Menulis Jurnal Kesyukuran: Terapi jiwa, emosi dan minda

Menulis jurnal kesyukuran merupakan perkara asas dan mudah untuk dilakukan oleh semua orang. Syarat pertama, boleh menulis baik pada helaian kertas atau buku ataupun menaip pada paparan elekronik seperti di telefon atau laptop.

Saya secara peribadi memilih kaedah konvensional iaitu mencoret dalam buku khas.

Kaedah ini ada baiknya kerana betul-betul mengimbau nostalgia seperti berada pada zaman sebelum ledakan teknologi sepertimana sekarang ini.

Dulu-dulu masa kecil, saya suka menulis diari dan mencatat apa saja yang berlaku pada hari tersebut.  Yang seronoknya apabila membaca kembali selepas beberapa bulan kemudian.

Itu kisah lalu dan kini mungkin berulang kembali. Saya cuba untuk mempraktikkan semula.

WAJIB BACA :   Baju Raya Lelaki 2017 Yang Terakhir

Setakat ini saya sudah konsisten menulis lebih seminggu.

Bagaimana saya buat ?

Saya bahagikan kepada lima fasa atau lima tempoh. Dalam tempoh tersebut saya tulis kembali apa yang berlaku dan saya syukuri nikmat yang saya dapat.

Tidak perlu terlalu rigid, cukup sekadar kita faham dan rasai sendiri flow jurnal kesyukuran.

Sebagai orang Islam, saya mulakan hari dengan waktu Mahgrib.

1.Maghrib ke Isyak

2.Isyak ke Subuh

3.Subuh ke Zuhur

4.Zuhur ke Asar

5.Asar ke Maghrib

Penutup:

Selepas menulis jurnal kesyukuran, hati saya lebih lega, bebanan fikiran berkurangan dan perkara paling penting tentunya segala kenangan manis dan indah terus menerus dikenang.

Berbanding kenangan yang sebaliknya lebih baik lupakan saja.

WAJIB BACA :   Perjuangan melawan perasaan

Jadi tidak keterlaluan saya katakan bahawa menulis jurnal kesyukuran sebagai terapi jiwa, emosi dan minda.

Saya harap pendedahan ini boleh menjawab permintaan blogger Puan Hazel berkenaan jurnal kesyukuran.

 

15 thoughts on “Menulis Jurnal Kesyukuran: Terapi jiwa, emosi dan minda”

  1. Alahamdulillah, setiap yang kita lakukan sekalipun menulis sertai dengan ketulusan hati, sertai kesyukuran, pasti indah dan bahagia…terima kasih infor bacaan yang bagus terapi jiwa pembaca juga

    Reply
  2. saya pernah baca, menulis jurnal ini macam terapi juga. mungkin Krn kita bisa meluahkan apapun di sana. apalagi kalo bisa menuliskan setiap hal yg patut disyukuri. apapun itu, even hal remeh sekalipun. terkadang yg kecil2 dan terlihat sepele suka kita abaikan, padahal bisa jadi itu salah satu hal yg bisa kita syukuri

    Reply
  3. Dalam buku the Secrets dan the Power pun, ada tulis tentang senarai kesyukuran (Gratitude list) ni. Saya pun pernah buat dulu, tapi tak konsisten. Memang boleh ubah mood dan frekuensi diri, dari negatif ke lebih positif. Semoga dapat istiqomah, Encik Hanafi.

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge