Kenangan zaman kanak-kanak yang sukar dilupakan

Kenangan zaman kanak-kanak memang sukar dilupakan, sangat indah dan penuh nostagia mengusik jiwa. Ketika sudah menginjak usia warga emas, baharulah terasa zaman kanak-kanak begitu lama sudah ditinggalkan.

Bukan mudah untuk mengingati kisah silam dengan hanya menulis begitu sahaja. Lainlah jika ada mesin merentas masa.

Mari saya cuba kongsikan nostalgia permainan zaman kanak-kanak.

Dulu dan sekarang jauh berbeza.

Dulu alat mainan dengan alam semulajadi.

Sekarang alat mainan dengan dunia teknologi.

Kenangan zaman kanak-kanak

Kenangan zaman kanak-kanak

Ini kisah saya.

Ketika itu saya berumur bawah enam tahun.

Mungkin lima tahun atau kurang lagi.

Saya tinggal bersama nenek dan datuk tiri.

Ibu dan bapa masih hidup ketika itu.

Cuma saya lebih rapat dengan nenek berbanding dengan ibu dan bapa sendiri.

Semasa zaman kanak-kanak, pergaulan saya banyak bersama budak-budak perempuan.

Mereka jiran sebelah rumah.

Bukan orang lain.

Mereka suku sakat sendiri.

Dengan budak-budak perempuan inilah saya kenal permainan anak patung homemade.

Kenangan zaman kanak-kanak

Buat sendiri dari alam semulajadi.

Seronok main anak patung.

Baju dari kertas.

Tulang anak patung dari batang aiskrim yang diikat bersama benang.

Kami buat penuh kreativiti.

WAJIB BACA :   Cerita Orang Makan Di Bulan Puasa Yang Mengejutkan

Biasanya kami bermain bawah rumah.

Tidak panas.

Tidak kena cahaya matahari.

Saya bermain dengan cara perempuan.

Jiwa lembut.

Jiwa mudah beremosi.

Selain main anak patung, saya bermain masak-masak dan main pondok-pondok.

Tiada api yang sebenar.

Semuanya olok-olok.

Kami guna tempurung, daun dan rumput yang mudah dicapai ketika itu.

Ada kalanya main kahwin.

Ya.

Duduk bersanding.

Siap berkipas.

Nyanyi-nyanyi.

Pada masa itu saya gembira.

Seronok sangat-sangat.

Saya tidak sedar untuk makan atau minum.

Saya tidak ingat berapa lama saya bercampur dengan budak-budak perempuan.

Akhirnya ibu dan bapa bawa saya tinggal bersama mereka.

Alasannya saya nak masuk sekolah.

Rumah nenek dan rumah ibubapa agak jauh.

Mereka tinggal asing-asing.

Ketika bersama ibubapa sendiri, kehidupan kanak-kanak saya tetap diteruskan dengan bermain.

Seronokkan jadi kanak-kanak.

Hidup untuk bermain.

Gembira dan suka sepanjang masa.

Kini teman permainan saya sudah berubah.

Saya geng budak lelaki.

Mereka tidak jauh dari rumah ibubapa saya.

Pada masa ini saya mula kenal permainan lasak.

Main perang.

Kami buat senapang dan alat peperangan dari alam semulajadi.

Pada masa itu hutan belukar masih banyak.

WAJIB BACA :   9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 5)

Kami guna imaginasi.

Kami buat dengan kreativiti.

Ada masanya kami sembunyi-sembunyi.

Main lumpur dalam sungai.

Main panjat-panjat ala-ala tarzan.

Permainan ini amat menyeronokkan.

Memang melekakan.

Saya abaikan makan dan minum.

Saya hilang selera makan.

Bagi saya bermain itu lebih seronok daripada makan.

Sebab itulah kanak-kanak zaman ketika itu jarang sekali jumpa obesiti.

Budak-budak semua kurus.

Saya lagilah kurus.

Saya masih ingat saya seperti kanak-kanak pelarian.

Sungguhpun begitu, kami adalah budak-budak yang amat aktif.

Berkejaran dan melompat sana-sini bagaikan tidak ingat dunia.

Secara logiknya saya dan rakan-rakan sepatutnya tidak mampu sebegitu.

Yalah.

Kurang makan.

Makan bukan keutamaan.

Yang utama seronok dan suka.

Rupa-rupanya inilah sumber kekuatan kami pada masa itu.

Kami gembira dan bahagia sepanjang masa.

Pada masa itu, tidak kenal apa itu bahaya.

Kotor.

Panas.

Yang penting gembira.

Seronok dan sukaria.

Zaman kegemilangan kanak-kanak sudah mula saya tinggalkan sejak berumur 11 tahun.

Saya sudah menjadi budak minat belajar.

Kaki buku.

Kaki perpustakaan.

Perubahan ini menyebabkan saya semakin kurang bergaul dengan budak-budak lain.

Saya berada dalam alam sendiri.

Alam membaca.

Alam ilmu.

WAJIB BACA :   Azam 2023…

Alam informasi

Saya sangat suka membaca buku.

Suratkhabar dan majalah.

Ketika di sekolah saya digelar P.S.T

Profesor Serba Tahu.

Topik percakapan saya lebih kepada informasi.

Saya mula perasan.

Kawan-kawan mula menjauhi saya.

Tidak semesra dulu.

Nasib baik saya ada rakan karib.

Cuma ketika masuk sekolah menengah saya terputus pergaulan dengan rakan karib.

Tentulah tidak adil kalau saya ceritakan zaman sekolah menengah.

Sebab masa itu saya bukan kanak-kanak lagi.

Penutup

Kenangan zaman kanak-kanak banyak membentuk karakter diri saya. Tabiat dan cara berfikir juga banyak dipengaruhi dari alam bermain sewaktu zaman tersebut.

Rupa-rupanya keseronokan bermain dengan alam semulajadi bersama-sama kanak-kanak ketika itu adalah pelajaran kehidupan yang sangat berharga.

Saya belajar apa itu hubungan emosi wanita dan lelaki. Saya belajar sumber kebahagiaan dengan menidakkan kekurangan.

Gembira dan seronok itu adalah kekuatan semulajadi dalam menempuhi alam kehidupan dari satu zaman ke zaman.

Akhirnya saya sedar mengapa Allah jadikan saya seorang blogger yang berjaya untuk bahagia dan gembira.Sebab itu juga saya akui Penat kerja makan gaji bukan alasan

Pembaca pulak bagaimana dengan zaman kanak-kanak ?

*Kemas kini 30/4/22

Comments 10

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge