang dalam apa semua keadaan
Jenama berbeza tetapi saiz HP sy dengan isteri sama…
selalu letak jauh-jauh tapi ada masa letak dekat-dekat
Bukan halimunan… diorang tu dah penat! hehehehe
Tidak dinafikan mereka memang letih kalau ramai pelanggan..
emosi dan fikiran sukar nak kawal..
sebab itu pelayan restoren patut dibayar gaji besar seperti pekerjaan lain
Memang banyak masalah kalau kita kelam-kabut. Nasihat saya buat kerja tenang-tenang.
Setuju jangan pergi tempat makan walaupun ada masa 40 minit.
Tidak semua kita mampu dalam keadaan tenang selalu…
jadi sangat beruntung kalau selalu dapat tenang dalam semua perkara
terkadang ya bang, percaya tak percaya, kalo dari awal hari sudah jelek permulaannya, biasanya akan mengikut sepanjang hari 😅. itu yg biasa saya alami juga saat kerja dulu
kalo dari awal pagi mood saya tak bagus, biasanya kejadian selanjutnya di kantor pun akan tak baik. ntah dapat nasabah komplain lah, dapat masalah lain lah dan semua serba tak kena 😄.
tapi saya pun kalo ketemu restoran yg lambat dan salah pula menyiapkan order, rasanya pun tak nak balik lagi kesana. rasa tak ikhlas juga bayar lebih dari yg kita dapat
Apa yang berlaku sangat berkait rapat dengan teori Law of Attractio..sebab itulah seawal pagi sewaktu buka mata..kita sebagai orang Islam sudah diajar untuk bersyukur dan rasa gembita…
Yea bila kita dalam keadaan kalut mmg mcm2 benda yg tak best jadi. part makan kat kedai tu betul, kalau masa yg ada tu kurang dari sejam, lebih baik jangan ambil risiko sbb kita tak tahu kadang2 proses pengambilan order & tunggu order siap tu dah makan masa. Itu yg kita jadi lagi nak marah..terus mood down sepanjang hari dgn macam2 jadi dari pagi lagi…
Fieza Sani recently posted…Majlis Farewell Sebelum Melangkah Keluar Dari KKR
Sebab itu sangat penting jaga mood pada awal pagi..yang penting tidak boleh kalut dan sentiasa tenang
Mesti handphone hampir sama, boleh tersalah ambil isteri punya. Saya punya, lain dengan suami, walau pun tak perasan, boleh rasa, sebab dia punya handphone lebih berat. Hehe.. model lama.
Saya simpati dengan apa yang berlaku. Begitulah kehidupan.
Nur recently posted…Baru keluar gua
Memang hampir sama yang berbeza bahagian belakang sahaja…terima kasih kerana prihatin
Sori ya saya tanya sikit….bila Mr Hanafi kawin? Semoga bahagia sentiasa & jodoh berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Zurainny Ismail recently posted…Online Training Platforms for Professional Development
Saya kahwin tahun awal 2021 dan ini perkahwinan part 2…nak cerita pun rasa segan sevara umum hehehehe
aamiin…terima kasih atas doanya…