2 Kaedah Jana Pendapatan Sampingan

2 Kaedah Jana Pendapatan Sampingan …mrhanafi suka nak kongsikan perkara baik.Jika betul usaha dan tepat teknik pasti membuahkan hasil.Lagipun sekarang ini situasi ekonomi sangat mencabar.

Kita tidak boleh berharap dengan satu sumber pendapatan utama.Kita mesti usahakan juga pendapatan sampingan secara online atau offline.

Jana pendapatan

kredit : Facebook.com

Dalam artikel ini mrhanafi cuba untuk menjelaskan secara ringkas dua kaedah untuk jana pendapatan sampingan secara dalam talian atau online.Mrhanafi pilih kaedah online kerana kos yang rendah dan masa yang diperuntukan untuk menjana pendapatan sampingan ini sangat fleksibel.

Seperti biasa mrhanafi nak menjelas perkara ini dengan kaedah penulisan bercerita.Mrhanafi mengaitkan kisah Puan Rogayah Bukhari (bukan nama sebenar) dan Saudara Tajul Bustamam (bukan nama sebenar)

Kisah Puan Rogayah Bukhari.

Puan Rogayah seorang suri rumah.Mempunyai 2 orang anak yang masih kecil.Suaminya bekerja sebagai pemandu lori jarak jauh.Jarang berada di rumah.Kalau adapun dua atau tiga hari sahaja.Hari selebihnya akan berada dalam perjalanan untuk menghantar barang yang biasanya berhari-hari.

Puan Rogayah memang wanita hebat yang tak pernah duduk diam.Dia jenis yang aktif untuk berniaga produk kecantikan dengan jiran-jiran dan kawan-kawan sekampung.Malah Puan Rogayah sama seperti surirumah yang lain-lain,suka main Facebook 

Kebetulan Puan Rogayah memang seorang yang cantik dan sangat menjaga penampilan diri.Jika dibandingkan dengan anak dara mungkin ada yang tidak cam bahawa dia sudah mempunyai dua orang anak.Sebab itu dia berminat untuk menjual produk kecantikan dan kesihatan.

Pada suatu hari ketika suaminya berada di rumah,Puan Rogayah menyatakan hasrat hatinya untuk mencari pendapatan sampingan secara online.

“Abang,semakin sibuk la sekarang ini.Turun kerja hari Ahad dan balik pula hari Khamis.Kasihan la tengok abang macam nie.

Aya (panggilan manja dirinya) nak cuba berniaga online.Mana tahu ada rezeki dapat juga kita nak pergi melancong” ..Puan Rogayah memulakan sesi minta izin suaminya.

“Apa ? Berniaga ? Aya ada modal ke?” ..ringkas dan padu pertanyaan suami Puan Rogayah.

Namun begitu Puan Rogayah faham ada kelemahan suaminya.Puan Rogayah bagi isyarat #malamjumaat.Suaminya diam dan angguk tanda faham.Dengan isyarat tersebut Puan Rogayah dibenarkan untuk buat bisnes online.

Puan Rogayah sudah bersedia untuk menjana pendapatan  sampingan secara online.Puan Rogayah memilih cara affiliate dan dropship dari satu syarikat perniagaan online yang semakin mantap sekarang ini iaitu JamuMall.com.

Buat permulaan Puan Rogayah menjadi agen affiliate.Pendaftaran agen percuma.Tugas Puan Rogayah cuma membuat promosi dengan link affiliate dan berusaha untuk mendapat seberapa ramai pelanggan.

Puan Rogayah akan mendapat komisyen 10 peratus daripada pembelian pelanggan yang membeli belah di Jamumall.com.Ada lebih 100 produk yang dijual dan para pelanggan boleh memilih produk yang terbaik.

Pembayaran komisyen akan dimasukkan dalam akaun Puan Rogayah pada 15 haribulan setiap bulan.Inilah yang menyebab Puan Rogayah tak sabar nak jana pendapatan secara online.

Puan Rokayah membuat pengiraan mudah:

1 Pelanggan  : RM100

100 Pelanggan : RM100 x 100 = RM10,000

Jumlah komisyen 10 %  pembelian pelanggan  = RM1000

Bukan itu sahaja.Puan Rogayah boleh merekruit agen bawah beliau.Komisyen yang diperolehinya melalui agen adalah 5 peratus.Sekali lagi Puan Rukayah membuat pengiraan mudah.

1 agen ada mengumpul jualan : RM10,000

10 agen mengumpul  jualan:RM10,000 x 10 =RM100,000

Jumah komisyen 5%  jualan terkumpul  = RM5,000

Bayangkan dengan menjadi agen affilliate Jamumall.com potensi pendapatan Puan Rogayah berjumlah RM6000 sebulan.

Mak oi.Kalau macam nie jadinya lebih baik daftar cepat-cepat di >>JAMUMALL.COM.

Cerita Puan Rogayah tamat.

jana pendapatan

kredit : Facebook.com

Kisah Saudara Tajul Bustamam

Saudara Tajul Bustamam masih solo.Orang bujang tetapi bercita-cita untuk berjaya dalam dunia online.Kehidupan Saudara Tajul sangat dominan dengan internet.

Siang dan malam atau malam dan siang hampir tiada beza buat Saudara Tajul.Dia memang asyik dengan lappy,handphone dan ipad.Tulah kerjanya hari-hari selepas berhenti kerja dengan sebuah syarikat IT baru-baru ini.

Saudara Tajul ingin menjana pendapatan sampingan menggunakan medium internet.Biasalah Gen Y  memang suka dengan internet.Sebab internet sudah menjadi sebahagian dalam hidup mereka.

Saudara Tajul suka membaca blog dan pada satu  hari Saudara Tajul terjumpa satu artikel dalam blog mrhanafi dot com.Selepas membaca beberapa kali  Saudara Tajul tergerak hati untuk mencuba Formula Income Seumur Hidup.[ FISH ]

Formula FISH ini diformulasikan oleh Tuan Zamri Nanyan.Beliau adalah seorang internet marketer yang otai di Malaysia.Sangat beruntung Saudara Tajul kerana berminat untuk belajar cara sifu menjana pendapatan sampingan yang pasif.Buat sekali tetapi hasilnya berkali-kali.Lumayan lagi tu.

Cabaran Saudara Tajul ialah tiada modal untuk membeli formula FISH.Puas dia berfikir.Nak meroyan pun ada.Akhirnya Saudara Tajul dapat idea.Dia jadi agen affiliate dahulu untuk kumpul modal.

Saudara Tajul mula membuat pengiraan mudah.Untuk mendapatkan sejumlah modal Saudara Tajul mesti membuat promosi.Buat promosi supaya menghasilkan 4 jualan program FISH.

1 Jualan = RM100

4 Jualan =RM400

Harga satu set program FISH = RM350

Saudara Tajul ada lebihan RM50 dan wang ini boleh digunakan Saudara Tajul untuk membeli domain.Dengan adanya domain sendiri Saudara membina blog dan mula mempromosi program FISH menggunakan blog story telling.

Bermula dari situ Saudara Tajul terus mendapat jualan demi jualan.Paling rendah RM0.50 dan paling tinggi RM100 sehari.Dalam sebulan Saudara Tajul berpotensi mendapat RM3000.

Memandangkan Saudara Tajul sangat aktif menjual dan dalam masa yang sama boleh merekruit agen affiliate dia pun mencongak berapa potensi pendapatannya sebulan.Jumlah komisyen sebanyak RM50 setiap kali agen bawahnya berjaya membuat jualan program FISH.

Jualan peribadi 30 set  : RM100 x 30 =RM3000

Agen affiliate bawah Saudara Tajul 150 orang  :  RM50 x 150 =RM7,500

Jumlah pendapatan Saudara Tajul keseluruhannya : RM10,500

Sekarang saudara Tajul konsisten mempromosi program FISH.Kerja dia promosi,promosi dan promosi.Segala pembayaran komisyen,website e-commerce dan sebagainya dilakukan oleh admin program FISH.

Pendek kata saudara Tajul tidak perlu website sendiri,email susulan atau bahan  marketing.Semua dah disediakan.

Saudara Tajul cuma perlu membuat kerja promosi dan promosi tanpa henti.Hasilnya wow sangat lumayan.

Cerita Saudara Tajul tamat.

Penutup.

Sekarang pembaca boleh faham bagaimana kaedah jana pendapatan sampingan yang boleh dilakukan.Apa yang mrhanafikan kongsikan itu bukan silap mata.Memang betul-betul boleh berlaku.

Mrhanafi sarankan siapa yang berminat boleh menggunakan kaedah Puan Rogayah atau Saudara Tajul.Jika nak buat dua-dua pun boleh.Yang penting jangan berhenti dan terus buat sampai jadi.

Pada mulanya mungkin pembaca jadikan ia sebagai pendapatan sampingan.Sekiranya menjadi, boleh diusahakan dengan lebih serius agar menjadi pendapatan utama pula.

Sebelum berakhir mrhanafi tinggalkan pembaca semua dengan satu pesanan menarik dari group Whatsapp.Inpati pesanan ini berkaitan dengan kuasa tindakan.

Teori mudah.Siapa buat dia dapat dan tak buat memang tak dapat kecuali kosong.Oleh itu buat tindakan biarpun sedikit kerana perjalanan bermula dengan langkah pertama.

“ Jika kita mencari rezeki sesungguhnya kita akan menemuinya tetapi sebaliknya bila kita menunggunya nescaya rezeki itu akan tiada”

Akhir kata jadikan orang bijak seperti :

–>> Puan Rogayah { KLIK SINI }

–>> Saudara Tajul  { KLIK SINI }

(Visited 127 times, 1 visits today)

8 thoughts on “2 Kaedah Jana Pendapatan Sampingan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge