Mrhanafi Dot Com Dalam Wechat

Mrhanafi Dot Com Dalam Wechat…Sejak ada telefon pintar saya pula semakin bijak.Mana taknya di situ ada manusia maka disitu pula saya nak memperkenalkan jenama mrhanafi.com.Kini penumpuan kepada kepada pengguna Wechat yang rata-rata orang muda.Saya juga orang yang masih berjiwa muda  dan sebab itu kekal muda sepanjang masa (awet muda).

wechat

Media seperti Wechat terlalu baru untuk saya.Boleh dikatakan setahun jagung ketika saya baru memiliki telefon pintar.Dulunya hanya mampu guna telefon klasik yang ada terhad fungsinya untuk mesej ringkas dan panggilan sahaja.

Alhamdulillah sejak menjadi Bestmobile Brand Partner saya mampu membeli telefon pintar yang murah,Orang kata murah pun tak apa janji boleh digunakan untuk promosi dalam media sosial.

Memandangkan Wechat fungsikan lebih kurang macam Facebook maka media sosial ini saya fokuskan untuk berkongsi status yang berbentuk informasi dan promosi.

Kesannya tidak seperti blog yang lebih power dan terbaik dalam dunia online.Maksud saya info tersebut boleh baca di seluruh dunia berbanding Wechat untuk kawan-kawan dalam senarai sahaja.

Dalam Wechat saya agak selesa dikenali sebagai mrhanafi dot com.ID pula menggunakan JutawanBest dan What’s Up pula ialah Bakal Menjadi Jutawan.

Mudah-mudahan kawan dalam Wechat mendoakan impian saya tercapai.Saya berusaha dan mereka mendoakan.Itu baru dinamakan insan bijak untuk dunia dan akhirat.

Saya juga faham pengguna Wechat suka bermain emosi dan membaca moments mereka menyebabkan kawan yang lain turun emosi.Ada kalanya menggunakan kata-kata kurang sopan dan kurang selesa untuk minda.

Namun begitu saya masih suka Wechat berbanding Whatsapp kerana boleh boleh menambah kawan baru melalui People Nearby.Setiap hari saya akan gunakan kaedah ini mencari kawan yang baru.Ada yang cepat respon dan ada lambat.Tak kurang juga akan block saya.Mungkin masih prejudis dengan orang yang tidak dikenali.

Tiada pilihan lain selain menyiarkan moments kita yang lebih sihat dan postif.In Shaa Allah dengan niat dakwah kita mampu memberi manfaat kepada golongan seperti ini.

p/s : Wechat dah lama tak guna.Sekarang guna Whatsapp sahaja dan dalam proses menjana duit guna Formula Income Seumur Hidup

 

 

(Visited 12 times, 1 visits today)

8 thoughts on “Mrhanafi Dot Com Dalam Wechat

Leave a Comment

CommentLuv badge