Iklan Adsense merupakan cabang untuk menjana pendapatan. Namun saya mengambil keputusan untuk menghentikan siaran iklan Adsense dalam blog ini kerana tiga sebab berikut.
Pertama: Iklan banyak yang merapu walaupun sudah dikenakan sekatan pada bahagian setting.
Kedua: Fokus pengalaman pembaca kerana ada iklan merapu boleh ganggu mood dan emosi mereka.
Ketiga: Pendapatan iklan sangat rendah dan ini macam tidak adil kepada pemilik blog. Yang untung pemilik iklan dan Google.
Selain daripada itu, saya sudah anggap blog hanya platform untuk berkongsi info, ilmu dan pendapat sahaja.
Rezeki biarlah dari sumber lain dan mengharapkan ganjaran berupa pahala dan manfaat.
Itu pun kira mencukupi sudah. Alhamdulillah.
Kalau tak pun, aktiviti bersilaturrahim bersama blogger juga memberi rasa kepuasan dalam dunia blogging.

Iklan merapu? Contohnya macam apa….risau juga kan keluar yang bukan2.
Ada iklan yang mengeluarkan perempuan seksi.
selain itu ada juga iklan untuk orang chatting, berkenalan dan sebagainya
Ishhh saya pun tak suka jika iklan tersebut keluar ya….
jangan risau…kadang-kadang saja tu