Perbezaan darjat zaman moden yang pahit untuk ditelan

Saya dapat idea perbezaan darjat ini di kedai kopi. Idea terus ditulis ketika ada kesempatan masa dan peluang. Itupun sambil  saya menunggu  seorang sahabat.

Ya kami berjanji untuk bertemu dan makan malam bersama.

Wah…macam romantik la pulak. Bukan candle light dinner tau ! Mana ada feel dengan lelaki sesama lelaki hahaha.

Setakat ini saya belum jumpa pasangan halal lagi. Kalau ada inilah rutin bulanan. Rutin untuk memadu kasih. Rutin untuk suburkan perasaan sayang antara dua insan yang tengah memadu asmara.

Kan…

Orang dulu-dulu memadu asmara bawah pokok.

Orang zaman moden ‘straight to the point’ dalam alam maya.

Lagi mudah, kan.

Berbalik saya kepada topik asalnya. Jangan pulak hanyut terlalu jauh.

Dalam zaman moden ini, ada tiga perbezaan darjat dalam masyarakat.

WAJIB BACA :   Demi cari rezeki, pilihan terletak di tangan sendiri

Mereka terdiri daripada darjat :

1.B40 = Pendapatan bawah RM5000

2.M40 = Pendapatan bawah RM10,000

3.T20 = Pendapatan atas RM15,000

Apakah bezanya mereka?

Saya tahu dan pembaca juga tahu, yakni pendapatan. Namun ada perbezaan tersirat antara tiga darjat ini.

Darjat B40 = Darjat ini terus berbelanja selagi ada duit. Mereka banyak keperluan dan kurang kehendak.

Darjat M40 = Darjat ini mengumpul liabiliti untuk kekal hidup selesa. Mereka sudah memenuhi keperluan tetapi usaha memenuhi kehendak.

Darjat T20 =  Darjat ini pula membina aset untuk jana pendapatan. Mereka sudah memenuhi keperluan dan memenuhi kehendak.

Apa kesannya dalam kehidupan harian ?

Darjat B40 terus bekerja keras untuk meneruskan kehidupan. Kadang-kadang makan pun ala kadar. Tak cukup makan pun ada

Darjat M40 juga bekerja keras untuk bayar komitmen liabitili. Cukup makan dan makan berlebihan adalah perkara biasa buat mereka.

WAJIB BACA :   7 faedah yang kita dapat dari ebook 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti

Darjat T20 terus senang-lenang kerana aset mereka sudah menjana pendapatan. Makan, minum, kesihatan dan riadah semua sudah lebih dari cukup.

Eh ! kejap ya…Saya dan mungkin juga pembaca masih belajar apa istilah yang digunakan di atas. Penjelasan ringkas di bawah :

1.Keperluan = Kalau tiada jadi susah

2.Kehendak = Kalau ada jadi senang

3. Liabiliti = hutang kena bayar

4. Aset = sumber jana pendapatan

Setakat ini saya harap pembaca dapat faham dan boleh bezakan istilah keperluan, kehendak, liabiliti dan aset.

Orang kaya = kumpul aset

Orang miskin = tanggung liabiliti

So…, pembaca nak jadi orang kaya yang darjatnya T20 atau orang miskin yang darjatnya B40.

Atau sekadar berada di darjat M40.

Terpulang kepada rezeki, cara fikir dan cara beradaptasi dengan kemajuan duniawi. Jangan lupa dunia adalah jambatan ke alam akhirat.

WAJIB BACA :   Rezeki sebenarnya terlalu banyak

Paling baik, kaya di dunia dan kaya juga di akhirat.

Semua nak….aamiin.

Akhir coretan ini, saya nak tanya pembaca tergolong dalam darjat apa sekarang ini ?

Jika pembaca masih berdarjat B40 kita geng. Jadi jangan lupa untuk ubah hidup melalui ebook 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti.

Seandainya pembaca sudah berada di darjat M40 pun perlu membaca ebook 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti.

Waima pembaca sudah berada di darjat T20 masih boleh membaca ebook 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti.

Kerana dengan ilmu yang ada dalam ebook tersebut boleh diamalkan tanpa mengira apapun darjat pembaca.

Semoga bermanfaat.

KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT

Comments 10

Leave a Reply to mamapp Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge