Saya dapat idea ini secara spontan dan tanpa berlengah lagi saya buat pula untuk konten dalam blog ini.
Biasalah untuk ‘warming up’ penulisan sebelum betul-betul berada pada landasan sebenar.
Pada hari ini menulis cukup mudah dan senang sahaja jika menggunakan AI.
Namun penyampaiannya terlalu sempurna sehingga tidak kehilangan cacat cela.
Jadi saya sedaya upaya untuk menulis secara manual tanpa dipengaruhi AI walaupun imej, saya rata-ratanya guna AI.
Jika terjumpa gambar real, in sha Allah saya kongsikan juga dalam blog ini nanti.
Berikut ialah kata-kata menarik hari ini yang boleh kita kongsikan bersama.
Cuba fokus apa yang ada pada hari ini kerana kita tidak pasti apa yang boleh berlaku esok hari.
Sungguhpun begitu cuba rancang apa yang bakal dilakukan esok hari agar minda dan jiwa kita lebih bersedia dan terarah dengan hari yang mendatang.
Segmen harian potret AI


saya pernah terbaca ini juga. intinya memang hidup itu hanya utk hari ini. jadi fokus sebaiknya hanya utk sekarang. tapiiiii bukan berarti tak boleh memikirkan waktu lain. masa depan walau tak pasti, perlu dirancang . sekedar rancangan saja. jangan terlalu memaksakan sangat.
masa lalu lah yg tak perlu diingat lagi 😄
Kata-kata tersebut boleh menjelaskan banyak maksud.
Yang pasti..bila buat kerja perlu fokus dan buat kerja perlu perancangan