Apa akan berlaku lepas bulan Jun 2026?
Selepas Jun 2026 akan muncul bulan Julai dan itulah jawapan yang tepat dan pasti.
Namun disebalik jawapan candaan saya, sebenarnya selepas Jun 2026 kita akan menghadapi gelombang krisis tenaga yang dahsyat.
Itupun dalam jangkaan senario terburuk.
Macam mana saya tahu ?
Macamlah saya tukang ramal.
Mengikut data dan informasi semasa, bekalan bahan api kita di Malaysia cuma bertahan sehingga hujung bulan Jun 2026.
Fakta ini saya petik dari kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Seri Fadillah Yusof.
“Setakat ini, bekalan dalam negara masih mencukupi untuk sekurang-kurangnya dua bulan,” katanya dalam Taklimat Krisis Bekalan Global pada 24 April 2026 yang lepas.
Itupun jika pelbagai alternatif dan usaha kerajaan gagal mencari sumber baharu bahan api fosil.
Gagal bermaksud akan berlalu senario banyak stesen minyak tiada stok bahan api, kereta atau lori tidak bergerak di jalan raya serta terputus rantaian makanan.
Mohon doa agar perkara ini tidak berlaku dan sangkaan negatif kita semua meleset.
Boleh rujuk di sini.
Segmen potret AI

Harap dijauhkan krisis bahan api. Amin.
Aamiin..
itulah harapan kita semua.
kan? kmk kekadang malas nk berfikir terlalu ke depan.. takut panic attack… harap² terkawal lah ekonomi dan bahan api kita lepas tok
Bersangka baik jak…
semua tok berada di luar kawalan kita.
mana yg dapat kita kawal…dirik sendirik dan keluarga jak.