Dulu-dulu suka blogwalking.Sekarang blogger kurang suka blogwalking kerana sebab-sebab tertentu.Berikut ialah sebab dari mrhanafi sendri.Bukan orang lain.Mungkin ada sebab yang berbeza.Lain orang lain cara.Kita mungkin berbeza.Apa yang sama ialah kita adalah blogger.Kita ada blog.Kita adalah golongan penulis alaf baru yang menggunakan teknologi maya dalam dunia penulisan.
Blogwalking adalah aktiviti menggunjungi blog orang lain untuk membaca dan meninggalkan komen.Semasa membuat komen di blog orang lain maka kita sudah sediakan backlink.Ada admin blog menggunakan sistem komen moderator dan ada juga yang tidak mengenakan apa-apa sekatan.Hak blogger masing-masing.
Berikut adalah 3 sebab blogger tidak suka blogwalking:
1.Leka dengan media sosial
Apabila selalu berada di media sosial popular seperti Facebook dan Whatsapp sudah tentu tiada masa untuk blogwalking.Blog terabai dan kini menjadi pengguna media seperti kebanyakan dari mereka.Status eksklusif sebagai blogger dilenyapkan oleh diri sendiri.
2.Tak nampak keuntungan segera.
Tidak dinafikan soal untung dan rugi perlu difikirkan.Dulu ketika rajin blogwalking mrhanafi menyediakan bajet RM60 untuk sebulan bagi mendapatkan 3GB data.Kini sekadar RM30 untuk dapatkan 1.5GB data.Ada penjimatan separuh harga.Aktiviti blogwalking juga dijimatkan.
3.Blog jarang dikemaskini
Mrhanafi pun sama.Ada masanya berhari-hari blog tidak dikemaskini.Blogger lain jangan cakap lagi la.Jika begini keadaannya kita nak blogwalking ke blog mereka pun rasa kurang bersemangat.Lama kelamaan blogwalking terus pupus.Masing-masing bawa haluan sendiri.
Mrhanafi akan mengubah sikap tak suka menjadi suka blogwalking.Biar perlahan-lahan.Kurangkan aktiviti di media sosial.Lagipun kebanyakan pengguna media sosial tak suka pun baca blog.
Ada itu memang ada.Mereka tidak seperti blogger.Tak semua.Blogger pasti suka blog.Mereka kurang rajin tahap maksima pun masih sanggup blogwalking satu blog satu minggu sudah memadai.
Baiklah.Tak nak membebel panjang.Nanti macam perempuan pula.Jadi terima kasih banyak kerana sudi membaca penulisan ini.
p/s : Mrhanafi merupakan admin rasmi bagi Hero Borneo Team.Kini agak sibuk membuat promosi bagi mendapatkan keyakinan terhadap team tersebut.Kami boleh dihubungi melalui talian Whatsapp 011-34646975 atau layari laman Anda Berimpian Kami laksanakan.
Aku rindu zaman blog tahun 2010 dulu dulu.. Ramai blogwalking terjah blog ke blog.. Tapi sekarang ni makin kurang, betul kata hanafi.. Sebab utama depa leka dengan media sosial.. Ye la, mereka suka news terkini dan viral terutamanya fanpage femes macam siakap keli dan sebagainya.
Blog ni cuma buat untuk kekal momentum dalam google seo je.. >_<
pada zaman tu saya belum jadi blogger lagi tuan..
Yup… ramai yang terjah menerjah dan semangat nak update blog tu sangat membara hahaha
Padin recently posted…Kundasang | Desa Cattle Dairy Farm
dulu-dulu ok bro..sekarang semakin kurang
Memang rugi sebenarnya kalau blogger tak blogwalking… hehehe 😉
Anuar recently posted…Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
betul tu tuan..tak blogging maka tak rasa nikmat jadi blogger tau!
Point nombor 1 tu ada benarnya juga.. status blogger
dilenyapkan diri sendiri..
ada juga masa – masa, hanya baca
tanpa tinggalkan komen..
Padin recently posted…Pengalaman Pindah Rumah Baru
apa boleh buat bro..masa juga tidak mengizinkan
SA suka blogwalking sebb mmg itu cara SA menghargai pembaca..tp bila SA rajin dtg blog kawan2.. SA mcm x dpt apa bila kunjubgan tak berbalas..sebab tu la slowly traffic merudum dan traffic kawan2 naik…ada ketisak adilan berlaku di situ..wajar kah?
SA blogwalking tak ikhlas..blogwalking sahaja tanpa balasan
baca blog yang bermutu tinggi dan menarik untuk dibaca
Sekarang orang lebih suka follow IG agaknya.. takyah baca entri panjang2, cuma tengok gambar, baca gossip sket, dan tekan icon Love, hehe.. Tapi, sebenarnya banyak aje benefit dari blogwalking nie, especially baca pengalaman orang yang kita tak dapat nak experience sendiri..
arnie recently posted…Sijil Halal Shaklee Diiktiraf JAKIM di Malaysia
membaca blog lebih dapat ilmu dari baca status kat blog
Saya jarang blogwalking, tapi kalau saya ada masa terluang memang saya suka sangat baca apa yang ditulis orang lain.
Seronok dapat baca perkongsian daripada orang lain.
Keep it up tuan!
perkara biasa tu tuan..ada masa buat dan jika tak de masa..terpaksa la buat kerja lain dahulu..
saya suka blogwalking. salah satu cara paling berkesan utk pastikan blogger lain tahu kewujudan kita
nikkhazami recently posted…Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2017
pendek kata itu cara untuk mengeratkan silaturrahim sesama blogger..sesibuk macam manapun blogwalking mesti buat juga..
Lepas ni nak rajin blogwalking..
Kena jadikan rutin kan…
Suka baca blog orang tapi selalu lupa tinggalkan komen pulak
kalau jadi rutin memang bagus..saya rutin untuk membalas komen dan blogwalking setakat yang mampu..jika tak sibuk sangat
Dah tak berapa nak rajin macam dulu2.. bukan tak suka..
zik recently posted…Keputusan terkini Selangor vs Kedah piala malaysia 30/10/2016
ya kadang-kadang betul juga tu..
Kalau ada masa memang sy suka blogwalking ni…banyak ilmu baru boleh dapat. tapi kdg masa terhad nak berblogwalking jadi sunyi je…mudah-mudahan lepas ni ada perubahan sikit.
samalah kalau macam tu..masa banyak untuk urus rumah dan sebagainya..jika tak pun terpaksa tidur selepas penat bekerja
Saya baru je start nak berblogwalking dan mengenali blogger lain. Lama saya meninggalkan dunia blog padahal dah start bina blog sendiri ni sejak tahun 2005. Betul, sejak ada FB memang sangat melekakan sampai blog pun dah tak pandang. Setuju semua di atas.
Wan Syahida recently posted…Stok Ubat Di Rumah Tak Habis Dek Kerana Supplemen
tahun 2005..lamanya lebih otai dari saya..
media sosial memang melekakkan tetapi tempat nak jumpa kawan kawan tu..
yes, kadang masa tak mengizinkan.
Ira recently posted…Serbuk Kolagen- Bukan Sekadar Untuk Cantik
kita sibuk dan sentiasa leka dengan media sosial