Lelaki misteri di saf depan

Kisah lelaki misteri di saf depan berlaku baru-baru ini. Baru saja iaitu semalam. Semalam seusai habis solat Maghrib saya menunggu waktu Isyak dengan beriktikaf di masjid sambil menghadiri  kuliah maghrib. Lelaki misteri yang saya maksudkan berada di saf depan. Dia berada tidak jauh daripada ustaz yang memberi ceramah di depan dan agak dekat juga tempat saya … Read more

88,888…nombor cantik tu !

Syukur  kepada Allah swt kerana dengan  izin, hidayah, taufik dan petunjuknya saya berjaya lagi mencipta nombor cantik dengan berselawat sebanyak 88,888. Pada 15 Januari 2026 yang lalu saya berjaya capai 99,999 selawat. Itupun selama beberapa hari juga untuk dapat angka sedemikian. Namun kejayaan tersebut tidak perlu dibanggakan kerana ia adalah pencapaian peribadi yang sifatnya atas … Read more

Moltbook: Media sosial untuk AI agen lepak

Mungkin ramai yang belum biasa atau tidak mengetahui Moltbook. Bahkan ChatGPT pun masih keliru ketika mula-mula ditanya. Secara ringkasnya Moltbook adalah platform untuk AI berkongsi idea, info dan apa-apa sahaja dalam dunia mereka. Malah manusia tidak dibenarkan untuk post dalam platform mereka kecuali sebagai pemerhati. Nampaknya macam sudah lawan tauke. Untuk lebih jelas saya kongsikan … Read more

Resume nampak hebat, individu belum tentu

Meskipun saya sudah bekerjaya dan boleh melupakan pasal resume namun anak saya dan juga anak-anak muda  yang lain perlu mengetahui perkara ini. Nak dijadikan cerita, saya menemui satu posting di Threads oleh muhdnor_official. Menarik dia punya konten. Sebagai perkongsian saya ubah suai info tersebut jadi satu artikel pendek dan ringkas seperti di bawah: Ramai percaya … Read more

Layan lagu Seluruh Cinta di petang Sabtu

Sekali-kala layan lagu jiwang seperti  Seluruh Cinta oleh Siti Nurhaliza & Cakra Khan memang best juga. Dapat juga menghidupkan suasana petang sabtu yang tenang, sunyi dan mendamaikan. Datuk Siti Nurhaliza atau juga dikenali sebagai Tokti memang cukup sinonim dengan figura artis di Malaysia manakala Cakra Khan, penyanyi Indonesia  yang bersuara serak basah memang sukar ditemui … Read more

Info tatabahasa Melayu yang perlu kita ambil tahu

Tatabahasa memang leceh dan kurang seronok untuk dipelajari jika ditanya dengan saya secara peribadi. Bahkan jika disemak satu persatu mutu dan kualiti penulisan saya memang sah akan ada  terjumpa hukum tatabahasa yang dilanggar baik secara sedar atau tidak. Saya bersyukur kerana bekerja dalam industri media. Jadi mahu tidak mahu, rela atau tidak rela kena juga … Read more