Persoalan antara impian dan matlamat

Saya masih menelaah buku Tools of Titans hasil penulisan Tim Ferriss.

Terjumpa bab tentang Arnold Schwarzengger.Nama ini tidak asing lagi dalam dunia perfileman dan politik serta sukan bina badan di Amerika Syarikat.

Beliau berkata,

“jika kita ada matlamat yang sangat jelas untuk dicapai maka usaha selepasnya sangat mudah.”

Pada mulanya rasa sangsi.

Fikir balik.

Itupun lepas fikir berkali-kali baharu saya bersetuju dengan pendapat tersebut.

Inilah intipati yang saya cuba rungkaikan dalam artikel ini. Saya kemukakan alasan mengapa saya bersetuju dengan kata-kata Arnold tersebut.

Impian merupakan angan-angan yang ingin kita capai dan gapai.

Tiada tarikh dan tiada maklumat terperinci untuk mencapai impian tersebut.

Lagipun kita sudah biasa disogokan dengan kata-kata afirmasi tentang impian.

Impian adalah percuma.

Orang tiada impian orang yang sudah muflis.

Impian adalah pencetus semangat.

Persoalannya sampai bila untuk berimpian.Banyak sungguh impian sehingga kita tidak ingat apa impian yang ingin kita capai.

Akhirnya impian tinggal impian.Realiti tetap begitu tanpa ada perubahan.

Saya buat perumpamaan.

Ada orang berimpian untuk jumpa bakal mak mertua di kondo tingkat 12.

Adakah mereka akan sampai ke kondo tingkat 12 sekiranya hanya duduk menonggeng depan lif atau kepala tangga tingkat bawah.

Sudah tentu tidak.

Jadi, jika nak jumpa bakal mak mertua perlu naik ke kondo tingkat 12 menggunakan lif atau naik tangga perlahan-lahan.

Mana mungkin hanya berimpian tanpa melakukan apa-apa sampai ke tempat dituju.

Kini saya mula sedar..

Selepas memahami kata-kata Arnold saya tersentak seketika.

Hulu hati terjentik dan mulut ternganga kerana mengantuk kot.hehehe

Rupa-rupanya saya selama ini hanya berimpian.Tiada matlamat yang jelas.

Patutlah orang yang faham impian dan boleh bezakan matlamat lebih berjaya dan lebih ke depan hidup mereka.

Ironinya mereka bermula dengan impian dan mengatur matlamat untuk berjaya mencapai impian tersebut.

Ini baharulah betul.

Matlamat terbahagi kepada tiga rangka masa utama.

Jangka pendek.

Jangka sederhana.

Jangka panjang.

Maknanya matlamat ada tempoh tertentu untuk mencapainya.Lebih baik ada tarikh yang spesifik.

Matlamat juga ada huraian terperinci, data yang solid, fakta yang sahih untuk dianalisa dan dikaji.

Nampak tak bagaimana hebatnya matlamat berbanding impian.

Impian itu sendiri tidak salah.Matlamat tanpa impian juga bukan yang terbaik.

Hanya yang terbaik apabila bina impian dengan merancang matlamat dan disusuli dengan tindakan yang berterusan.

Perjalanan impian menuju kejayaan wajib diisi dengan ilmu, kemahiran dan paling penting doa.

Impian + matlamat <——————————————>Kejayaan

Sekarang saya nampak.

Harap pembaca juga nampak apa yang saya nampak.

Saya ulang sekali lagi.Pengulangan terakhir ini agar saya dan pembaca boleh ingat.

Jangan nak ingat makwe atau pakwe je tau ! ( bagi yang masih single)

Impian dan matlamat perlu bergandingan.Tanpa impian tiadalah matlamat.Begitulah sebaliknya.

Jadi dalam usaha untuk berjaya tiada jalan tersingkat atau termudah.

Baju awek yang tersingkat biasa la zaman dulu-dulu.Nampak ‘pusat’ bandar di situ.Sekarang sudah tiada.Nasib baik la.

Cukup saya merapu-rapu.

Ada usaha.Ada tindakan.Ada doa.

Itu ramuan asasnya.

Kejayaan adalah satu proses yang diperolehi dari satu impian menuju matlamat yang disertai tindakan berterusan.

Jika matlamat jelas maka proses yang seterusnya lebih mudah.Sebab matlamat itu sendiri adalah rangka kerja dan pelan tindakan yang tersusun.

Akhirnya begitulah pemahaman saya tentang kata-kata Arnold .

Moga bermanfaat hendaknya.

Jika rasa masih belum puas hati dengan huraian ini boleh lagi baca penyebab kegagalan hasil kajian Napoleon Hill.

30 penyebab kegagalan menurut Napoleon Hill

6 thoughts on “Persoalan antara impian dan matlamat”

  1. Baju awek yang tersingkat biasa la zaman dulu-dulu.Nampak ‘pusat’ bandar di situ.Sekarang sudah tiada.Nasib baik la.

    Reply

Leave a Reply to barr Cancel reply

CommentLuv badge
%d bloggers like this: