Kehidupan ini adalah satu perjalanan dari satu alam ke alam yang lain. Tempoh masa tidak mampu diukur dengan mana-mana alat yang paling canggih sekali pun.
Kehidupan kita saya ambil bermula dari alam rahim ibu. (Walaupun hakikatnya lebih awal lagi kerana roh kita semua sudah dicipta sejak di Loh Mahfuz lagi. Perbetulkan saya jika ada kesalahan kefahaman tersebut).
Lahir sahaja kita ke dunia maka bermula alam dunia yang kita semua alami ketika ini.
Setelah cukup usia dan tibanya ajal maka kita semua akan mati untuk pergi ke alam kubur. (alam barzakh)
Tempoh masa berada di alam kubur, hanya Allah SWT yang tahu.
Jika ada amal dan iman, insha Allah roh kita akan tenang dan tidur seketika untuk menanti hari kiamat.
Tibanya hari kiamat, kita semua akan dibangkitkan semula dan dibawa mengadap Allah SWT untuk urusan pengadilan atau timbangan amal ataupun Mizan.
Ketika itu dinamakan padang Mahsyar. Berapa lama masa menunggu di padang Mahsyar hanya Allah SWT yang tahu.
Jika menerima catatan amal sebelah tangan kanan, maka beruntung insan tersebut.
Selepas di Padang Mahsyar kita semua akan dibawa ke Titian Sirat sebelum melangkah ke pintu Syurga.
Ada juga yang saya dengar, manusia akan dikumpulkan semula di satu sudut sebelum masuk syurga. Ini berdasarkan satu kitab yang pernah ustaz kongsikan semasa kuliah Maghrib.
Manusia akan disucikan hati masing-masing. Ketika itu manusia boleh menuntut perkara yang belum terlunas ketika di dunia dulu dengan manusia yang lain.
Tak kira sama ada sesama keluarga atau sesiapa sahaja yang kita ‘berhutang’ hati kepada orang lain.
Hanya manusia yang sudah betul-betul bersih hati akan masuk syurga tanpa halangan lagi.
Setelah semuanya selesai baharulah kita dipersilakan masuk ke syurga melalui lapan pintu.
Terpulanglah masuk ke syurga paling tinggi atau paling rendah mengikut rahmat dan kasih sayang Allah pada hambaNya (selain amal masing-masing.)
Kesimpulan
Syurga adalah destinasi terakhir kita dalam perjalanan menuju kehidupan abadi. Satu kehidupan yang tiada pengakhiran dan penuh kenikmatan.
Semoga kita semua dijemput Allah memasuki syurga dengan aman sejahera.
Aamiin dan Ya Rabbil Aalamiin.
Berikut ialah ringkasan berdasarkan maklumat ChatGPT. Saya kongsikan juga sebagai elemen penambah rasa dan rujukan bersama-sama.
Table of Contents
1. Sakaratul Maut (Detik Kematian)
-
Apabila tiba ajal seseorang, malaikat maut (Izrail) datang mencabut nyawanya.
-
Roh orang beriman keluar dengan tenang seperti titisan air dari mulut bekas, manakala roh orang kafir atau zalim keluar dengan penuh kesakitan (HR Ahmad).
-
Malaikat membawa kain kafan dari syurga untuk orang beriman, manakala bagi orang kafir, bau busuk yang mengerikan (HR Ahmad & Abu Daud).
2. Perjalanan Roh ke Langit
-
Roh akan diangkat ke langit.
-
Bagi orang beriman, pintu langit dibuka sehingga sampai ke langit yang ketujuh (HR Muslim).
-
Bagi orang kafir, pintu langit ditutup dan roh akan dicampakkan kembali ke bumi (HR Muslim).
3. Alam Barzakh (Kubur)
-
Selepas pengebumian, roh akan bersama jasad di alam barzakh.
-
Soalan Malaikat Munkar & Nakir:
“Siapa Tuhanmu?” “Apa agamamu?” “Siapa Nabimu?” -
Orang beriman akan menjawab dengan tenang, manakala orang kafir akan kebingungan (HR Abu Daud).
-
Nikmat atau Azab Kubur:
-
Orang beriman mendapat taman dari taman syurga.
-
Orang kafir atau munafik mendapat hukuman kubur (HR Ahmad & Tirmizi).
-
4. Hari Kiamat & Kebangkitan
-
Selepas tempoh barzakh, semua roh akan dibangkitkan bersama jasad pada hari kiamat (QS Al-Zumar:68).
-
Mereka akan dihisab (diperhitungkan amalan), meniti Sirat dan melalui timbangan (Mizan).
5. Meniti Sirat & Hisab
-
Orang beriman melalui sirat dengan pantas, ada seperti kilat, ada seperti kuda laju, bergantung pada amalan mereka (HR Bukhari & Muslim).
-
Orang munafik & kafir terjatuh ke dalam neraka.
6. Memasuki Syurga
-
Selepas hisab selesai, orang beriman akan memasuki syurga dengan izin Allah (QS Az-Zumar:73).
-
Ada yang masuk terus, ada yang perlu melalui pembersihan di neraka (jika banyak dosa besar dan tidak diampunkan).


Dengan bertambahnya umur, harus mulai belajar melepaskan apa yang harus dilepaskan. Tidaklah tangan harus menggenggam erat-erat, biar saat ajal tiba bisa lancar. Tidak ada beban dunia yang mengekang, saya lagi belajar tahap itu.
Bagus cara mas begitu
Ingat saja, dunia bukan untuk selama-lamanya
Jauh lagi perjalanan kita. Semoga kita dapat cari dan kumpul amalan secukupnya untuk bekalan kita nanti.
mudah-mudahan..
aamiin
Seringkali membaca artikel seperti ini, dan juga khutbah di masjid maupun dalam majelis pengajian, tapi apa yang disampaikan oleh Mas ini sungguh menarik karena ditampilkan juga secara visual.
Terima kasih Mas telah menyampaikan peringatan ini dengan sangat baik.
Semoga kita sampai ke destinasi terakhir yaitu surga.
Salam,
wsalam…alhamdulilah
perkongsian ini perlu untuk peringatan buat kita semua
Salam singgah..Subahanallah, sangat memberi rasa keinsafan..perkongsian yang terbaik.
Distinasi akhir ke alam abadi..pakat kita perbanyakkan amal amal yang baik ya..
wsalam..
moga memberi manfaat kepada kita semua …
insha Allah
Bukan mudah nak ke akhirat ..mohon kita semua diampunkan dosa .aamiin
Itulah hikmah dan ujian untuk kita semua
mohon didoakan permudah urusan dunia dan akhirat selalu
“insaf”
alhamdulillah…
terima kasih diatas perkongsian…
sama-sama
moga ada memberi manfaat kepada kepada semua
kalau baca yg begini, jujur saya takuuut sangat. membayangkan masa2 di alam kubur, hingga nanti hari kiamat. belum lagi saat ditimbang 😭. takuut pahala saya tak cukup, takut kalo harus melalui hukuman neraka…
semoga saja terketuk semua hati orang2 yg membaca ini untuk segera insyaf dan memikirkan lebih untuk akhirat.
Krn memang dunia ini hanya sementara. tak akan dibawa harta ke akhirat nanti
thank you untuk remindernya Abang ☺️.
fanny_dcatqueen recently posted…KULINER LAMPUNG: MENIKMATI SEAFOOD THE JACK, KRUI
alhamdulillah
semoga peringatan ini beri manfaat kepada kita semua..