3 Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan 2017

Bulan Ramadhan akan datang.Mrhanafi sudah dan sedang buat 3 Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan 2017.Tak perlu susah-susah.Buat apa yang patut.Kata orang buat ikut keperluan dan kemampuan.

ramadhan 2017

1.Cari duit segera

Persoalan universal untuk semua.Dalam bulan ramadhan duit memang diperlukan.Bukan bulan ramadhan pun perlu duit,Namun sebelum datangnya Ramadhan usahakan sedaya upaya untuk dapat duit segera.

Banyak laluan untuk dapat duit segera.Misalnya jual barang buruk.Jual barang yang senang dijual.Contohnya kuih muih.Sertai affiliate FI$H pun boleh.

Kalau ada sesiapa yang tinggal di kampung yang berdekatan dengan kebun,boleh cari pucuk midin.Dapat banyak boleh jual dengan jiran sebelah rumah.

2.Atur bajet selama sebulan

Ada orang kata bulan Ramadhan bulan untuk berjimat kerana kurang makan.Secara praktikalnya tidak begtiu.Makan tetap makan cuma kekerapan sahaja berkurangan.Malah ada yang terover bajet pun ada.

Cara yang boleh dilakukan ialah tetapkan jumlah belanja dalam sehari.Kalau sasaran bajet RM10 sehari maka selama 30 hari jumlahnya RM300.Dari jumlah tersebut dapat kita letakkan had.Ada lebihan boleh digunakan untuk duit raya.Kalau terkurang nanti nangis la jawabnya.

3.Usahakan untuk lebih ibadah sunat

Sebelum Ramadhan buat warming up untuk perbanyakkan solat sunat,baca alQuran dan zikir.In shaa Allah setibanya Ramadhan kita sudah bersedia dan tidak berat untuk melakukan ibadah sunat tersebut.

Usahanya untuk kerap ke masjid dan jangan lupa juga untuk melatih diri untuk rajin bersedekah.Sebagai pengguna media sosial sedekahkan LIKE pun ok.Misalnya LIKE untuk Fanpage Mrhanafi Dot Com

[Nota Penutup]

Begitulah persiapan untuk menyambut bulan Ramadhan.Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.In shaa Allah pada bulan Ramadhan ini kita mendapat yang terbaik berbanding tahun tahun sebelum ini.

Kenangan dulu-dulu…

Teringat mrhanafi ketika mula-mula masuk Islam dahulu.Mrhanafi adalah seorang mualaf dan masuk Islam ketika berusia 21 tahun.Bulan yang paling syahdu dan nikmat ialah bulan Ramadhan.

Berbuka puasa dengan kawan-kawan terlalu indah untuk dikenang.Pada masa itu ketika awek belum ada.Awek malu-malu dengan mrhanafi atau mrhanafi malu-malu dengan awek.

Kehidupan orang bujang yang baru berhijrah memang mencabar.Masak sahur sendiri-sendiri dan berbuka puasa ramai-ramai.Alhamdulillah mrhanafi pada masa itu diberi kemudahan banyak duit.Namun tak la jadi kaya seperti Dato Seri Vida

Orang bujang yang banyak duit dan menjadi banker kepada kawan-kawan.Rezeki dulu-dulu amat mrhanafi syukuri.Entah mengapa bertukar sahaja status dari bujang ke dah kahwin urusan kewangan bertambah sukar.

Kesukaran dalam kewangan terus menerus.Biarpun mrhanafi tetap bekerja keras dan gigih mencari wang tambahan.Sesuai juga dengan tabiat mrhanafi yang cekal dan sado dalam apa jua keadaan mendesak.

Ketika zaman sekolah dulu,mrhanafi memang sentiasa cukup duit.Tak perlu susah-susah nak minta duit tambahan dari ibubapa.Duit yang diperolehi melalui kerja sampingan ketika habis waktu sekolah sudah lebih dari cukup.

Kalau asyik nak bebel tentang memori silam sampai esok pun tak habis.

Sekian terima kasih.

p/s : Sekiranya pembaca nak ada duit dan pelajari sistem buat duit cepat boleh perolehi dengan klik banner dibawah :

(Visited 178 times, 1 visits today)

4 thoughts on “3 Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan 2017

Leave a Comment

CommentLuv badge