Teori Lelaki Berumur 40 Tahun…Ada orang kata umur cuma angka.Namun mrhanafi kata ia lebih dari itu.Umur adalah indikator kepada pencapaian hidup seseorang.Lebih-lebih lagi ketika lelaki berusia 40 tahun dan ke atas.
Diandaikan mrhanafi baru berumur 20 tahun.Kini ingin merasai bagaimana pengalaman ketika berumur 40 tahun demi membongkar teori tersebut.
Teorinya ketika lelaki berumur 40 tahun maka dia sudah berada dikemuncak kerjaya.Sudah mengetuai jabatan atau organisasi.Pendapatan yang stabil.Kewangan yang mantap dan kukuh.Lebih hebat lagi jika sudah mencapai nikmat bebas kewangan dalam hidup mereka.
Hakikatnya tidak semua.Ada yang masih bergelut membina kehidupan.Dalam sudut lain ada yang masih mengharap duit ibubapa.Malah ada juga yang bergantung kepada duit isteri jika sudah berumahtangga.Tidak dinafikan kerana ia adalah realiti kehidupan masa kini.
Lelaki berumur yang berumur 40 tahun ke atas mempunyai emosi yang paling stabil.Kini mereka bukan jenis pemarah.Sebaliknya seorang pemaaf dan amat memahami perasaan orang lain.Dengan ketenangan emosi maka lelaki yang berumur 40 tahun akan lebih matang dan disukai ramai.
Benar atau tidak terpulang kepada individu itu sendiri.Jika diperhalusi masih ada juga lelaki kategori ini yang belum cenderung kepada kehidupan akhirat mereka.Lelaki begini tetap berfikir bahawa solat (orang Islam) hanya boleh dilaksana beberapa tahun lagi.Biar pada waktu begini fikir dunia dulu sebelum fikir akhirat.Memang sah cara pemikiran begini adalah salah.
Ada lelaki yang sudah mencecah umur 40 tahun akan menjaga penampilan diri,imej dan kesihatan pada tahap optimum.Mereka menjaga pemakanan supaya kekal cergas.Bukan itu sahaja boleh melaram dengan gaya pakaian yang terkini.Personaliti hebat ini membentuk karisma yang unggul sehingga mencairkan iman wanita muda melihat mereka.
Pesan mrhanafi kepada para isteri yang mempunyai suami kategori hebat ini agar berhati-hati.Silap hari bulan boleh jatuh ke tangan wanita muda yang lebih menawan.Takut nanti gigit jari dan mendendangkan lagu tanpa irama pulak.
Realiti sebenarnya tidak semua.Masih ada lelaki yang leka dengan dunia khayalan fatamorgana.Rokok tidak ditinggalkan.Makan sesuka hati sehingga perut terus maju ke hadapan.Raut wajah tidak terurus.Jambang dan misai berserabai.Itu belum termasuk bau badan yang asli.Ia sememangnya jauh sekali dari berbau wangi.
Jika si isteri nak pandang pun rasa loya.Namun terpaksa mengakui juga demi cinta sejati iaitu menerima banyak keburukan berbanding kebaikan.Sungguh tragis jika berada dalam kondisi tersebut.Lebih parah lagi jika pasangan ini macam dua kali lima.Sehati dan sejiwa tetapi tiada maknanya jika belum meletakkan kualiti hidup terbaik.
Seandainya ada lelaki yang berumur 40 tahun ke atas membaca artikel ini jangan pulak terasa.Ambik pengajaran positif sebagaimana pepatah Inggeris ‘kehidupan bermula selepas berumur 40 tahun’
Hidup ini tak lama.Selepas berumur 40 tahun anda akan menginjak usia jubli emas iaitu separuh abad.Masa sebenarnya sudah kesuntukan.Tiada masa lagi untuk dibuang begitu sahaja kerana setiap detik yang berlalu adalah nyawa.
Life begins at forty – Orang jawa cakap…. 🙂
Dan
Why life really does begin at 40?
Bagi saya pula tahap pada umur 40an ini kita telah banyak belajar dan matang untuk menghadapi kehidupan dan dapat mengurangkan kesilapan atas pengetahuan kita yang sebelumnya…dan sebab lain? It is about wisdom and experience my friend..:)
Sekadar pandangan peribadi semata-mata
rasanya bro belum masuk kelab 40..dah masuk baru tahu benar atau tidak..
yang pasti umur 40 best kerana permulaan kepada kehidupan yang matang.
Emosi stabil tu paling betul rasanya. Most people yang saya jumpa, 40++ termasuk bos-bos besar company, mereka lebih santai dan rilek. Kalau interview kerja pun ok, kurang stress. Yang bikin stress sampai nak hentak kepala selalunya yang baru beberapa tahun pengalaman. Strictly by rules, less compromise but good in their works. Ada pro and cons di situ 🙂
memang betul tapi tak semua kerana sifat manusia memang unik antara satu sama lain..
dari segi perubatan, berumur 40an ni kalau tak jaga senang dapat penyakit. jagalah tubuh badan kita.
Raihanah Ahmad recently posted…Hilangkan Jerawat Dengan GLA Complex
umur begini memang mudah nak datang penyakit jika gaya hidup tidak sihat
menjelang umur 40 tahun tu biasanya kena banyakkan kegiatan yang boleh membantu tahap kesihatan yang baik , mana tahu kita masih lagi kena bekerja keras untuk sara anak dan bini kan nanti
Wan Zawawi recently posted…Jemput LIKE Wazy Network Di Facebook
itu pendapat yang sangat bernas bro..
pada ini..anak-anak dah mula membesar dan perbelanjaan juga semakin meningkat.
lelaki umur 40 tahun ke atas kebanyakkan menjadi rebutan…itu kalau dia seorang yang menjaga ketrampilan…
ada kebenarannya kat situ..base on own experience he..he..
Belum cukup sempurna lagi apa yang perlu dilakukan dan dilaksanakan untuk lebih matang dan dewasa. Kehidupan di dunia sementara, namun dalam era 40-an jangan dianggap selesa. Banyak cabaran yang mendatang.
sensasi2020 recently posted…Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
he..he.. pendapat yang bernas sebab tuan dah masuk Kelab 40
Ada yang krisis bermula pada umur 40an. Krisis dimaksudkan adalah kerisauan personaliti pada umur menginjak nombor 40.
akubiomed recently posted…Waste to Energy penyelesaian mengurus sisa pepejal
umur sekadar angka..siapa yang faham tak akan risau punya
Penyakit mudah “menjelmakan diri” dalam waktu ini. Sebab kesan penjagaan badan kita dari awal sebelum usia 40 tahun ni.
ira recently posted…Maulidur Rasul – Kisah Bilal Menggamit Kerinduan Yang Amat
he..he..suka dengan statement menjelmakan diri
macam jauh lagi..tapi pejam celik pejam celik… eh dah 40 tahun dah…
zik recently posted…Ulat sagu, ulat gendon.
bro kira beruntung lagi kerana belum mencapai tahap umur tersebut lagi…
Hari tu dengar ceramah Dr. Fazilah. Katanya umur 40 adalah waktu emosi berubah. Mungkin dia boleh jatuh cinta lagi kalau di atak puas hati dengan kehidupannya sekarang. Selain usia 40, umur 60 juga. Sebab itu masih ada lelaki yang mahu berkahwin di usia 60 tahun.
Rupanya fasa hidup lelaki lebih complicated berbanding wanita dan sukar juga untuk mereka lalui tanpa sokongan yang betul.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Atasi Silau Mata Yang Menyukarkan Pemanduan Dengan Caratomax
dahsyat juga kalau macam tu…nampaknya isteri perlu berhati-hati dengan suaminya jika dia dah berumur 40 tahun dan 60 tahun.
Hakikat yang kata umur 40-an tu emosi makin stabil agak betul la sebab MV tengok abang sulung macam tu
Noriza Rahman recently posted…Lecithin Meredakan Bengkak Susu dengan Cepat dan Mudah
ho..ho..bagusla kalau macam tu..ada kebenarannya
memang nampak la abang dan abang ipar bila dah masuk 40-an ni memang kurang PEMARAH…
Noriza Rahman recently posted…SUUNTO Ambit Multisport GPS Watch Jam Heart Rate Monitor
baguslah kalau begitu..perubahan yang semakin baik..
ada yang kata umur 40 ni mcm penentu selepas ni…kalo perangai mas 40 tidak berubah mmg itu la perangai sampai ke tua
memang ada kebenaran tu..jika tak berubah maka sampai ke tua la jadinya
Zaman sekrg ni, suami tu kalau umur dah 40-an, hidup stabil & anak2 dah besar, confirm dugaan yg dtg mcm durian runtuh, sakit woo…. Nak tak nak, isteri2 kena la memantau suami mcm memantau anak2 – mesti tau dia pergi mana, jumpa siapa & buat apa. Kalau diberi kebebasan tanpa batasan, payah utk suami tu menepis serangan dugaan yg bertubi2 tu, So, para suami jgnlah kecik hati, isteri concern tu tanda sayang…. 😀 Isteri pun jgnlah malu bertanya pada suami & jgn jg menuduh. Sama2 tolong menolong.
dugaan kepada lelaki yang berumur 40 tahun ialah nak kahwin lagi..aduh-aduh
Lagi 6 tahun nk keangka tu….semoga dipanjangkn umur….amin…
untungla bro masih muda..
Persiapan untuk alam tua…
betul..tapi umur 40 tahun sudah memasuki kematangan yang sempurna
Usia 40 ni usia keemasan untuk mula beribadat tuan…
itulah yang sebaiknya..dekatkan diri kepada Allah SWT
Bila dah mencapai umur 40 tahun nie… Ekonomi pun dah stabil… So, boleh lebihkan tumpuan pada keluarga dan amal ibadat kita tu…
in shaa Allah itu yang sebaiknya