Terdetik juga ilham untuk menjadikan segmen potret AI setiap hari. Yang pasti muka sendiri kerana itu lebih selamat sama ada untuk hak cipta dan tidak mengganggu privasi orang lain.
Sejujurnya saya sangat terinspirasi dengan Uncle Gedek. Beliau sangat istiqamah selfie setiap hari selama 16 tahun dan meletakkan hasil karyanya dalam blog.
Bukan itu saja beliau turut berjaya meraih gelaran ‘Raja Selfie Malaysia’
Tidak ramai yang sanggup konsisten seperti beliau.
Jadi dalam blog ini, saya akan berusaha pose imej AI
Jika ruangan mengizinkan saya boleh share juga prompt untuk rakan-rakan edit atau bermain dengan prompt.
Sekurang-kurangnya geng blogger tidak ketinggalan dalam arus AI yang menjadi trend di sana- sini sekarang ini.
Mana tahu boleh menghasilkan imej atau video yang lebih baik lagi.

Good idea.. boleh jd trademark blog ktk klak.. all the best!! semoga konsep baru tok terlaksana di tahun baru 2026
Kakmim recently posted…Gemini Certification for Educators
in sha Allah.
doakan agar usaha terus konsisten
365 hari masa yang panjang…