Pengalaman hidup dalam ekonomi meleset

Pergolakan di Timur Tengah masih belum reda. Iran masih berkeras pertahankan kedaulatan negara untuk tidak tunduk kepada desakan dan asakan Amerika Syarikat dan sekutunya Israhell.

Biarpun banyak kemusnahan sudah dialami oleh Iran terutama fasiliti pemprosesan minyak dan hospital.

Mereka kata, penduduk yang terkorban boleh diganti, bangunan yang hancur boleh dibina semula tetapi maruah negara yang tergadai akan hilang selamanya.

Kini Iran menggugut dunia untuk memastikan harga minyak bolen cecah USD200 setong.

Harga semasa minyak sekitar USD95.05 untuk dagangan WTI crude manakala untuk Brent crude pula sudah cecah 99.91.

Iran juga sudah menghadkan laluan Selat Hormuz.

Hanya geng boleh masuk. Tak geng tak boleh masuk.

WAJIB BACA :   Berapa pendapatan ideal untuk jadi ‘suami provider’ ?

Ini menyebabkan rantaian bekalan terjejas, harga melambung dan kos operasi melonjak naik sehingga beri kesan negatif kepada semua orang.

Dalam situasi ini dinamakan perang ekonomi yang bakal menjadikan ekonomi dunia meleset dan inflasi meninggi.

Apabila disebut ekonomi meleset saya sudah mengalaminya tiga kali dalam hidup ini.

Pertama kali iaitu Krisis kewangan Asia 1997. Mata wang kena serang.

Pada masa itu saya bekerja di sebuah syarikat antarabangsa. Syarikat ini tidak membuang pekerja tetapi menghadkan operasi.

Tiada kerja lebih masa, elaun dipotong dan kerja separuh hari.

Pekerja diberi cuti dan waktu rehat dipanjangkan setiap hari.

Apa lagi, zaman muda dan bujang ketika itu, peluang keemasan untuk ‘berporet’ dengan geng pekerja perempuan.

WAJIB BACA :   Pengurusan kewangan yang bijak: Panduan lengkap

Sedekad selepas itu berlaku lagi Krisis kewangan global 2008. Bank di seluruh dunia mengalami kerugian besar dan sistem kewangan dunia hampir lumpuh.

Ketika itu saya bekerja di syarikat multinasional yang berpusat di Amerika Syarikat.

Ramai rakan sekerja saya kena buang kerja tetapi diberi pampasan yang menarik.

Alhamdulillah, saya tidak dibuang tetapi saya berhenti kerja juga selepas penukaran pengurusan tertinggi syarikat.

Saya diberi imbuhan sekitar RM20k tunai pada masa itu.

Rasa macam kaya sekejap.

Kira-kira 12 tahun kemudian berlaku pula kejatuhan ekonomi akibat pandemik 2020 atau Covid-19.

PKP sana dan sini. Dunia takut dengan virus Covid-19 sehingga terjejas ekonomi harian manusia.

WAJIB BACA :   Kais sebulan makan sebulan

Saya tidak terkena secara langsung kerana sudah bekerja dalam industri tempatan yang dinaungi dana kerajaan .

Cuma saya melihat kesan negatif kepada banyak sektor terutama industri pelancongan dan sebagainya.

Kini pergolakan Timur Tengah.

Adakah beri kesan ekonomi yang dahsyat sebagaimana sebelum ini.

Sama-sama kita bersedia dengan ketidaktentuan ekonomi dan berdoa dipermudahkan segala urusan.

Aamiin.

Segmen potret AI

A hyper-realistic cinematic photograph of an eccentric British comedy character sitting on a tan fabric armchair strapped securely to the roof of a classic citron-green British Leyland Mini Cooper driving through a London street.
The character has the same facial features, hairstyle, and quirky comedic expression as shown in reference image_1. Preserve the facial identity from the reference image. He is holding a classic wooden string mop handle raised high in his right hand while gripping rope reins in his left hand, appearing to playfully control the car.
He is wearing the same outfit as in reference image_1: a dark brown sport coat, white shirt, plain red necktie, brown trousers, grey socks, and polished brown leather shoes.
The armchair is a vintage tan fabric armchair with decorative tassels along the bottom edge and is tightly secured to the roof of the car.
The classic Mini Cooper maintains all authentic design details including the matte black bonnet, round headlights, chrome grille, and vintage styling.
The front license plate is clearly visible and reads “CODE007”.
The background shows a recognizable London street scene with historic British architecture, palace-style gates, pedestrians, fences, and city atmosphere softly blurred to create cinematic depth of field.
Bright natural daylight, ultra detailed textures, photorealistic skin and fabric detail, cinematic photography, 85mm lens, shallow depth of field, HDR lighting, 8k quality.
–ar 9:16

16 thoughts on “Pengalaman hidup dalam ekonomi meleset”

  1. Eh, kereta Mr. Bean. 😁
    Risau juga, sebab Malaysia punya minyak boleh tahan 2 bulan saja. Selepas itu, apa bakal terjadi? Saya sudah stock-up sikit makanan kering lambat expired, di rumah. Saya ada terbaca, dinasihatkan supaya ada simpan cash sedikit di rumah, tak boleh bergantung pada qr code dan sistem bank. Wallahualam.
    Tot recently posted…Daging goreng kunyitMy Profile

    Reply
    • Lebih baik letak dalam keadaan berjaga-jaga.

      jika sangkaan kita tidak menjadi …kira nasib baik

      masalahnya kalau jangkaan itu betul berlaku…naya kalau belum bersedia.

      Reply
    • Warm greetings back to Montreal!

      Yes, prices have gone up in many places around the world. The rising cost of goods, fuel, and logistics has affected markets globally, so many communities are feeling the same pressure. Hopefully things will stabilise soon and become more manageable for everyone. Stay safe and take care!

      Reply
  2. negara jiran dah start panic buying. harap negara kita tak jd mcm tu…
    ya Allah… cepatlah berakhir perang ni… 2 ekoq tu, trumpet & setanyahu tu bila nak mati agaknyaaaa

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge