Semalam saya sempat hadir dalam kuliah Maghrib yang membincangkan topik Di Ambang Ramadan.
Kuliah disampaikan Ustaz Tamrin yang tidak asing lagi kepada umat Islam di kawasan Kota Samarahan dan Kuching.
Rata-rata kuliah Maghrib atau Subuh sekarang ini memang tidak lari dari topik Ramadan.
Mana tidaknya, lebih kurang dari seminggu lagi (ketika coretan ini) kita akan memasuki bulan Ramadan al-Mubarak.
Bulan tersebut digelar penghulu segala bulan sebagaimana hari Jumaat iaitu penghulu segala hari.
Dalam bulan Ramadan juga pintu syurga dibuka seluas-luasnya manakala pintu neraka ditutup serapat-rapatnya.
Musuh utama manusia yakni para syaitan dirantai dan diikat agar kita boleh beribadah tanpa gangguan mereka.
Maha luas dan maha besar kasih Allah SWT untuk hambaNya yang beriman.
Allah SWT mahu kita kembali ke fitrah sebagaimana bayi baru lahir iaitu bersih daripada dosa dengan asbab amalan puasa yang tulus ikhlas.
Sesungguhnya Allah menjadikan bulan Ramadan sangat mulia kerana membawa beberapa agenda seperti di bawah.
1.Perintah berpuasa di siang hari
2.Solat sunat Tarawih
3.Memperbanyakkan bacaan al-Quran
4.Menyibuk diri dengan berzikir
5.Membayar zakat fitrah
6.Ringan tangan bersedekah
7.Beriktikaf di rumah Allah
Semoga kita semua sampai di bulan Ramadan dan dipermudahkan untuk beribadah.
Semoga amalan kita diterima sebagai bekal di Padang Mahsyar dan pemberat timbang Mirzan ketika Yaumul Hizab.
Wallahualam.
Tidak sabar tunggu Ramadan.
NA recently posted…Pembedahan
satu sikap yang bagus…alhamduliiah
saya pun sudah terbayang-bayang dengan bulan Ramadan
feel tu sudah terasa
moga kita diberi peluang bertemu Ramadhan lagi amiinnn
Aamiin Ya Rabil Aalamiin..
Moga kita dapat bertemu semula bulan Ramadhan. Moga kita dapat menghidupkan bulan ramadhan dengan aktiviti yang baik….jom kumpul pahala….untuk ‘kemudian hari’.
Aamiin Ya Rabbil Aalamiin
semoga Ramadan ini lebih baik daripada tahun sebelumnya
buatlah semampu yg boleh seolah2 ramadan ini adalah ramadan terakhir kita
satu pesanan yang sangat bagus…in shaa Allah
terima kasih untuk perkongsian ni !! semoga panjang umur untuk bertemu dengan ramadhan dan semoga ramadhan kali ni menjadi permulaan yang baik untuk kita terus beristiqamah !!
Aamiin dan semoga kita semua panjang umur serta berkesempatan untuk berpuasa
Semoga saya lebih ringan bersedekah
Selamat menyambut bulan Ramadan
Aamiin..in shaa Allah..
banyakkan azam dan niat untuk berbuat kebaiakan bermula dari sekarang
aamiin. saya mau berusaha lebih lagi tahun ini, utk banyak mengamalkan ibadah2 di bulan ramadhan. ga sekedar berpuasa saja. thank you remindernya Abang 👍
sama-sama
moga kita semua berjaya menjalani puasa tahun ini dengan lebih baik
Selamat menyambut bulan suci Ramadan, Mas.
7 Agenda nya semoga dapat dijalankan dengan istiqomah.
Insya Allah saya pribadi juga mencanangkan agenda khusus di bulan suci ini.
Salam,
wah….bagus kalau begitu…
masing-masing ada agenda untuk dipenuhi