Saya pengguna RON95 sejak sekian lama.
Secara jujur, berita pengurangan subsidi kepada 200 liter sebulan masih boleh diterima.
Malah menjadi berita baik yang melegakan.
Bayangkan tanpa subsidi RM1.99 seliter mungkin golongan rentan seperti B40 dan M40 akan terasa sangat kesannya.
Bebanan subsidi kerajaan tanggung dari RM700 juta sudah meningkat kepada RM4 billion dalam masa terdekat ini.
Kini kerajaan pula terbeban tetapi itulah tanggungjawab mereka untuk memastikan rakyat rasa selesa dan aman.
Konflik Asia Barat atau Timur Tengah antara Israhell, AS dan Iran masih belum reda dan tiada tanda-tanda mahu berakhir.
Mengikut perkiraan logik US, bahawa Iran akan lumpuh jika pemimpin utama dan penting gugur. Ketiadaan pemimpin tersebut maka regim yang memerintah sekarang ini boleh digulingkan.
Jangkaan dan perkiraan mereka jauh meleset kerana Iran mempunyai lapisan pemimpin yang boleh silih berganti.
Rakyat pula masih kuat menyokong dan bersatu padu di belakang para pemimpin mereka.
Bagaimana pula untuk menghancurkan Amerika Syarikat dan Ishraell?
Pada pandangan peribadi saya yang sudah mengikuti perkembangan semasa sejak ada Threads ini melalui tiga sudut utama iaitu politik dan ekonomi serta ketenteraan.
Politik
Presiden Trumpet mesti digulingkan oleh rakyat mereka sendiri. Biar presiden baharu yang berhati mulia dan berperikemanusiaan memerintah.
Begitu juga juga dengan Perdana Menteri Setanahu wajar mati atau tersiksa sebagaimana jutaan rakyat di Gaza sana. Penggantinya pula hendak seorang yang dungu dan cintakan kedamaian sejati.
Malah berita penutupan Masjid al-Alqsa untuk Terawih dan Aidilfitri kepada umat Islam sudah tenggelam dengan cerita dron, rudal balistik dan Selat Hormuz.
Umat Islam hilang suara, kuasa dan kemampuan kerana belum muncul pemimpin politik yang benar-benar kuat mendepani kedurjanaan regim zionis dengan impian mereka untuk mewujudkan Israhell Raya.
Palestin sudah tidak terdaya kerana ranap sejak beberapa tahun yang lepas.
Ekonomi
Bahagian ini kita semua perlu tanggung bersama kerana sektor ekonomi saling berkait dan berantai. Amerika Syarikat dan sekutu akan lumpuh jika ekonomi yang mereka pegang beralih arah.
US Dollar jatuh, petrodollar tidak berfungsi serta seluruh sistem perbankan yang ada sekarang ini runtuh.
Produk dan perkhidmatan yang berasaskan Israhell seluruh dunia wajar diboikot secara tuntas maka rantaian akan lumpuh.
Dana untuk mencipta senjata pemusnah akan hilang sumber.
Boleh rujuk pada pautan di bawah:
Ketenteraan
Segala pengkalan tentera Amerika Syarikat di negara Teluk perlu dimusnahkan atau dikosongkan secara paksa.
Negara Arab perlu bersatu padu dan sebulat suara untuk memutuskan hubungan dengan pakatan yang menyerang Iran pada 28 Februari yang lepas.
Realitinya memang tidak kerana kepentingan hidup senang, mewah dan kaya raya pemimpin negara Arab mengatasi kedaulatan negara.
Baru-baru ini dikatakan Arab Saudi dan UAE berpihak kepada pakatan AS dan Israhell untuk melindungi kepentingan mereka.
Tentera Iran sudah bersedia untuk menghadapi serangan darat dan laut.
Cuma pertahanan serangan udara mereka masih belum utuh sepenuhnya.
Kesimpulan
Semua yang di atas adalah luar kawalan kita.
Kita cuma dapat mengawal nafsu berbelanja dan merancang kewangan dengan sebijak yang mungkin.
Minyak naik dan kos hidup pasti naik.
Hutang boleh bertambah dan tekanan hidup juga meningkat.
Cuma pesan saya kepada diri sendiri dan juga pembaca, biar apapun cabaran mendatang berusahalah meningkatkan iman.
Itu saja cara paling ampuh hidup sejahtera biarpun hidup dalam serba kekurangan dan kurang selesa.
Doa yang baik-baik.
In shaa Allah dapat yang baik juga.
Segmen potret AI


betul tu nampaknya kita semakin perlu jadi berhemah dlm berbelanja hurmm
tulah…bertabah saja dalam hidup ini.
Yeap… uncle faham je kenapa kerajaan kurangkan subsidi tu… Baik kot…
mahu atau tidak..
itulah realiti yang perlu kita hadapi
Syukur, masih ada subsidi, walaupun sudah berkurangan sikit. Negara jiran lebih teruk, semoga perang tidak berlanjutan dan keadaan semakin membaik.
Tot recently posted…Aktiviti raya pertama
itulah baiknya ada subsidi
dapat kurang sikit belanja kita semua
War is never a good thing. It affects the cost of living not only in the countries that are at war, but in other countries as well. Hatred and war never solve any problems and only makes matters worse.
Thank you so much for sharing.
Whether you win or lose, you still end up ruined
Apa yg kita lalui hari tok sik sehebat apa yg orang2 di Gaza lalui. Semoga perang tok cepat berakhir. Apapun semuanya dalam suratan Allah SWT. Hikmahnya bila Israhell hasut Trump serang Iran, ramai rakyat US bukak mata & sedar selama tok kerajaan politik US tok tunduk patuh dengan Israhell bukan jaga kepentingan rakyat US nok undi sidaknya.
Anyway, Selamat Hari Raya! Maaf Zahir & Batin 😊
Bena ya.
Semoga kita semua dijauhkan daripada permasalahan seperti di Gaza
sangaaat berharap saya si trumpet bisa dijatuhkan oleh rakyatnya . dah tak tahu lagi nak cakap apa . semua stress dan kondisi global jadi kacau balau, dari dulu penyebabnya Amerika dan negara Dajjal temennya itu . yg sedih, arab Saudi dan negara minyak kaya lain, lebih rela jadi temen trumpet drpd mendukung negara Islam yg bertikai 😔
fanny_dcatqueen recently posted…MENGINAP DI REHENDHI VILLA MAAFUSHI, NYAMAN SIH, TAPI MALAMNYA BIKIN EMOSI
Itulah…
apa-apapun semua ini adalah luar kawalan kita.
cuma mampu berdoa dan berusaha setakat yang perlu seperti mahu jimat bahan api.