70 dosa-dosa besar ( Bahagian 1 )

Ketika berada pekarangan di masjid tempat saya bermukim, saya terjumpa sebuah buku berjudul 70 dosa-dosa besar. Rasa teruja nak tahu maka saya buka helaian buku tersebut.

Wah! kelihatan buku tersebut memang terbaik dan menarik. Rasa sayang pulak buku ini seperti kena buang dan terbiar begitu saja.

Saya pasang niat untuk meminjam dan setelah habis baca nanti saya nak pulangkan balik. Mungkin saya letak dalam masjid agar naskah buku ini lebih terpelihara dan terjaga.

Buku 70 dosa-dosa besar dikarang oleh Syeikh Imam az-Zahabi dan diterjemah oleh Haji Muhammad Nasir.

Saya tidak bercadang untuk mengulas atau review buku ini. Apa yang saya nak buat adalah mencatat 70 dosa-dosa besar tersebut dalam point-point penting.

WAJIB BACA :   Sekolah Agama Samarahan Anjur Ujian Kelayakan Tahun Satu 2018

Mudahan menjadi nota dan ingatan kepada saya dan pembaca juga.

Jika berminat untuk mendapat penjelasan dan kupasan lanjut boleh dapatkan naskah buku ini di pasaran. Itupun kalau ada lagi stoknya.

Buku yang saya kutip ini sudah hilang separuh daripada kandunganya. Sangat tidak baik kerana separuh lagi hilang entah di mana. Saya berharap dapat menemui naskah yang sempurna nanti.

Apa yang saya perhatikan buku ini diterbitkan pada tahun 2016 dan kini sudah tahun 2023. Maknanya sudah berusia lapan tahun di pasaran.

Berikut ialah 70 dosa-dosa besar seperti yang terkandung dalam buku tersebut.

70 dosa-dosa besar

1.Syirik
2.Membunuh orang mukmin
3.Mengamal sihir
4.Meninggalkan solat
5.Tidak membayar zakat
6.Tidak berpuasa dalam bulan Ramadan tanpa keuzuran
7.Meninggalkan rukun haji walaupun mampu
8.Derhaka dengan orang tua
9.Memutus hubungan kerabat
10.Melakukan perzinaan
11.Homoseksual
12.Riba
13.Memakan harta anak yatim
14.Berdusta terhadap Allah SWT atau Rasulullah saw
15. Melarikan diri daripada medan peperangan
16.Pemimpin penipu, penganiaya rakyat
17.Sombong dan bongkak
18.Kesaksian palsu
19.Peminum arak
20.Berjudi
21.Muslimah buat zina
22.Khianati harta baitulmal
23.Mencuri
24. Menyamun
25.Sumpah palsu
26.Makan harta orang lain
27.Memungut cukai
28.Memakan harta haram
29.Bunuh diri
30.Banyak berdusta dalam nasihat
31.Hakim yang jahat
32.Menerima rasuah
33.Permpuan menyerupai lelaki
34.Lelaki membiarkan isterii dayus
35.Muhalil dan muhallal lahu

WAJIB BACA :   Jom bongkar cara jadi kaya cepat !

Ada 35 lagi dosa-dosa besar yang lain. Insya Allah saya catat dan tulis dalam bahagian kedua nanti.

Sebagai pesanan kepada diri sendiri, berazamlah dan berdoa untuk menemui Allalh SWT dalam keadaan yang bersih serta suci dari dosa umpama bayi yang baharu lahir.

p/s: Jika ada masa lagi boleh tonton juga kuliah Subuh yang bertajuk Ubat Bius Sakaratul

24 thoughts on “70 dosa-dosa besar ( Bahagian 1 )”

  1. dosa syirik paling ditakuti. kalau ikut hukum hudud boleh dibunuh. tapi kadang kita tak sedar, kita terpalit juga dengan syirik kecil. nauzubillahi min zaalik!

    Reply
  2. Semoga kita dan keturunan kita tidak tergolong dalam melakukan dosa besar. Menghampiri akhir zaman ni, cabaran tu berbeza dan menggila

    Reply
  3. memungut cukai itu maksudnya gimana? kalo cukai yg dipungut oleh pemerintah maknanya tak halal?

    perempuan menyerupai lelaki dan sebaliknya. Skr ini lagi banyak lelaki dandan bagai wanita. 😵‍💫.

    poin 35 saya juga kurang paham Krn tak tahu arti. nantj saya browsing 😁

    Reply
    • Untuk menjawab soalan Fanny saya tidak mampu buat masa sekarang sehingga saya terjumpa penjelasan yang benar dan sahih

      kalau lelaki berdandan untuk kelihatan tampan tidk mengapa ttetpi tidak boleh seperti wanita

      Reply
      • banyak pro dan kontra dalam hal cukai dan tax yang dilakukan pemerintah. di Indonesia apalagi 🤣. semua pada bilang arab Saudi dan beberapa negara timur Tengah tak ada cukai dan tax. tapi seingat saya, arab Saudi saja yang menjadi kiblat muslim seluruh dunia, tetap mengenakan pajak atau cukai untuk beberapa hal.

        ini memang hrs ditanyakan kepada orang yg ahli di bidangnya. tapi thank you dah sharing hal begini Abang 👍

        Reply
        • Dalam undang-undang Islam…ada zakat dan jizyah untuk mereka yang bukan Islam.

          Saya tidak pasti dengan Arab Saudi kerana pemerintahan mereka tidak seperti zaman awal Islam

          Reply

Leave a comment

CommentLuv badge