5 tabiat kecil tapi beri kesan besar pada kehidupan

Kadang-kadang kita terlalu fokus nak buat perubahan besar dalam hidup. Tapi hakikatnya, perubahan besar boleh berlaku jika kita buat tabiat kecil yang konsisten.

Saya nak kongsikan 5 tabiat kecil yang saya cuba praktikkan dan istiqamah sedaya upaya. Nampak mudah, tapi sebenarnya banyak bantu saya untuk kekal positif dalam dunia yang makin mencabar ni.

1. Bangun Pagi, Ucap Alhamdulillah

Seawal buka mata, saya cuba biasakan diri ucap syukur. Tak perlu tunggu rezeki besar datang baru nak bersyukur. Bangun pagi dengan nafas pun dah satu nikmat yang cukup besar.

WAJIB BACA :   Memandu seorang diri jam 1 pagi

Lama-lama, kita akan mula nampak perkara kecil pun ada nilai. Hidup jadi lebih tenang, lebih bersyukur dan kurang merungut.

2. Buat Satu Kebaikan Kecil Sehari

Tak perlu tunggu nak derma ribu-ribu baru dikira baik. Senyum kat orang, tolong angkat barang, atau sekadar balas mesej kawan dengan ikhlas — itu pun kira kebaikan.

Bila kita buat baik, walaupun kecil, hati jadi lebih lapang. Diri pun rasa lebih dihargai sebab kita tahu ada orang gembira dengan kehadiran kita.

3. Cakap Baik-baik Dengan Diri Sendiri

Tabiat ni saya ambil masa nak biasakan. Tapi sekarang, saya cuba kurangkan ayat negatif dan ganti dengan yang lebih positif — “takpe, cuba lagi”, “aku dalam proses belajar” dan “cuba lagi atau buat yang terbaik hari ini”

WAJIB BACA :   Pengalaman gunting rambut semasa PKPP

Lama-lama, kita jadi lebih yakin dan tak cepat putus asa.

4. Offline Sekejap, Tenangkan Fikiran

Saya tahu, kita semua banyak guna telefon. Tapi ada masa saya letak fon jauh-jauh, duduk diam tanpa scroll apa-apa.

Tabiat ni membantu untuk reset minda. Kita perlukan ruang untuk tarik nafas agar lebih tenang dan bersemangat.

5. Tulis Sesuatu Setiap Hari

Tak kisahlah tulis diari, status pendek, atau catatan dalam blog. Tulis ni macam terapi. Kita luah apa yang terbuku dan kadang-kadang dapat idea baru dari situ.

Saya sekarang menulis Jurnal Kesyukuran dalam buku khas.

Penutup

Tak semua perubahan kena drastik. Kadang-kadang tabiat kecil yang kita buat dengan konsisten jauh lebih kuat kesannya.

WAJIB BACA :   Anak selesai ujian kelayakan kemasukan Tunaz

Apa pula tabiat kecil yang anda amalkan setiap hari? Kongsi la sikit kat ruangan komen tau!

26 thoughts on “5 tabiat kecil tapi beri kesan besar pada kehidupan”

  1. Sekecil² perkara boleh ubah hari kita jadi lebih baik kan 👍🏻

    Boleh ke tuan share pasal journal tu ? Sy nak menulis journal tapi takde idea 🙁

    Reply
  2. Saya tak suka stress semasa memandu. Ada kereta nak tukar laluan, saya bagi jalan. Tak kiralah lima kali sekalipun.

    Ada kereta nak ikut rapat, saya perlahankan kereta biar dia memotong. Kita pun tak risau dia hentam bila kita membrek.

    Hari hari buat tenang rasa hati dan banyak urusan saya dipermudahkan Allah.

    Reply
  3. Ini 5 hal sederhana yang kalau dilakukan dengan konsisten akan memberi manfaat luar biasa kepada diri sendiri.

    Belakangan saya sedang mencoba konsisten dengan point 5, Mas.
    Walau hanya menulis hal sederhana saja, tapi saya merasa lebih baik daripada scroll terus sosial media.

    Salam,

    Reply
  4. Senarai di atas, saya buat semua, kecuali yang pertama, saya kadang terlupa. Nombor 3, saya cakap depan cermin. Motivasi diri sendiri. Cakap sambil senyum. Memang kena syukur selalu. Bila bersyukur, boleh transfer frekuensi dari negatif ke lebih positif, Insya-Allah.

    Reply
  5. teringat zaman sek dulu. sukaaaaa tulis diari. tp 1 hari tu warden buat spot check habis diari sy kena rampas & x dipulangkan lgsg. sejak dr tu sy jd serik utk menulis diari…

    Reply
    • wah….kalau macam tu terbaik la

      bukan mudah sebenarnya nak bersyukur bangun pagi

      yang mudahnya bersyukur kalau dapat tidur lagi hingga kesiangan

      hehehe

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge