Alangkah Mudahnya Promosi Cara Online

Alangkah Mudahnya Promosi Cara Online…Saya faham ada yang kurang gemar jumpa orang.Lebih-lebih lagi isteri orang atau anak dara orang.Lainlah kalau anda lelaki mesra alam yang boleh mendekati sesiapa sahaja sama ada kenal atau belum kenal.Oleh itu saya ada alternatif untuk anda yang mahu buat promosi cara online.

Promosi Online

Promosi cara online boleh berlaku 24 jam selama 7 hari seminggu tanpa henti.Bayangkan sahaja kesan promosi begitu kepada bakal pelanggan anda ke serata tempat.Tak perlu pergi jauh.Cukup untuk rakyat Malaysia yang jumlahnya juta-juta.Promosi anda perlu sampai ratusan ribu orang dan mereka menjadi pelanggan maka sudah memadai menjadikan anda seorang jutawan era baru.Eleh tak cayalah.

Soal percaya atau tidak biar, masa yang menentukan kepada anda.Apa yang pasti jika anda benar-benar dahagakan kejayaan dan boleh mengikuti saranan saya maka saya pulak amat percaya keajaiban boleh berlaku.Maaf bukan untuk saya.Ianya untuk anda yang memangkan inginkan kejayaan melalui promosi online.

Biar saya terangkan apa itu promosi online dan kenapa ia dikatakan mudah.Secara ringkasnya promosi online tidak perlu anda jumpa orang.Malah orang pun tidak perlu kenal anda siapa.Banyak cara untuk guna promosi online.Paling best jika anda seorang blogger kerana ia satu bonus menguasai dunia online.

Bagaimana pula mereka yang bukan blogger.Oh mudah sahaja untuk saya menjawabnya.Anda mesti minat online.Ada akaun media sosial sama ada Facebook,Twitter,Whatsapp,WeChat atau Instagram.Gunakan salah satunya untuk membuat promosi secara online.Saya boleh bagi contoh website yang bakal anda promosi seperti di SINI.

Sambil-sambil sembang tu beritahulah rakan-rakan anda yang anda mempunyai satu bisnes.Mereka tanya je maka terus hantar link website yang mereka boleh baca sendiri.Jika tak faham boleh sembang-sembang macam biasa untuk tarik minat mereka supaya close deal bisnes anda,Senang tak kalau buat macam tu.Tepuk dada tanya minda la ye.

Saya sarankan anda buat setiap hari.Tanpa rasa bosan atau putus asa.Jika tiada respon positif maka tukar strategi dengan lebih agresif dan sungguh-sungguh.Sebab saya percaya konsep man jadda wa jadda ataupun orang yang berusaha pasti menikmati hasilnya.Jangan pula lupa untuk berdoa kerana doa adalah senjata orang mukmin.Bagi bukan Islam doa juga diperlukan ikut kepercayaan masing-masing.

[Admin]

Akhir kata promosi cara online menjimatkan masa,wang ringgit dan tenaga.Sebab orang yang berminat sahaja akan respon dan jumlah sasaran lebih luas dalam masa yang singkat.

Misalnya blog ini boleh dibaca oleh 100 orang dalam satu masa berbanding saya jumpa 10 orang sehari  selama 10 hari.Agak-agak berapa jam diperlukan untuk jumpa 10 orang tersebut dalam sehari.Pengalaman sebelum ini jumpa 5 orang sudah memadai guna sehari suntuk.Lainlah kalau anda kumpul selagi gus 100 orang untuk dengar satu ceramah bisnes selama 3 jam.

p/s :Andai kata anda belum ada bisnes untuk promosi online saya amat sarankan anda buat bisnes telco dengan menyertai Groupsbest.net.

(Visited 8 times, 1 visits today)

20 thoughts on “Alangkah Mudahnya Promosi Cara Online”

  1. Sebenarnya saya dah beli Simkad Best Mobile dengan SH…. tetapi belum berusaha untuk perkenalkan kepada waris-waris atau sanak-saudara terdekat. Belum bersedia lagi, walhal dalam hati nak juga pendapatan pasif untuk menampung hidup ini. Kena cari ikon yang boleh dicontohi dan dengar nasihat daripada yang lebih pakal tentang bisnes online ini.
    sensasi2020 recently posted…Jadual Perlawanan Liga Super 4 Julai 2015My Profile

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge