Selami Kisah Bulan Januari 2016

Selami Kisah Bulan Januari 2016…Sepanjang 31 hari  pada bulan lepas banyak kisah juga berlaku.Tak sangka masa berlalu begitu pantas.Dah tak terkejar rasanya.Mahu tak mahu dalam bulan Februari ini tindakan dan pergerakan mesti lebih aggresif serta padu.Jika tidak mrhanafi dan juga pembaca sekalian akan menyesal tak sudah.Pasti akan terasa kehilangan masa yang tiada gantiannya.

memori bulan januari 2016

Dalam bulan Januari 2016 ada peristiwa penting berlaku.Satu peristiwa yang memberi warna dan makna tersendiri kepada golongan Blogger seperti mrhanafi.Sungguh mengujakan kerana kejayaan ahli Group BBN membina laman web ping sendiri iaitu bestbloggernetwork.com.Pembinaan laman web ini sangat memberi manfaat kepada para blogger terutama ahli Group Whatsapp BBN.Kisah lanjut anda boleh baca sendiri dalam pautan dibawah.

Jom Baca : Platform Terbaik Untuk Blogger Berkarya

Dalam pada itu ada juga kisah yang kurang seronok kepada mrhanafi sendiri.Sehingga tarikh artikel ini ditulis mrhanafi belum menerima wang BR1M 2016 lagi.Sedangkan ada rakan-rakan dan ahli keluarga yang sudah menghabiskan duit tersebut.Mengikut perkiraan jadual pembahagiannya adalah mulai 28 Januari 2016.Kebetulan pula menggunakan akaun bank yang terkenal dengan kelewatan bayaran sebagaimana tahun-tahun yang sudah sudah.

Jom Baca : Duit BR1M Bonus Untuk Rakyat

Kejayaan manis juga tercipta dalam bulan Januari 2016 iaitu mrhanafi berjaya membeli buku motivasi hasil tulisan tokoh motivasi dunia iaitu Zig Ziglar.Nama tersebut mrhanafi sudah kenal sejak tahun 2009 lagi.Baharu sekarang berkesempatan untuk membelinya.Tidak keterlaluan kalau mrhanafi katakan sudah berjaya selangkah dihadapan dalam mengejar kejayaan peribadi.Inshaa Allah mrhanafi cuba kongsikan intipatinya dalam blog heroborneo.com.Blog tersebut sesuai kerana niche motivasi dan informasi.

Jom Baca : Beli Buku Motivasi Zig Ziglar

{sekilas pandang}

Secara keseluruhannya aktiviti blogging mrhanafi masih lemah serba serbi dalam bulan Januari 2016 dan perlu dikaji semula untuk bulan yang akan datang.

Mrhanafi optimis dengan kesedaran pada awal tahun boleh memberi impak positif dalam mengejar impian tahun ini.

Sekarang nak tahu juga kisah rakan-rakan dan pembaca sekalian dengan percapaian bulan yang lepas.Marilah berkongsi kisah tersebut dalam ruangan komen dibawah.

(Visited 10 times, 1 visits today)

14 thoughts on “Selami Kisah Bulan Januari 2016”

  1. Tahniah bro! Semoga BBN dapat membantu kelompok pertengahn blogger yang baru nak “UP” macam saya nie… 😀

    Duit BR1M? Mungkin taknak bro belanja awal gong xi fa cai kot…nanti masuk punya tue… 🙂

    1. terima kasih tuan..setakat ini BBN masih ok dan bagus untuk ahli-ahlinya

      dah check kat website..dalam proses peyemakan..jika disemak dengan detail bioleh jadi tak layak ..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge