Nikmat sebenar syiling 20 sen yang tidak disedari

Nikmat sebenar syiling 20 sen yang tidak disedari

[Edisi kemaskini 8/11/2019]

Sekali imbas nikmat syiling 20 sen terlalu kecil nilainya.Namun ketika zaman sulit, nilai wang tersebut boleh jadi keajaiban dalam hidup ini.

Bahkan ada yang sengnaja mencari syiling 20 sen 1972.Saya belum lahir lagi pada ketika itu.Ada yang mencari lebih lama iaitu duit syiling 20 sen tahun 1970

Dalam artikel sebelum ini saya ada bercerita tentang bahagia dengan shopping.

Walaupun saya hanya ada wang RM1.80 , saya tetap juga shopping untuk nikmati rasa bahagia.Barang yang saya beli berharga RM1.60.

nikmat syiling 20 sen

cara simpan duit

Maksudnya saya ada baki duit syiling 20 sen baru.Saya pun tidak kisah baru atau lama.Yang penting masih ada nilai.Kedai masih terima dan saya boleh berbelanja seperti biasa.

Pada mulanya saya ingin bersedekah wang tersebut kepada tabung Buskers dan tabung masjid.Setiap tabung akan saya sedekahkan duit syiling 10 sen

Sayangnya tidak ada kesempatan untuk saya berbuat demikian.Saya simpan sahaja dalam dompet seperti biasa.

Rupa rupanya wang tersebut masih rezeki untuk saya.

Inilah sebabnya.

Bekalan air bersih saya sudah habis.Nak masak air, heater pulak sudah rosak dua minggu lepas.Wang yang diniatkan untuk sedekah telah saya gunakan membeli air di mesin layan diri berharga RM0.20.

Mengikut perkiraan saya dapat 2000ml air.Kebetulan pula botol.yang saya bawa cuma menampung 1800ml air.Maknanya ada lagi baki air 200ml.Baki air tersebut saya biarkan dalam mesin layan agar orang lain dapat mengambilnya dengan percuma dan diniatkan sebagai sedekah.

Sebaik-baiknya sedekah ialah air.

Alhamdulillah.

Benar kata orang.Rezeki tidak pernah salah alamat.Rezeki untuk saya bersedekah walaupun sudah tiada apa apa lagi duit tunai dalam tangan.

Penutup

Saya harap pembaca dapat memahami mesej yang ingin saya sampaikan dalam cerita ini.Keperluan untuk bersedekah tetap ada di mana mana.Tidak kira besar atau kecil sedekah tersebut namun tetap boleh memberi manfaat kepada penerima.

Percayalah dengan bersedekah hati jadi gembira dan bahagia.Biarpun pada dasarnya sudah tiada apa apa lagi untuk disedekahkan.

Sedekah gila-gila apa yang bestnya ?

 

12 thoughts on “Nikmat sebenar syiling 20 sen yang tidak disedari”

    • semasa bersedekah saya tidak terfikir ganjaran..

      yang saya fikir ialah betapa seronoknya dapat memberi walaupun sedikit.

      yang ni..saya suka tapi mesej kurang best..rasuah hehehe

      “Abang Sudin! RM0.20” – Ayu
      “Takde RM0.20 rahsia bocor haaa…” – Ayu

Leave a Reply to Joe Labu Cancel reply

CommentLuv badge
%d bloggers like this: