Mrhanafi diuji dengan hebat kali ini.Laptop yang telah berkhidmat dengan tuannya selama 4 tahun ‘sakit’.Tidak dapat di hidupkan seperti biasa
Situasi ini akan menghad aktviti penulisan mrhanafi. Agak sukar untuk menghasilkan artikel yang panjang berjela.Jika diikutkan hati mahu sahaja meraung bagaikan anak kecik.. Eleh tak akan sampai begitu sekali.
Memandangkan laptop tidak dapat dioperasikan dalam masa terdekat terpaksa mrhanafi mengemaskini menggunakan handphone sahaja.
Agak agaknya berapa masa yang Mrhanafi perlukan untuk siapkan satu artikel.
Alkisah petang tadi, ketika mrhanafi mengarang satu artikel tentang rumah murah.Cuaca kat luar hujan.Sambil menaip mrhanafi sempat berdoa dimurahkan rezeki.
Biasa la kan kalau hujan mulai .turun doa akan dimakbulkan.Tidak berapa lama selepas itu hujan semakin lebat turun.
Tiba tiba tanpa diduga gemuruh dengan bunyi yang sangat kuat berlaku.Lampu tempat mrhanafi buat kerja terpadam.Dalam masa yang sama soket laptop yang tengah dipasang terkena litar pintas.
Cepat cepat mrhanafi simpan fail artikel sebelum laptop padam. Alhamdulillah sempat dan sempat juga disiarkan sejurus kejadian tersebut berlaku.
Cuma artikel tersebut di’publish’menggunakan handphone.
In shaa Allah kesukaran ini akan diatasi dengan dua cara.
Cara yang pertama beli tali charger yang baru atau second hand.Boleh dicari dekat kedai aksesori komputer.
Cara kedua beli sahaja laptop baru. Halangan utamamya ialah duit untuk membeli laptop yang baru dalam masa yang terdekat ini.
Semoga semua urusan dipermudahkan.Aamiin.
{catatan blogger}
Teringat zaman mula mula menulis blog dahulu sekitar tahun 2009.Capaian internet sukar nak dapat. Dah la mahal lagi tu.Telefon pintar belum ada.Tak terfikir handphone boleh digunakan melayari internet seperti sekarang ini.
Mrhanafi menulis blog awal awal dari rumah untuk diletakkan dalam pendrive dan dipublishkan menggunakan PC di pusat Siber.Kadar bayaran untuk sejam dalam RM3 ketika itu.
Blog yang mrhanafi guna sebagai tempat try and error ialah mypowerfulnetwork.blogspot.com
Siapa nak baca boleh la blogwalking kat sana.Tarikh terakhir mrhanafi kemas kini blog tersebut dengan dua ayat sahaja pada 19 September 2011.
Pada ketika itu mrhanafi mengalami ujian yang getir.Bajet untuk pergi pusat Siber pun tak lepas.
Laptop Sony Vaois kena let go di kedai kerana nak survive.Kisah tersebut terimbau kembali tatkala laptop Toshiba yang mrhanafi guna ini jatuh sakit seketika.
Teringin pula nak kembali ke Tahun 2005 kerana mrhanafi pada masa tersebut ada dua PC berprestasi tinggi iaitu Pentium 4 dengan RAM 1 GB serta grafik kad 500MB.
Kini semuanya dalam kenangan dan seronok pula untuk dikenang kembali.
Semoga terhibur hendaknya dan jumpa lagi.
P/s : pertama kali menulis blog mengguna handphone di dashboard wordpress.
P/s/s: minta doa semua semoga mrhanafi dimurahkan
Charger laptop tu kalau tak silap hargnya hampir Rm100 la
Seronok baca flashback bro dalam blogging ni
Wan Zawawi recently posted…GKerjaya.Com Laman Web Kerjaya Pilihan Yang Terbaik
Semalam dah test fius guna 3A dan 13A.. Ternyata adaptor sudah rosak..
P/s : terima kasih bro atas perhatian tentang kisah flashback