Cerita teh tarik kurang manis

Saya suka teh tarik.Lebih suka jika dibuat kurang manis tetapi pekat rasa tehnya. Biar rasa kurang manis dan kurang rasa lemak. Yang pentingnya ada rasa teh yang pekat. Bagaimanapun kebanyakan kedai kopi/teh tidak mampu menyediakan teh tarik yang menepati citarasa saya yang agak cerewet. Memandangkan kedai di luar sana sukar buat teh tarik yang bagus, … Read more

Telefon hilang kerana dicuri, apa perlu anda buat ?

Telefon hilang

Saya tidak sangka telefon hilang pada pagi 2 Mac 2020. Memang terasa juga penangannya. Sebab kerja hakiki saya menggunakan 100 peratus telefon bimbit yang ada akses internet. Jika telefon hilang kerana dicuri, perkara pertama yang perlu dibuat ialah ucap alhamdulillah. Tarik nafas dan bertenang seminit dua. Selepas itu baharu fikir apa tindakan selanjutnya. Izinkan saya ceritakan … Read more

Kejayaan renew domain dan hosting dengan NetKL

Syukur alhamdulillah.Saya berjaya renew domain dan hosting untuk setahun lagi. Blog ini saya telah mulai pada pada tahun 2015 lagi.Kini sudah berusia lima tahun. Tidak sangka juga saya bertahan dan konsisten dengan blog ini walaupun dari segi penghasilan tidaklah seberapa. Kalau dilihat dari segi Turn Over, ternyata masih negatif lagi. Saya tidak kisah.Demi minat kepada … Read more

Bagaimana kita mencari titik perubahan

Benar, ramai sungguh ingin berubah dari biasa menjadi luar biasa.Dari belum berjaya menjadi berjaya. Jangan dilihat kejayaan besar sebelum mencipta kejayaan kecil. Seperti apa yang saya guraukan bersama kawan-kawan, kejayaan bukan destinasi.Sebaliknya satu perjalanan dari satu titik ke satu titik yang lain. Kejayaan akan bermula dengan perubahan ke atas pemikiran, perasaan dan tingkah laku diri … Read more

Nak menjemput atau mencari rezeki

Yang mana satu lebih baik, menjemput atau mencari. Modus operandi ini diguna pakai dalam soal rezeki termasuk jodoh. Saya bagi dua contoh situasi. Kita nak buat kenduri kesyukuran.Tumbangkan seekor kambing sebagai menu kambing golek. Kitapun jemput keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga. Semasa menjemput mereka, adakah susah atau mudah. Jawapan saya mudah. Kita … Read more

Carilah masa terbaik untuk muhasabah diri

Realitinya tidak semua benda yang kita nak boleh dapat.Baik secara mudah atau susah.Cepat atau lambat. Yang penting kita sudah berusaha dan bertawakal serta berdoa. Jangan berputus asa.Teruskan lagi percubaan demi percubaan. Dengan pendekatan berbeza. Dengan strategi alternatif. Setelah bermuhasabah diri, barulah saya sedar kehidupan terlalu indah.Banyak lagi pilihan. Pilih dan terus memilih agar tidak tersalah … Read more