Pada hari Ahad yang lepas, saya sempat temankan anak bongsu shopping di Hari-Hari.
Wah bukan main gembira lagi dia.
Mood nak ke sekolah katakan.
Bukan kami saja yang shopping.
Ramai juga.
Mereka mengambil kesempatan hujung minggu kerana ada kelapangan waktu.
Barangan yang dijual di Hari-Hari tentulah pakaian yang bermusim dan tak bermusim.
Pakaian bermusim seperti pakaian seragam sekolah dan baju hari Raya.
Pakaian tak bermusim seperti jeans, baju kurung, kemeja, seluar slack dan sebagainya.
Kebetulan juga, anak bongsu saya diberi baucer diskaun10 peratus untuk ditunaikan di Hari-Hari.
Apapun bantuan sekolah RM150 sudah selesai dibelanjakan di Har-Hari.
Yang menariknya jumlah perbelanjaan shopping kami di Hari-Hari ialah RM149.95 selepas diskaun 10 peratus.
Betul-betul utilize valueย kerana cuma berbaki 5 sen sahaja lagi.
Itu belum kos untuk masuk asrama.
Masuk asrama kos tentu akan bertambah lagi.
Kos pasti berbeza dari tahun ke setahun.
Bukan kos yang menurun tetapi kos yang menaik.
Itulah realiti hari ini.
Walaupun dapat RM150 seorang, tapi sebenarnya tak cukup kan untuk kelengkapan sekolah anak. Tapi bolehlah, berguna betul, habis licin digunakan, alhamdulillah.
Sejujurnya memang tidak cukup…tapi lebih baik daripada tiada
Lepas ini perlu top up duit sendiri untuk tampung mana yang patut
Bagus juga dapat bantuan RM150 cumanya anak saya bila ditanya berkenaan wang itu, dimaklumkan dah habis buat belanja makan. Ish3.
Hahaha…makan pun boleh tapi tak nampak kalau compare beli kain baju sekolah
hari-hari memang murah sikit berbanding tempat lain..
Hanamiko Sakura recently posted…MBTI – 16 Personality
Mungkin disebabkan cara pemasaran mereka yang lebih baik berbanding yang lain
Semoga Hari-Hari kekal lama
dapat diskon saat belanja emang menyenangkan bisa menghemat
betul banget, biaya kos dan lain2 selalu bertambah setiap tahunnya.
Syukur juga ada diskaun…ada penjimatan di situ
hidup zaman skrg “keras” betul harga semua barang & tak terkecuali pakaian sekolah ๐
Memang keras dan boleh pening kepala jika tanggungan ramai
Alhamdulillah ada baucer diskaun.
ya ada baucer…itu yang seronoknya
Zaman sekarang ni semua barang mahal. Dapat bantuan RM150 tu sekurang-kurangnya dapat la digunakan kat Hari Hari ni ya?. Kalau anak masuk asrama memang banyak keperluan perlu dibeli juga….moga dipermudah semuanya.
Zaman sekarang hidup keras…
mahu atau tidak perlu lalui dan hadapi dengan hati yang tabah
zaman kita dulu rm150 tu dah lbh drpd ckp
skrg… fuhhh sy pasti ramai yg lap.peluh lbh2 anak yg lbh 2 org
suka laa ya si bongsu beli mcm2
nak msk sek baru kannn
zaman sudah berubah dah kos juga jauh berubah
yang pasti lebih mahal kos hidup ini
alhamdullilah dapat diskon…tapi biaya yang lain juga tetap mahal, harus pandai-pandai berhemat dan mengatur keuangan.
Ya…bersyukur
ada diskaun…maka harga lebih murah
pastinyaa, inflasi itu nyata ๐. dah sabar saja lah kita. setiap tahun selalu begitu, jadi mau tak mau harus pikirkan cara bagaimana nak menambah income supaya bisa menutupi inflasi ๐๐คญ
Inflasi adalah musuh pelaburan
inflasi juga meningkatkan kos hidup.
apa-apapun wajib bersyukur agar rezeki sentiasa bertambah