Hari pertama 2026

Hari ini pertama dalam tahun 2026. Tidak terasa masa berlalu begitu cepat hingga saya selalu teringat akan hal kematian, akhir zaman dan hari kebangkitan. Itu semua pasti, benar-benar akan berlaku dan tiada keraguan kesahihannya. Semalam hari terakhir untuk tahun 2025 setelah kita mengharungi 365 hari dari bulan Januari hingga Disember. Banyak perkara berlaku tetapi terlalu … Read more

Segmen potret AI setiap hari

Terdetik juga ilham untuk menjadikan segmen potret AI setiap hari. Yang pasti muka sendiri kerana itu lebih selamat sama ada untuk hak cipta dan tidak mengganggu privasi orang lain. Sejujurnya saya sangat terinspirasi dengan Uncle Gedek. Beliau sangat istiqamah selfie setiap hari selama 16 tahun dan meletakkan hasil karyanya dalam blog. Bukan itu saja beliau … Read more

3 sebab saya hentikan iklan Adsense

Iklan Adsense merupakan cabang untuk menjana pendapatan. Namun saya mengambil keputusan untuk menghentikan siaran iklan Adsense dalam blog ini kerana tiga sebab berikut. Pertama: Iklan banyak yang merapu walaupun sudah dikenakan sekatan pada bahagian setting. Kedua: Fokus pengalaman pembaca kerana ada iklan merapu boleh ganggu mood dan emosi mereka. Ketiga: Pendapatan iklan sangat rendah dan … Read more

Rahsia capai impian 2026: Guna kombinasi tiga bahagian otak

Ramai orang pandai berimpian, tetapi sering gagal menjadikan impian itu satu kenyataan. Hal ini berlaku kerana di dalam kepala mereka sendiri, otak belum diguna dengan kombinasi yang betul. Otak Kanan boleh diibaratkan seperti seorang pelukis yang penuh imaginasi. Ia membayangkan anda memandu kereta idaman, melihat akaun bank yang penuh, dan merasakan emosi kejayaan itu seolah-olah … Read more

Teknologi AI menghakis keaslian identiti sebenar

Teknologi AI hari ini sangat rancak, seolah-olah kita semua berdiri di atas sebuah pentas besar. Wajah kelihatan sempurna, senyuman sentiasa manis, dan gaya hidup tampak mewah serta hebat. Namun di balik tirai maya itu, ada realiti yang jarang sekali dirungkai. Saya sendiri pernah terjebak dalam budaya ini. Sebelum memuat naik sesuatu, ada dorongan untuk menyunting … Read more

Sistem kerja 9–5 dan realiti disebalik pendidikan sekolah

Sistem kerja 9–5 sebenarnya bukan wujud secara semula jadi. Sistem ini dicipta ketika Revolusi Industri, pada zaman manusia dipaksa bekerja mengikut masa mesin, bukan mengikut produktiviti sebenar. Dunia sudah berubah, tetapi kita masih terikat dengan struktur lama yang dibina untuk era yang berbeza dalam sistem bekerja dan juga sistem pendidikan standard. Keluarga Rockefeller antara pihak … Read more