Kebaikan bekerja dari rumah untuk negara

Kerajaan Malaysia sudah mengumumkan kepada penjawat awam mulai 15 April ini untuk bekerja dari rumah. Saranan dan cadangan ini wajar juga dicontohi dan diteladani pihak swasa.

Antara kebaikan bekerja dari rumah ialah pengurangan kenderaan menjalar di jalan raya sepanjang hari waktu bekerja.

Ini secara langsung dapat menjamin bekalan minyak bertahan lebih lama kerana jangkaan stok minyak negara kita cuma bertahan sehingga penghujung Mei.

Jika program bekerja dari rumah ini dipatuhi tentulah berlaku penjimatan minyak walaupun bukan secara tuntas.

Jimat minyak bermakna selamat subsidi hangus di atas jalan raya.

Jimat minyak membawa kepada hayat bekalan lebih lama walaupun harga bukan isunya selepas ini.

WAJIB BACA :   Subsidi RON95 dan kemelut Asia Barat

Memang benar dan tidak dinafikan Malaysia antara negara yang menjadi pengeluar minyak terbaik dunia iaitu sweet crude oil

Cuma minyak yang terbaik ini kebanyakkan sesuai untuk dieksport sebagai bahan api kapal terbang.

Dalam masa yang sama penggunaan minyak kita defisit berbanding pengeluaran menyebabkan terpaksa ditampung melalui pengimportan minyak dari negara Pak Arab sana.

Kini negara sudah berusaha untuk mencari alternatif bahan bekalan minyak dari negara yang tidak terlibat dengan konflik Timur Tengah.

Doakan kejayaan mereka kerana jika belum berjaya bermakna kita terpaksa berhadapan dengan keadaan di mana stesen minyak banyak yang tutup, syarikat pembekalan makanan akan tersadai dan yang pasti krisis makanan menggantikan krisis tenaga.

WAJIB BACA :   Nasib baik dapat jumpa cara unlock stereng kereta…syukur berjaya !

Semoga kita dalam lindungan Allah dan baik-baik saja.

Tidak boleh juga terlalu overthinking  atau fikir yang bukan-bukan.

Cuma usaha kita perlu kepada penjimatan minyak dengan mematuhi arahan bekerja dari rumah kepada penjawat awam.

Pihak swasta pula wajar meneliti tindakan pihak kerajaan untuk turut serta dalam usaha jimat minyak dan jimat kos operasi untuk kekal tahan lama dalam kepastian ekonomi begini.

Inilah masa terbaik untuk kita beri sumbangan kepada  negara dengan bekerja dari rumah.

Segmen potret AI

A highly detailed relief sculpture of [REFERENCE_PERSON], depicted in the classical Greco-Roman style. The subject is shown in profile, facing sideways, with elegant facial features and a calm, noble expression. Her hair is intricately cropped, adorned with delicate decorative elements such as flowers or ornaments.
The sculpture is carved in a smooth, textured ivory marble, surrounded by a circular ornamental frame with a laurel wreath motif.

4 thoughts on “Kebaikan bekerja dari rumah untuk negara”

  1. kalau di sini hari tertentu saja yg wfh bang. tak setiap hari . tp saya lupa harinya. suami sbnrnya tak suka kerja di rumah, sebab ada masalah koneksi yg kadang berlaku. tapi mau bilang apa kan . dah kondisi global begini, sebisa mungkin hemat bahan baku kendaraan dulu

    Reply

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

CommentLuv badge