Tabiat menulis sebelum tidur saya mulakan semula semenjak dua menjak ini.Sejujurnya bukanlah terlalu baru.Sebelum ini saya selalu lakukan tabiat menulis sebelum tidur sehingga jam 2 pagi setiap hari.Itu dulu.Sekarang tidak lagi.
Rasionalnya supaya cepat mata mengantuk.Saya pernah mencuba untuk menulis awal pagi.Kesannya mata mengantuk pada awal pagi.
Lain pula dengan aktiviti membaca.Ternyata membaca amat sesuai untuk saya pada awal pagi kerana otak masih segar.Rasa mengantuk dapat dihindarkan.Namun begitu mood untuk saya membaca tidak mengira masa.
Saya boleh membaca buku atau artikel dari pagi sampai malam.Jika aktiviti menulis saya hanya mampu bertahan sejam atau dua jam.
Atas kehendak fisiologi begini saya telah membiasakan diri untuk rajin menulis sebelum tidur.Apabila minda letih menulis secara tidak langsung saya akan mengantuk.
Bila sudah mengantuk saya boleh tidur dalam keadaan ‘deep sleep’.
Istilah deep sleep ini saya ketahui daripada perkongsian seorang Sifu di Facebook.
Menurut beliau masa yang terbaik untuk tidur ialah sebelum pukul 12 tengah malam.Lagi awal tidur lagi bagus kerana kita boleh dapat tidur yang berkualiti.
Tidur satu jam sebelum pukul 12 malam bersamaan tiga jam.Sebaliknya tidur selepas pukul 12 tengah malam bersamaan satu jam sama dengan satu jam
Saya bagi contoh ringkas.
1.Tidur pukul 9 malam sehingga 12 tengah malam bersamaan 9 jam ( 3 x 3 )
2.Tidur 1 pagi sehingga 5 pagi bersamaan 4 jam sahaja. (4 x 1 )
Terpulang sama ada percaya atau tidak.Yang pasti saya pernah mencuba dan ternyata pilihan pertama adalah yang terbaik
Semoga ada manfaat dan jomlah berkongsi artikel ini dengan sanak-saudara dan kawan-kawan.
Ps: Siapa yang aktif Telegram boleh join channel saya di SINI
saya selalu akan tidur kul 10 dan bangun kul 5.30 pagi…
kadang kul 9 lebih sya dh tertidur, tp tulah bila dh terbiasa hujung minggu pun saya susah nk bangun lewat…
lagi awal bangun lagi bagus..
akan terasa lebih banyak masa
Oh kena tukar time tidur la. Zumal tidur 8 pagi dah hampir 2 minggu. Kadang-kadang jer boleh tidur malam
tidur la malam bro..
tidur awal dan cuba elak tidur siang terlalu lama
Itulah jadi masalah sekarang tak dapat tidur. Siang tu pun kejap jer
jangan risau bro.
boleh diatasi
uik, mok cuba la tidur awal kak tok…asyik tidur aher jak sejak dua menjak tok…jadi lesu bila bangun pagi..
sunah sakura recently posted…Tempat Makan Best di Sandakan, Sabah
lagi awal tido lagi bagus utk kesihatan
ikutlah cara orang dolok-dolok
bro ni memang boleh bagi fokus 100% menulis. kalau saya berbulan2 baru datang fell balik
olaoli recently posted…Perbezaan hdd, ssd biasa dengan M.2 ssd
kalau sudah minat bro..
cuma saya tidak sekerap dulu menulis kerana kekangan masa dan gangguan lain hehehe
Sebenarnya susah juga nak tidur awal bila dah terbiasa tidur lambat tu. Tapii kalau penat sangat letak je kepala ke subuh lenanya hikhik
selalu-lalulah letih.
boleh cepat tidur
betul tu. saya suka buku 5am club. banyak buka mata saya
raihanah recently posted…Bagaimana Bisnes Shaklee Mengubah Hidup Saya
saya dah beli buku tersebut dan menunggu turn pulak untuk membacanya nanti..
in shaa Allah
mama kalau dah menulis sebelum tido mata terus segar
lain orang lain cara..
hehehe